اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis 18 september 2025
Lepas subuh, beli breakfast kat kedai bawah parking Al Safwah Tower. Chicken wrap SAR5 je..murah..Alhamdulillah.
9.25 a.m. ke masjid untuk tawaf sunat dan iktikaf. Harini nak check-out hotel Makarem Ajyad and pindah ke hotel di jalan Ibrahim Al khalil. Saya inform counter harini nak check-out selepas zohor. Receptionist kata paling lewat sampai kul 2.
12.15 Zohor. Pastu singgah beli lunch plk. Sempat lagi makan dulu sebelum check-out. 1.30 depa call, remind check-out kul 2..Kalut ke ape tu..? 1.45 kami turun. Proses check-out tu cuma pulangkan kad pintu je.
Mula² kami ingat nak panggil bolt. Tapi tempoh menunggunye sampai 15-20minit. Try la juga. Tak mai². Bellboy kate kadang² lama kena tunggu. Taxi ujrah ada ja duk tunggu depan lobi hotel. Nak tak nak kena nego je la ngan teksi.
Mula² dia nak SAR30, pastu adik minta kurang die bagi SAR25. Kami discuss lagi minta SAR20, haha. Sat je, dia ok terus. Teksi ujrah ni ada je melambak, dekat tepi hotel pun duk ada tunggu orang. Bellboy tolong masukkan luggage dalam bonet. Silapnya adik bagitau driver kami nak ke Jumeirah Jabal Omar.
Jumeirah, Conrad, Hyatt Regency ni hotel² yang reception dia masuk kat sebelah belakang. Kalau dari depan kita akan nampak Souk Al-khalil je, kedai² dan mall.
Tapi takpe, turun ikot belakang, jalan ja ke depan. Bila sampai Jumeirah, bellboy tolong turunkan luggage dari teksi, pastu siap nak tolonh bawakan dlm cart. Saya kata no, no tq. Melilau jap cari lif nak ke mall, depa tunjukkan jalan keluar.
Sampai di hotel, toke dia bagi kunci dulu untuk tengok bilik. Bellboy bawa kami naik ke atas. Ok je biliknya. Bellboy bawa naik bag. Saya pun register di receiption and bayar.
Asar kami di bilik saja. Sempat basuh baju.. 5.45 p.m. kami turun ke masjid, agak lewat sebenarnya sebab maghrib jam 6.25 p.m..terus menuju ke pintu 84..pintu 84 ni terus naik escalator ke mataf tgkt 1. Kalau terlewat sikit lagi, kena naik ke rooftop.
Selepas isyak, kami naik ke rooftop untuk tengok² kejap. Dah lain rupa rooftop sekarang. Dulu masa 2019, dari atas boleh nampak Kaabah. Atau mungkin saya tak jalan sampai ke bahagian yang boleh nampak kaabah tu..
Keluar dari masjid, kami ke Clock Tower sebenarnya nk mencari kedai Sharqiaa yang viral kat tiktok. Sharqiaa ni die jual abaya, tapi harga memang mahal la, padan dengan kualiti kain dia. Tapi yang viralnya ialah sejenis gelang yang dia jual tu. Saya pun ada la beli 5 warna untuk souvenir.
No comments:
Post a Comment