Jumaat 19 September 2025
Saya turun dari hotel jam 9.30 pagi. Menurut saya, masih awal tapi jalan ke WC 6, jalan tepi hotel Dar At Tauhid, jalan depan Hyatt Regency hotel semua terhalang. Askar dah tutup jalan. Kami jalan terus sampai depan Hilton hotel, baru askar buka sikit ruang untuk jemaah lelaki yang berihram untuk lalu ke dataran..yang tak berihram, kena teruskan jalan masuk ke ruang new expansion.
Alhamdulillah, jemaah wanita tak dihalang untuk ke dataran masjid. Saya menuju ke pintu 84 untuk ke mataf tingkat 1. Jarak dari hotel 15 minit sebab kena jalan jauh sikit.
(Hari Jumaat disarankan pergi ke masjid terlebih awal sedikit kerana penduduk Mekah dan sekitar ramai yang datang sebab depa cuti Jumaat, so quite crowded berbanding hari lain).
Bila datang awal,
- jangan lupa niat iktikaf,
- Solat tahiyatul bait, sebaik²nya tawaf tahiyatul bait.
- Solat sunat dhuha
- Solat sunat hajat atau apa sahaja solat sunat yang lain pun boleh.
- Solat qada'
- Baca surah Al-kahfi
- Zikir
Khutbah imam dalam Bahasa Arab, tak faham tak pe. Jangan bercakap n jangan menyuruh orang lain berhenti bercakap. Tak boleh tau. Main fon pun tak boleh tau. Baca sini
Kalau boleh dan mampu, jangan lepaskan peluang solat Jumaat di Mekah or Madinah ni ye. Namun, harus diingat bahawa solat Jumaat tidak wajib bagi perempuan, meskipun tidak wajib, namun dibolehkan. Bahkan sah solat Jumaat yang didirikan dan tidak perlu diulangi solat Zohor. Adapun jika perempuan solat Jumaat di Masjidil Haram itu harus kerana ade ruang yang cukup untuk solat. Kalau di tempat kite di Malaysia ni memang keseluruhan kawasan dalam masjid hingga melimpah luah sampai keluar pun tak cukup untuk jemaah lelaki solat Jumaat.
Balik masjid lepas solat jumaat, saya singgah Lulu supermarket dekat Jumaeirah, beli beef lasagna SAR15. Sedap gak.
2.48 p.m. saya turun ke masjid semula dan masuk pintu 90. Lepas Asar nanti kami ada trip ke Jabal Nur di mana letaknya Gua Hira' tempat turunnya wahyu pertama dalam bulan Ramadhan 610M.
5.00 p.m. Bas bertolak. Ustaz kata hiking ni sunnah nabi. Nabi bertahanus di Gua Hira' sekitar 4 km dari rumah nabi. Ustaz bagitau Malaikat Jibril menunjukkan wajahnya yang sebenar kepada nabi S.A.W. hanya 2 kali, pertama masa wahyu pertama di Jabal Nur, dan kedua pada malam Isra' mikraj.
5.25 p.m. kami tiba di kaki Jabal Nur. Ini adalah kali pertama saya sampai di sini. Trip kali ni memang saya nak sangat mendaki Jabal Nur walaupun saya tak minat hiking.
Kalau datang sini tak nak mendaki pun takpe..bole makan², naik unta atau masuk muzium wahyu.
Masa yang diberikan ialah 2 jam setengah. Ustaz kata jangan paksa diri, panjat setakat mana yang mampu. Saya mendaki seorang bersama² jemaah Andalusia yang lain. Ramai jemaah² dari negara lain pun ada. Saya mula 5.35, sampai ke puncak, yang boleh nampak Gua Hira' tu jam 6.45. Banyak kali berenti ambil nyawa.hahaha. Ada juga rasa nak give up, tapi mengenangkan ini mungkin pengalaman sekali seumur hidup, saya kuatkan juga semangat nak daki sampai atas.
Maghrib dalam 6.20. p.m. Ada jemaah negara lain yang solat di atas tapi bukanlah dalam gua. Ruang solat tu atas² batu, sempit,, bercampur lelaki perempuan. Memang tak la nak solat di atas. Walaupun berada di atas bukit, kita tak rasa pun gayat ke, atau takut jatuh.
Gua tu kata ustaz bole muat 2 orang saja. Yang nak masuknya berkerumun macam orang nak cium Hajarul aswat.
Lepas rehat jap, saya mula turun. Masa turun, tak rasa ape. Laju je walaupun kaki ketaq. Nafas pun ok ja. Jalan tu samar² la sikit. Ada yang buka lampu handphone. Ada jemaah yang baru nak naik lepas maghrib, siap pakai headlamp. Saya sampai bawah 30 minit je.
![]() |
10 riyal. |
Saya solat di surau, kemudian beli ice blended as a self reward..huhu..tak sangka saya berjaya mendaki Jabal Nur sampai Gua Hira'. Pukul 8 lbh sikit, kami kembali semula ke Mekah.
No comments:
Post a Comment