Privacy Policy

Wednesday, 7 June 2023

Cuti-cuti Banda Acheh Part 2

بسم الله الرحمن الرحيم
 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

1 Jun 2023 Day 2

Waktu subuh di sini jam 5 pagi bersamaan 6 pagi waktu Malaysia. Jadi tak lah di luar kebiasaan sangat kan.

Jam 7 pagi kami turun dari hotel. Pada mulanya, saya ingat nak cari sarapan sendiri. Ada ja kedai kopi dekat dengan hotel, tapi segan nak singgah. Abg Jani wassap suruh bagitau kalau dah siap. Terus saya suruh dia ambil kami di Masjid Raya sebab kami tak tau nak sarapan di mana. Tak sampai 5 minit tunggu, dia dah sampai.. Tak tau la dia lepak di mana. Kalau ikutkan semlm dia kata nak jalan start jam 8 pagi.


Dia terus bawa kami bersarapan di Dhapukupi. Tak jauh sgt, tapi kalau jalan kaki lambat tu nak sampai. Kami order lontong sayur, nasi bubur ayam dan nasi gurih. Anak2 suka nasi bubur ayam. Lontongnya asli ye.. Bukan macam nasi impit di sini. Sama macam semalam, kopi sanger juga. Abg Jani kata harga sebungkus nasi gurih antara 8k - 10k rupiah. 


Lepas makan, kami lanjut ke kapal atas rumah. Masa kami sampai jam 8.30 lebih kurang, ada satu family juga baru sampai. Kami tumpang dengar cerita mangsa tsunami sendiri. Lama juga akak tu bercerita. Katanya dia berpaut pada daun pokok kelapa, dari pagi sampai jam 3 ptg pada masa tsunami terjadi. Semasa tsunami, akak tu berumur 40 tahun. Sekarang dia berumur hampir 59 tahun. Dia siap tulis buku yang menceritakan situasi dirinya pada masa tsunami tu.


9.15 pagi. Kami ke PLTD Apung 1 pula. Kapal listrik yang hanyut ke darat lebih kurang 5km dari laut. Sebenarnya semasa tsunami, kapal ni baru dalam setahun duduk di Acheh. Sebelum tu ia berada di kawasan lain Indonesia. Selepas kejadian tsunami, kapal ini masih baik. Tetapi kerajaan Indonesia waktu itu memutuskan untuk tetap biar ia diam di tempat dia berada, utk tarikan pelancong.

10.15 pagi. Kami meneruskan perjalanan kami untuk melawat kubah masjid yang dihanyutkan ombak tsunami pula. Kampung asal kubah masjid ni sekarang dah lenyap dek ombak tsunami.. Kubah ini hanyut ke darat sampai ke kawasan sawah Kg Gurah. Ada sorang akak yang bagi penerangan di tempat ni. Dia jual gambar foto tsunami. 3 keping RM9. Dia terima duit RM. 



Di sini kan ada orang2 perempuan sekitar kampung yang berjualan. Abg Jani dah bagitau siap2, nanti kalau kena kerumun, bgtau aje dah beli. Kebetulan masa kami sampai ada pelawat yang datang dengan bas. Jadi ada ramai tamu, depa tak kejar saya sangat la.. Haha.

Sini jalannya sempit. Kalau berkereta bole sampai dekat dengan kubah. Kalau pelawat yang datang naik bas, boleh sewa ojek 5k rupiah saje untuk sampai ke kubah. 

10.50 pagi. On the way to Restoran Ayam pramugari, Abg Jani bawa kami singgah melawat perkuburan Massal, iaitu perkuburan terbesar mangsa2 tsunami. Perkuburan Massal adalah salah satu daripada 3 kawasan perkuburan khas tsunami. Di sini kerajaan memutuskan untuk menguburkan semua mangsa tanpa mengira agama. Dulu kawasan ini, antara tempat tinggi yang tidak terkesan tsunami. Tanah orang kampung, kerajaan beli dengan duit yang banyak hasil sumbangan bantuan dari negara2 lain. Pada waktu itu, air pun bau mayat, kata abg Jani. Kalau lihat sekarang, kawasan kubur ni macam taman2 tempat berjoging je. Tak rupa kawasan kubur pun. Abg Jani kata kalau dulu, malam2 dia pun xmau lalu sini.
 


Kami sampai di restoran ayam pramugari jam 11.37. Sebenarnya restoran ni tak jauh dari Airport. Stail depa hidang makanan macam nasi padang. Lauk yang kita sentuh, kena bayar. Selain lauk ayam pramugari, ada kari kambing, sayur masak lemak, sayur pecal, udang goreng tepung dll. Kami cuma makan nasi putih dengan ayam pramugari, kuah kari kambing. Sebab takde kuah lain. Makan nasi panas dengan ayam pramugari saja pun dah sedap. Abg Jani kata kalau kita ambil kuahnya aja, depa tak cas. Just bgtau je ngan tukang kira. Kat sini, jus timun korek sedap bangat. Kalau korang sampai Acheh kena suruh supir bawa makan kat sini. Ayam pramugari tu memang sedap, lagi sebab kita orang Malaysia suka makan ayam. Haha. Pisang berangan siap gantung 2 tandan, free je korang. Di Acheh, pisang berangan dipanggil pisang ayam. 



12.50 tengah hari. Selepas makan, abg Jani bawa kami ke Kebun Kurma. Sini kawasan yang lebih panas dari kawasan lain di Acheh. Kurang penduduk kerana kemudahan air pun sukar. Tapi bagus untuk pokok kurma. Abg Jani kata orang yang mula2 tanam pokok kurma di sini ialah Ustaz Abdul Somad. Banyak kebun kurma di sini. 


Masa kami sampai memang tengah panas terik. Saya tadi siap makan, dah rasa mual tambah dengan bahang panas tu, memang pening kepala sekejap. Sementara menunggu redup sedikit, dapatlah saya rehat kejap menahan pening kepala. Lepas tu, bermulalah aktiviti anak2 naik tren, atv, kuda, menghabiskan duit mak bapak depa. Berbaloi datang sini. Anak2 memang berseronok. 

2.40 petang. Kami bergerak pula menuju Kolam Air panas Ie-Suum. Tak jauh sangat dari kebun kurma. Dalam 10minit, kata Abg Jani. Bila turun dari kereta aje, dah boleh menghidu bau telur. Kami berjalan ke atas sedikit, dataran landai berwap2 panas. Melihat air panas mengalir ke parit buatan. Terdapat banyak pondok2 untuk berehat dan gerai2 menjual telur ayam dan telur puyuh untuk direbus di kolam air panas. 




Ada kolam air panas yg boleh mandi manda, tapi kena turun ke bawah sikit. Kalau nak rebus telur, kena naik atas sikit. Tak sampai 5minit, telur rebus siap. Di sini bole bermalam, tapi memang jauh drpd rumah orang la. Tempat ni macam terpencil sikit, line telefon pun takde. Kalau nak bermalam, kena bawa bekalan makanan saya rasa. 

Menghampiri jam 4 petang, kami bergerak balik ke Banda Aceh melalui Jl. Laksamana Malahayati. Pemandangan sepanjang jalan ini seperti jalan tepi pantai di Terengganu. Cantik dan tenang. Kami tiba di Banda Acheh dalam masa hampir 1 jam. Bukan jaraknya yang jauh, tapi pemanduan orang di sini, yg santai2 aje. Rasenye dalam purata 60km/h je kot. Abg Jani bawa kami singgah kedai souvenir Acheh dekat dengan Hotel Medan. Sekitar hotel Medan ni banyak kedai2 makan dan kedai souvenir. 

Kami sampai hotel dekat jam 6 petang. Abg Jani tinggalkan kami dengan janji akan menghantar kami ke airport jam 7.30 pagi esok. Selepas solat jamak takhir dan rehat sebentar, kami keluar jalan kaki ke Masjid Raya. Alhamdulillah, cuaca hari ini sampai ke petang cukup baik. Ramai jemaah di dataran masjid. Penduduk Acheh bercuti panjang hingga Isnin juga. 

Lepas isyak, kami ambil Grab untuk pergi dinner di Ayam Geprek D'ja. Actually 2km sj dari Masjid Raya. Mula2 takut2 gak nak try Grab, kalau becak tu mahal plk. Nak jalan kaki tak sanggup. Hahaha. Alhamdulillah, kami sampai ke Ayam geprek D'Ja. Happening. Sedap n murah. Tak pedas giler macam ayam geprek kat Penang n Shah Alam. Siap ada terung goreng tepung hiris nipis2. Teringat2. 


Lepas makan, kami naik Grab lagi untuk pulang ke hotel. Sampai hotel, saya berjalan lagi ke Suzuya dengan anak2 yg besar. Lid jaga 2 org yang kecil. Saya cuba withdraw duit di ATM machine dua kali dan dua2 tak berjaya. Alhamdulillah ada saki baki duit lagi untuk esok. 

2 Jun 2023 Last day

Kami siap jam 7.15, Abg Jani dah siap menunggu kami di bawah. Katanya dia tak balik rumah, tidur dalam kereta je. Tak tau la dia. Rumahnya di area bandara saja. Kalau dari bandara ke hotel, 20 minit boleh sampai. 

Abg Jani bawa kami breakfast di Solong Coffee lagi. 2nd time ni kan dah pandailah sikit, kami pilih kuih yang kami suka. Semua kuih berbalut dalam plastik. Kami makan nasi gurih dan minum kopi sanger lagi. Pasti akan merindui yang dua ini. Saya siap tapau kuih2 dan nasi gurih. Bekal berlama2an di airport sekejap lagi. Kuih sebiji 1.5k rupiah, nasi gurih pula 10k rupiah. 


Jam 8.21 pagi, kami tiba di bandara. Abg Jani kejar masa kerana dia perlu ke tempat lain pula. Kami mengucapkan selamat tinggal kepada Abg Jani. Terima kasih, bawa kami jalan2 Banda Aceh, bawa pergi makan tempat sedap2. Selamat tinggal Acheh. 

Hari masih awal. Kami lepak diluar dulu kerana kaunter check in akan di buka pada jam 9.30pagi. Selepas drop baggage, pun kena tunggu sejam lagi untuk pemeriksaan imigresen. Semasa di imigresen, pegawai menyuruh kami menyimpan botol air (ada air) di dalam beg. Katanya, sepatutnya tak boleh bawa masuk. Tapi dia dah benarkan 2 botol. Yang sebotol lagi dia minta buang airnya. Alhamdulillah, ada water cooler kat dalam ruang menunggu.. 

Boarding 11.55pagi. Flight on time, Alhamdulillah. Kesimpulan daripada trip Acheh ni, bagi saya banyak lagi tempat2 di Acheh yg boleh di explore selain tinggalan tsunami. Abg Jani bawa kami ke kebun kurma dan kolam air panas, yang saya tak terjumpa pun dalam mana2 blogs wisata Acheh. Mungkin ada, tapi saya tak jumpa. Abg Jani kata, Acheh juga ada tanah tinggi mcm Cameron Highlands, tapi perjalanannya 8 jam dari Banda Acheh. 

Selain tu, kita bolehlah sediakan duit kecil untuk bayar parking and if nak sedekah kat orang2 kat sana. Peminta sedekah tu ada, tapi tak la ramai. Kalau nak sedekah dekat jurucakap tempat2 wisata pun ok juga. Kadang depa letak tabung, ade yg tak letak. Boleh juga masuk sedekah dalam tabung2 masjid kat sana. Saya pun xtau nak sedekah banyak mn kalau setiap kali bagi tu sebab duitnye ribu2. Hahaha. Selalu nak ingatkan diri 3000 rupiah tu RM1. Kerap juga tekan calculator. 

Reminder untuk diri sendiri, next trip to Banda Acheh, kena bawa banyak lagi duit cash sebab di Acheh, semua bayaran by cash. Ada banyak lagi perkara yang nak diexplore, nak dipelajari tentang Acheh. Until next time. See you Acheh. 

No comments:

Post a Comment