اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Cuti sekolah pertengahan tahun 2025, kami akan ke Lombok, Provinsi Nusa Tenggara Barat, Indonesia. Lombok ni sebelah Bali je tau.. Naik bot boleh sampai ke Bali. Lombok digelar Pulau 1000 Masjid. Kenapa Lombok? Bukan sebab nak g hiking di Rinjani. Saya tak minat hiking.
Tertarik nak pergi Lombok, bila kak Ika, tukang urut saya yang asal Medan, bercerita tentang Litar F1 Mandalika yang terletak di tebing laut. Dulu heboh dikatakan anak dara Malaysia lari ikut bf balik Lombok. Selebihnya, perasaan ingin tahu tentang tempat baru yang belum pernah saya sampai. Jangan hanya dengar kata orang, kita kena pergi untuk menyaksikan sendiri budaya sesuatu tempat.
Indonesia ada total 38 provinsi, dan Lombok adalah provinsi ketiga kami ke Indonesia selepas Surabaya-Malang 2017 dan Banda Acheh 2023. Baru 3, guys.. Besarnya negara jiran kita ni.
![]() |
Gambar peta telah diketik di penginapan kami. |
Persediaan ke Lombok.
1. Tiket flight Kul-Lombok telah ditempah much early. Selalu survey dapat harga RM1k plus per pax. Kali ni survey dapat harga RM800 plus, so beli terus. Maybe sebab date kami nak p ni ialah waktu cuti sekolah belaka.. Jadi memang susah la nak dapat murah. Kalau bukan peak season, boleh dapat RM400 lbh.
4 May 2025, dapat notification drpd Airasia di whatsapp, flight cancel. Depa bagi 3 option, refund, credit account or free flight change. Saya book 2-6 Jun, depa tukar 3-6 Jun. 6Jun tu pula, flight pagi. Tak berbaloi.
Selepas timbang tara, selepas berbalas chat dgn Bo, saya decide tukar flight 1-5 Jun. 7 Jun nanti Hari Raya Aidil Adha.
2. Saya beli simcard Indonesia di Shopee. Pilih validy ikut jumlah hari berada di Indonesia. EasyGo Travel Sim
3. 23 April 2025, saya book hotel di Booking.com. Susah nak cari hotel yang ada family room. Tak banyak info dapat daripada hotel reviews dan blogs.
Biasa orang pergi guna travel agent ataupun buat trip kawan². So far, saya tak jumpa yang diy dengan keluarga bersama anak² kecil.
Biasanya orang akan menginap di Senggigi, Kuta atau island hopping ke Gilis.
Saya terjumpa "Rumah Singgah Lombok" di ig yang menyediakan penginapan percuma utk backpackers. Teringin nak singgah nanti. InsyaAllah.
4 May 2025, oleh kerana flight reschedule, terpaksa la saya manage hotel booking. Nak cancel, then book again, takut tak dapat dah family room tu. Jadi saya tukar date dari 2-6, kepada 1-5. Bila kita rearrange mcm ni, hotel akan kenakan extra charge. Kali ni saya kena bayar extra RM100 shj drpd harga asal. Alhamdulillah, tak mahal sangat.
Saya pernah tersalah tarikh book 1 hotel di Kuala Tganu, booking di Trip.com 1 mlm sj. No cancellation. Bila tukar date, kena cas RM35. Huhu. Then, it turned out, promo price kat Trip tu kan, kurang beberape kupang je harga walk-in.. Sabar je la ..
5 May 2025, saya terima message drpd pihak hotel, minta saya buat verification. Kalau tak, nanti depa tak boleh jamin availability bilik yang saya book tu. Message ni bertalu² ye..6hb sampai 7hb.
8 May 2025, saya email ke Booking.com Customer Service, buat report. Alhamdulillah, the next day settle. Just don't click any suspicious link yang depa bagi kat message tu. Apa² problem, report je kat Booking.
4. 27 Mac 2025, saya tukar duit di money changer. 1juta IDR dapat RM271. Hari ni 23 May 2025, di online XE currency exchange, 1juta IDR = RM261 sj. Kata orang inilah masanya kita patut pergi bercuti di Indonesia. Kata orang juga, di Lombok ni mahal kosnya sebab ramai tourist pergi sana. Berdasarkan pengalaman lepas, di Indonesia, saya kena ready cash. Saya juga get ready Wise kad sy.
28 Mei 2025, saya tukar lagi duit di money changer. Kali ni, 1juta IDR dapat RM263. Semakin murah ye.. Huhu..beza RM8 berbanding 2 bulan lepas.. Rugi saya tukar awal² hari tu.
5. Melalui instagram, saya dapat tahu, di Lombok, kita boleh sewa kenderaan & drive sendiri tau. Harganya of course lebih murah berbanding kita sewa dengan supir sekali. Cuma kita belum tau keadaan jalan raya di sana kan..Lagipun, kalau kita nak lawat mana² tempat tu lebih senang sbb supir boleh tolong plan trip kite.
So, lagi dua hari nak bertolak, saya cari supir di FB Traveling to Lombok. Up post, nanti depa pm. Memang ramai yang response. InsyaAllah, semoga supir yang saya pilih, dapat membantu perjalanan kami nanti.
Passport semua dah ready. Semoga Allah permudahkan perjalanan kami, dan memelihara kami sepanjang permusafiran ini. Amin.
No comments:
Post a Comment