اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu 4 Jun 2025
10.30 a.m. Hari ni kami nak ronda-ronda sendiri sahaja di sekitar Kota Mataram, Lombok. Tiada supir. Sebenarnya saya tiada plan yang spesifik. Misi pertama hari ni ialah nak merasa bakso asli Lombok.
![]() |
| Depan lobi hotel. |
Sebelum itu, kami berjalan kaki ke kedai dobi Berkah Express Laundry untuk menghantar baju² lembab hasil daripada mandi air terjun semalam. Kali ni, timbangannya 8kg lebih. Saya sempat bertanya dengan staf di situ, di mana boleh saya beli telekung/mukena.. Mbak tu kata boleh beli di mall. Wow..telekung ada jual di mall. Kite biasa beli di kedai yang menjual kelengkapan umrah atau paling mudah beli di shopee. Dia cadangkan saya ke Fashion One Mall.
First thing first, kami cari makan dulu. Berpandukan Google maps, kami berjalan kaki ke Kedai Bakso Kamboja, yang high rated di Google. Kami berjalan selama lebih 20 minit.
![]() |
| Murah |
![]() |
| Petrol |
![]() |
| Kambing untuk korban |
![]() |
| Kawasan perkuburan Islam |
![]() |
| Ayam |
Dalam perjalanan tu, kami singgah gerai yg menjual baby nenas (nenas yg kecik² tu).. Sebungkus 4biji 10k rupiah sj. Penjual menegur kami, dari Msia ya mbak? Ya, dari Penang. Katanya pernah kerja di Tganu. Wow.
11.25 a.m. Sampai di Warong Bakso Kemboja. Saya suruh Lid tanya adakah baksonya halal? Haha.. Ketawa orang kedainya. "Ditanggung pak", jawapnya. Kami order bakso campur mi kuning, bakso campur suun, depa panggil mi putih. Baksonya saya minta yg kecil semua. Bakso yg besar tu di dalamnya ada telur puyuh. Minum es jeruk dan es kelapa. Es kelapa depa campur sirap merah. Memang sedap makan bakso di sini. Kedainya kecil saja, tapi selesa dan bersih.
![]() |
| Sedap. |
![]() |
| Es Jeruk & Es Kelapa |
![]() |
| Lontong |
Selepas makan, saya menempah Grab Car untuk ke Fashion One. Sedang kami menunggu Grab sampai, seseorang menegur saya, "kakak ada order Grab? Saya sedang beli bakso. Tunggu sebentar ya." Katenya dia datang dengan motor. Tak lama kemudian, kawannya sampai dengan Avanza. Dia pun menghantar kami ke Fashion One.
Fashion One ini mall yang menjual pakaian. Banyak pilihan, harga pun pada saya murah. Saya membeli sepasang telekung, juga beberapa jenis pakaian lain, kerana harganya sangat berbaloi. Seronok shopping di sini. Tapi memikirkan luggage yang dah sedia penuh, tak boleh la nak beli banyak².
Selepas itu kami singgah di Mataram Mall. Mataram Mall ni bersebelahan saja dengan Fashion One. Di sini ada restoren KFC. Saya lihat harga pada poster menu makanan KFC tu. Saya rasa harganya lebih murah berbanding di Malaysia. Selepas pusing-pusing sekejap dalam Mataram Mall, kami decide nak ke Muzium Mataram. Tapi bila cek di Google, Muzium Mataram ni buka sampai pukul 3 petang shj. Masa ni dah 2.30 petang.
Sementara itu saya mendapat mesej dari rider Berkah Express Laundry, yang pakaian kami telah dihantar dan dititipkan kepada receptionist hotel.
![]() |
| Kemas. |
Jadi kami decide untuk meneruskan perjalanan ke Islamic Center NTB - Masjid Raya Hubbul Wathan. Kami ke sana dengan menaiki Grab. Masjid ni macam masjid negeri, jadi dia ada petugas masjid yang meraikan jemaah, bawa jemaah pusing² lawat sekitar masjid. Best masjid ni sebab dia ada replika Kaabah, tempat² manasik haji seperti Muzdalifah, Mina, Jamrah.
Kami kemudiannya bersolat di bahagian atas. Untuk ke ruang solat ada tangga dan juga eskalator. Di bahagian atas juga ada ruangan terbatas untuk jemaah wedok yang uzur syarie.
Masjid ni sangat cantik dan selesa. Alhamdulillah. Selepas solat, kami ambil gambar lagi di replika Kaabah. Minta tolong petugas masjid ketikkan foto. Kemudian, Lid sangatlah ringan mulut bertanya, bolehkah kami naik menara masjid. Tadi masa mula sampai, dah tanya petugas lain, ustaz tu kata tak boleh sebab lif menara tu dah lama tak guna sejak gempa bumi yang menggegar Lombok pada 2018.
Petugas yang sorang lagi ini kata boleh, kalau sanggup mendaki tangga. Manalah datangnya tenaga nak panjat tangga menara masjid setinggi 114meter itu, melainkan dengan izin Allah S.W.T. Kami panjat tangga sehingga level view point shj iaitu 99meter. Saya yang belakang sekali la. Of course. Jangan kata la tak penat, memang penat. Tapi memikirkan mungkin ini pengalaman seumur hidup, kita daki jugak la kan. Dari view point menara Masjid Hubbul Wathan, kami menyaksikan pemandangan kota Mataram yang padat.
Menurut petugas, menara ini dibina setinggi 114 meter, mengambil angka bilangan surah dalam Al-quran. Menara ini dinamakan Menara Asmaul Husna sempena 99 meter view point menara ini yang mengambil angka 99 nama Allah. Kalau nak view sunset dari atas menara pun boleh, tapi oleh kerana kami nak ke tempat yang seterusnya, jadi kami tak boleh tunggu.
Turun dari menara, kami decide nak ke Universitas Mataram. Petugas masjid kata tak jauh dari situ. Jadi kami jalan kaki saja pelan².
![]() |
| Menara Asmaulhusna kanan sekali. |
Kami jalan, jalan dan jalan lagi. Bila melalui kawasan kedai² kecil yang menawarkan perkhidmatan printing dsb, saya tau kami sudah hampir sampai dengan kawasan universitas.
5.00 p.m. Kami tersesat sedikit. Tapi yang seronoknya, dapat singgah di warong kuih-muih, macam kedai kopi tepi jalan. Ada donut gula, kuih seri ayu, dan macam² lg. Harga seketul kuih² ni 1000rupiah. Sedap. sama macam tempat kita.
Dah kenyang makan cilok, kami sambung jalan ke Universitas Mataram dan kami salah jalan lagi kerana menurut penduduk tempatan, jalan yang google tunjukkan tu. tutup pada waktu petang, jadi kami kena lalu jalan lain. Mula² ingat tak jadi dah kami nak ke sana, sebab masing² dah letih, tapi sebab memikirkan sikit ja lagi, dah dekat, dah dekat. Hahahaha.
6.00 p.m. Akhirnya tiba la kami di depan salah satu pintu masuk Universitas Mataram. Kami hanya mampu minta guard tolong ketikkan gambar kami saja. Nak jalan masuk, dah tak larat.
Selepas beberapa ketika, saya pun order Grab untuk ke Restoran Ayam Bakar Berkah Djoyo. Pemandu Grab di sini kan, pada pendapat saya, akan klik accept job dulu. Tapi kita nak tunggu dia sampai kat kita tu kemain lama. Last2 saya cancelkan, order Grab lain guna phone anak saya. Driver Grab yang kedua ini ramah, siap offer nak tolong hantar kami ke airport esok hari. Jadi Lid pun ambil contact number dia.
7.00 p.m. Kami makan malam di Restoran Ayam Bakar Berkah Djoyo. Selepas makan, kami jalan kaki saja kembali ke hotel. Saya dan my doter singgah kedai Valette, kedai yang jual segala jenis skincare, makeup dan perfume pun ada. Customer kat sini sangat ramai, shopping seperti tiada hari esok.
End of Day 4 in Lombok.





























No comments:
Post a Comment