Privacy Policy

Wednesday, 25 June 2025

Cuti-cuti Lombok Part 2

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Isnin 2 Jun 2025

Mula-mula saya rancang nak ke Sembalun atau ke Senaru. Namun menurut Gery, kalau nak ke sana, lebih baik ke Sembalun dulu, tidur 1 malam di Sembalun, keesokkannya ke Senaru dan kembali ke Mataram semula. Ini kerana perjalanan sehala dari Mataram ke Sembalun atau ke Senaru mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah. Oleh kerana saya malas nak berpindah randah, maka tak jadilah kami nak ke Sembalun dan Senaru. Gery cadangkan kami bersnorkeling di Gili Islands. Emmm.. Saya merasa agak rumit untuk buat keputusan sebab kami tak pernah island hopping di mana2 pun sebelum ni, walaupun kami dah banyak kali ke Langkawi. Oleh kerana tiada pilihan yang lebih baik, maka kami cuba pertama kali ini di Lombok. 

Desa Malaka, Lombok Utara

9.00 a.m. Gery ambil kami di hotel. Kami memulakan perjalanan ke Pantai Kecinan, Kabupaten Lombok Utara kerana private boat yang akan bawa kami island hopping nanti sedang menunggu kami di situ. Perjalanan ke Pantai Kecinan mengambil masa 1 jam 15minit. 15minit sebab berhenti tepi jalan, tengok view dan bergambar. Dia bukan sebab jarak yang jauh tau, tapi sebab pemanduan yang santai2 saja. Pendek kata, kalau nak cepat sampai, kena keluar awal. Biasanya, kita juga boleh menaiki public boat di Bangsal Port untuk pergi ke Gili Islands ( Gili Air, Gili Terawangan dan Gili Meno). Ada banyak lagi Gili yang lain selain 3 Gili yang kami pergi ni.

Sumber: Google map


10.30 a.m. Kami dah berada di atas boat menuju destinasi pertama, Gili Air. Tiga orang kru bot dan juga supir kami. Salah seorang awak-awak ni pernah bekerja di Johor(kalau tak silap saya) selama 4 tahun, di ladang sawit. Di Lombok ni saya rasa tiada ladang sawit. Untuk makluman, Indonesia adalah pengeluar minyak sawit terbesar dunia, diikuti Malaysia di tempat kedua. Namun menurut Gery, gaji di Malaysia lebih tinggi, jadi ramai yang mencari rezeki di Malaysia. 

Permandangan memang sangat cantik. Ombak pun memukul lembut saja. Tempias air laut pun tak kena kat kami. Masa bot bergerak tu saya ok lagi, tapi bila dia stop untuk aktiviti snorkeling, Allah, saya pening la, mabuk laut. Lid suruh ambil sikit hirup air laut bagi hilang pening. Emmm, taknak la saya. 

Saya tak join pun snorkeling sebab saya tak suka basah-basah, sejuk-sejuk ni. Lid dengan anak-anak saja. Anak yang bongsu pun pening, plus takut nak masuk air. Anak-anak yang lain teruja. Kemain korang sampai Lombok baru merasa snorkeling. 

Di Gili Air, boleh lihat ikan kecil2 tu. Selepas itu, bot bergerak menuju ke Gili Terawangan. Di perairan Gili Terawangan, anak² dapat berenang bersama penyu. Ada beberape ekor sebenarnya..dekat sangat. 

Kami tak singgah turun untuk berjalan-jalan di Gili Terawangan. Dari atas bot, saya nampak tourist ramai sangat di sini. 

Selepas itu kami terus ke Gili Meno. Kami lunch di restoren di sini. Gery kata di sini harga makanan lebih murah berbanding di Gili Terawangan. Ntah la.. Harga makanan di pulau, of course lebih mahal daripada di mainland. Tak kisah la.. Janji halal. Kami order nasi goreng n spegeti. Alhamdulillah kenyang.
 

Lepas makan, kami meninjau tempat pemuliharaan penyu, dan berjalan kaki ke kawasan paya di Gili Meno. Di sini rasanya ada tempat penginapan juga.. Tapi yang pasti, Gili Terawangan lebih banyak hotel untuk menginap. 

Selepas itu, kami bergerak balik ke Pantai Kecinan. Pada pendapat saya, island hopping ke Gili Islands di Lombok ni sangat berbaloi, suatu pengalaman yang sangat menyeronokkan untuk anak-anak. Kami meninggalkan Pantai Kecinan pada pukul 3.40 p.m. 

Selepas maghrib, kami berjalan kaki ke restoran Ayam Bakar Berkah Djoyo yang terletak di Jl. Gajah Mada tak jauh dari hotel.. Di Mataram, kami tak jumpe orang yang berjalan kaki sangat.. Penduduknya samada dengan motor atau berkereta. Jadi, ia kelihatan sangat ketara bila kami jalan kaki beramai² di bahu jalan raya. 

Bila sampai di restoran Ayam Bakar, kami was² sebentar, nak masuk ke tak, sebab tiada pelanggan dalam kedai. Kami jalan lagi ke depan, jumpa warung. Tapi ada anjing pulak tengah baring² tepi warung. 

Kami singgah kedai alat tulis dan kedai runcit berdekatan. Beli barang kemudian baru patah balik ke kedai Ayam Bakar. Lid tanya pekerja kedai. Kemudian baru kami masuk.


Kami order nasi ayam geprek, nasi ayam bakar, nasi ikan geprek, sup ayam, es jeruk dan es teh. Makanan kat sini sedap dan murah.. Alhamdulillah.

Paket Indo mie 5 in 1 ikat pakai getah je.

Dalam perjalanan pulang ke hotel, kami singgah di alfamart dan indo maret. Dua² ni konsepnya lebih kurang 7eleven and Big C di Hatyai, Thailand. Saya beli kopi dan roti untuk sarapan. Selepas itu, kami terus pulang ke hotel..

End of Day 2 in Lombok.


No comments:

Post a Comment