Privacy Policy

Saturday 20 April 2019

Pengalaman bercuti di Surabaya 2 - Taman Safari Indonesia II

بسم الله الرحمن الرحيم
 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Khamis 22 Mac 2017
Jam 8 pagi Pak Anto ambil kami di hotel. Kami terus meninggalkan Kota Malang untuk ke  Taman Safari Indonesia II Jawa Timur. Nak pergi zoo. Biase la bila bawa bebudak berjalan kan.. Kami sarapan di restoren tepi jalan. Makan nasi sup Rawon. Dengarnye rawon ni resepi khas Jawa Timur. Ade juga pecal. Kami xberselera sangat nak makan kat sini. Tak tau ape nak pilih. Kami belanje Pak Anto sarapan. Keluar kedai, kami tanye die, biase makan sini ke? Die kate die pertama kali. Berhenti di sini sebab lihat banyak kereta berhenti. Maksudnya sedap la tu. Kah!


Simpang masuk dari jalan besar, kami melalui kawasan desa. Masuk dalam jauh juga. Dekat2 nak sampai, ade penjaja jual carrot tepi jalan. Untuk beri makan haiwan dalam zoo. Kami ingatkan org jual sayur2an. Kemudian tu baru tau. Dalam zoo pun ade jual. Sampai di pintu masuk zoo, kami boleh pilih, mau parking kereta dan naik bas persiaran yang disediakan or naik kenderaan sendiri n bayar extra. Kami pilih naik  kereta kami and kami bayarkan juga entrance fee Pak Anto. Cume rate local murah sikit la. Kami bayar IDR695,000.

Zoo disini sangat berbeza berbanding zoo di Malaysia. Di Malaysia, haiwan tinggal terkurung dalam kandang. Haiwan di sini lepas bebas mengikut kategori ye. Sementara melihat haiwan, tidak dibenarkan turun kenderaan ye.. bila melalui kawasan rusa, bole la bg makan carrot yg dibeli diluar tadi. Bila melalui kawasan harimau dan singa, jangan berani2 turunkn cermin kereta pulak.  Ade harimau belang albino tau. SubhanaAllah. Memasuki kawasan gajah, ade papan tanda mengingatkan supaya segera meninggalkan kawasan gajah jika gajah menghampiri kenderaan kite.




Kelebihan jika masuk zoo dengan kenderaan sendiri ialah pengunjung boleh berhenti lama2 sikit nak tengok haiwan. Sampai hujung sekali baru disediakan tempat parking kereta. Di dalam zoo ni siap ade funfair tau. Memang kena spend 1 hari suntuk, pagi sampai petang kalau nak buat segala aktiviti. Kami sempat menyaksikan pertunjukan gajah Sumatera. Best sgt. Habis show, penonton semua diberi peluang bagi gajah makan. Kena beli carrot yg diorg jual. Xmahal sgt.



Kami sempat berfoto kenang2an yang dirakam oleh staf zoo. Harga murah je tau. Kami bayar IDR40,000. Siap dlm 30minit. Mula2 kami rase taknak beli, depa suruh kami fikir dulu, jalan2 pusing2 dulu, if dah decide, boleh ke kaunter foto untuk beli foto yg depa snap tadi.

Bukan gambar ni. Ni Pak Anto tolong snapkan..😁


Kemudian kami pergi menunggang unta dan gajah. (Bayar extra).

Jam hampir 2 ptg, kami beredar, nak ke Batu pula. Kami singgah makan di kedai makan tepi sawah. Masih dalam kawasan desa tersebut. Tak berapa jauh dari zoo. Sedap makanannye. Ade ikan keli, ade ayam. Memang puas hati. Siap solat di surau kecil yang ade di situ. Suasana kampung, memang best. Kami order teh ais tapi depa bg teh O. Juga order ais jeruk aka limau ais, tapi diorg cm xde ais sangat. Maybe kawasan kampung, xde lori ais hantar ais kot.

Kemudian kami patah balik ke Kota Malang, dan meneruskan perjalanan ke Kota Batu. Jika menuju ke kota Batu, kite perlu melalui Kota Malang. Mungkin ade route lain, kami pun xpasti. Kami ingin ke Museum Angkut. Jenuh juga patah balik, patah balik ni.


Museum Angkut di Kota Batu
Sampai di Museum Angkut jam 5.30p.m. Ada bayaran masuk. Oleh kerana kami datang weekdays, jadi dapat diskaun. Kami bayar IDR350,000. Museum Angkut ni 3 tingkat je, tapi bersambung dengan Movie Studio(museum 3D) yang besar sangat, penat juga berjalan. Tapi memang best. Bergambar je la kat sini. Keluar dari Movie Studio, kami masuk pasar Apung pula. Ade jualan makanan and kalau nak beli makanan perlu beli kupon terlebih dahulu. Kalau nanti kupon ade baki, bole minta refund. Kami naik sampan kat situ. Museum Angkut, Movie Studio n pasar Apung ni berada di satu tempat yang sama tau. Kat pasar Apung ade jual neck pillow yang comel2 tau. Baik korang beli. Tempat lain xjumpe k. huhuhu.. Rugi cheq tak beli.

Pak Anto xmau join kami, die nak tido dalam kereta. Die bajet kami pusing2 tu 3 jam. Hahahaha. Dekat kul 8 mlm baru kami keluar dari situ.




Makanannye olok2 aje..😁
Kami meneruskan perjalanan ke Surabaya. Hujan mula renyai2 sepanjang jalan. Kami singgah di stesen minyak untuk ke tandas. Tandas kena bayar IDR2000 seorang. Kemudian Pak Anto memandu  melalui jalan hiway supaya cepat sampai ke Surabaya. Ade tol satu je. Perjalanan dari Batu ke Surabaya mengambil mase lebih kurang 3 jam. Tiba di Kota Surabaya, Pak Anto bawa kami pergi makan dulu.

Lontong di Surabaya
Kami makan di sebuah kedai kecil, 2 tingkat di tengah kota Surabaya. Menjual bakso. Sedap baq hang. Kalau ade cili kicap lagi sedap.  Kami order teh O ais je. Pak Anto minta lontong. Die tanye kami, mau? Boleh juga. Untung juga ade lontong di Surabaya. Kami imagine lontong tu was nasi impit + kuah masak lodeh + sambal sotong gitu.. Sekali die datang bawa nasi impit aje. Kah! Ha tu la.. Bukan kami xtau lontong tu sebenarnya nasi impit yg dikukus dalam daun pisang. Cuma konpius jap. Hahahah. Biase la kat tempat kite, lontong tu combination all the 3. Kat sana tidak ye..take note.

Lepas makan, kami nak check in hotel. Bila kami sampai hotel tersebut, waktu dah hampir tengah malam. A miscommunication happened. Kite booked family room. I was pretty sure that they gave the room to other guest sebab kami sampai lewat. Then, depa cume tinggal bilik standard available. Kami pun xmau, sebab xfit utk kami. Nak tambah extra bed pun  tak bole. Jadi I just want to cancel the booking. The manager in charge pun xde. Kite xcakap banyak, terus login Booking.com, cancel the booking. Email to Booking.com, told them what actually happened. It took few days juge, tapi akhirnya hotel ngaku salah depa. Then, Booking.com waved kan je cancellation fee.

Alhamdulillah, Pak Anto sedia tunggu kami settlekan hotel. Die nak blah gak dah sebenarnya mase tu. Luggage pun dah turunkan kat lobby.  Lepas tu, kami masuk kereta balik, and try cari hotel lain yg ade family room. Gigih cancel hotel. Pak Anto la yg tolong call kan hotel, tanyekan ade family room ke x. Rate berape semua. Last2 kami stay kat hotel Sinar 1 yg tak berape jauh dari Bandara Juanda. Terima kasih Pak Anto.


No comments:

Post a Comment