Privacy Policy

Friday 22 March 2024

DIY Turkiye 2024 Day 1&2 - Istanbul

بسم الله الرحمن الرحيم
 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ahad 25 Feb 2024 The Day

Beg semua siap kemas jam 12 tghari. Susah nak packing sebab banyak benda kena prepare termasuklah ready-to-eat food. Sy bw beras 5kg. Risau bila orang kata kat Turkiye semua makan mahal². Takut juga kalau tak lalu nak makan Turkish food sampai 12 hari trip nanti. 


Semua peket ready-to-eat ni sy tak pernah rasa pun sebelum ni..sy bawa buat rase² je orang kate..Ada juga bawa sambal bilis yg sy buat sendiri. 
Sampai di Penang airport, saya  turunkan beg, Lid & anak², kemudian patah balik hanta kereta, then ambik Grab ke airport semula. Jam 1 tghari selesai drop 3 baggage (46kg in total). Kali ni air botol semua kena buang ms hand carry checking. 

Flight kami Singapore Airlines transit di Spore delay 45minit..

Kami dah 3 kali ke Spore. Ini adalah kali kedua transit Spore. Sebelum ni pernah naik Airasia, Jetstar, Silk Air dan Scoot. Ini merupakan pertama kali kami naik Singapore Airlines ke Spore. Take off 4.30 ptg. Cuaca cerah. Kami dapat in flight meal, pizza & drink. Tak sangka. Sebab flights sebelum ni tak dapat kecuali Silk Air bg sandwich mase route Spore-Penang. 

Yummy.

Kami sampai Spore jam 6 ptg, mendarat di T2. Kami solat dulu, dan lepak sambil tunggu Maghreb. Lay over Spore lebih kurang 7jam juga la. Tengah malam nanti baru flight ke İstanbul. Sebenarnya kalau lay over length 5 jam setengah, kita boleh join free Spore Tour. 


Kalau korang nak ke Jewel Changi airport yg ada air terjun tu, boleh juga, keluar Imigresen, tapi kena isi Spore arrival card first. Isi online shj. Sy dah isi, tapi malas nak keluar.

Lepas solat jamak qasar Maghrib dan Isyak, kami terus naik Skytrain ke Terminal 3. 


Kami ada masa 4 jam lagi sebelum flight. Kami makan mi segera yang kami bawa dalam handcarry saja. Air panas ada dekat pantri di sebelah baby changing room. Korang boleh cari je kat Terminal 3 tu. Changi airport ni tempat transit ramai traveller n tourist ke destinasi masing2.. 7E, foodcourt, mini cinema, dll. Ada macam2 facility disediakan. Tu yang paling best bila transit di sini. 

Kami memasuki gate B4 bila jam menghampiri 12.15 malam. Boarding jam 1 lebih. 1.50 a.m. flight dah ready utk take off. 

Sejam selepas take off, kami dihidangkan dengan first meal. 

Fish with rice

Pasta

Dua jam sebelum landing kami dihidangkan pula dengan breakfast.. Ada pilihan beef noodle ataupun omelette with chicken patties. Beef noodles tu sedap. 



Perjalanan memakan masa 11jam setengah.. memang lama giler. Tidur, bangun, tidur, bangun, akhirnya selamat mendarat jam 8.15 pagi waktu Istanbul. Untuk pengetahuan semua, waktu di Turkiye adalah 5 jam lewat daripada waktu Malaysia.

Isnin 26 February 2024 Day 1 - İstanbul.

Sampai sj di Istanbul Havalimanı, sy on simcard Türkiye yg sy beli di shopee. Alhamdulillah, boleh guna data. Kami siap² dulu pakai long john, sweater n winter jacket. Baju² dah siap² letak dalam luggage hand carry. Kemudian, kami ke pemeriksaan passport dulu, then baggage claim. 


Kami nak ke Sultanahmet area sebab first hotel ada di situ. Jadi, sebab nak jimat banyak, sy tak ambil airport transfer. Kami guna public transport sj.  Keluar dari airport, ikut arah ke Metro station. Masa ni mulut dah keluar kabus² gitu bila bercakap. Excited. Sampai kat Metro, first beli Istanbulkart. Harga die 70TL. Sy bayar 100TL, baki 30TL tu automatik masuk dalam kad. Kemudian sy topup another 200TL by wise card. Mula² tu terkial² juga. Tapi jangan risau sebab boleh tukar bahasa. Kad ni boleh kongsi sampai berape ramai sy tak pasti. Budak 6tahun ke bawah, free. Saya tap 5 kali masa awal² ni.



Kemudian, naik tren M11 dr Istanbul Havalimanı, sampai stesen Gayrettepe. Tambang dlm 20TL. Darı stesen Gayrettepe, jalan ke stesen M2 ada atm machine, boleh withdraw TL. Naik M2 dr Gayrettepe ke Vezneciler, 1 station before Yenikapı station. Tambang 17.70TL. Sebenarnye kalau turun kat last station (Yenikapı) pun boleh, and lagi senang. Sebab tak tau kan, sy follow guide dr FB Road to Turkiye. Saya topup İstanbulkart lagi 200TL. 

Kami keluar dr station M2 Vezneciler. Beli simit (10TL) dan jagung rebus (25TL) yg pertama. Then having breakfast at Şehzade Börek. İni first time kami cuba börek. Pide dah pernah makan semasa trip 2018. Makanan kat kedai ni, boleh kata murah la. Kıymalı börek (börek daging cincang) 1 porsiyon 60TL sj.


Rindu nak makan simit

Jagung susu

Kiymalı börek

Pide


Selesai bersantap, kami jalan kaki ke stesen tren T1 Laleli-İstanbul Üniversitesi untuk ke Sultanahmet station. Naik tren yang menghala ke Kabatas. Tambang 17.70TL. 

Sampai Sultanahmet, nak cari hotel kami yg first, Fehmi Bey Hotel, terpaksa tanya turist polis kat area depan Sultanahmet park. Di situ ada satu pondok Turizm Polis. Kami check in hotel jam 2 petang. Siap2 masak nasi dulu, makan dan solat, baru kami keluar. 

4.20 p.m. Tempat pertama yang kami tuju ialah Sultan Ahmet Camii ataupun Blue Mosque. Memang aim nak ke sini sebab masa first trip dulu tak sempat ke sini. Kami sampai di situ, sewaktu azan Asar berkumandang. Pelawat tak boleh masuk, hanya muslimin dan muslimat yang nak solat saje yang boleh masuk. 



Kemudian kami ke Arasta Bazaar yang terletak di belakang masjid. Sekadar cuci mata.  




Kemudian kami menapak, jauh giler. Sebenarnya dah tersalah jalan, nak patah balik, malas pula. Jadi kami pun redah saja. Sampailah kami di Sarayburnu Park. 


Kami jalan lagi sampai Sirkeci. 

7.15 p.m. Kami beli kunefe di Safa. Harga 95TL sebiji. Sedap kalau makan panas2 lagi ni. 


Jalan2 lagi kemudian kami decide untuk makan malam di Balkan Lokantasi, Sirkeci. Kedainya ke dalam sikit..tak dekat dengan jalan utama/tren. Kena mendaki sikit. Lokantası kat Turkiye ni macam kedai nasi campur kat Malaysia. Rasa makanan depa tu oklah..Boleh makan. Anak2 kami makan je. Lupa plk nak ambil gambar makanannya. 

Balik tu kami naik tren T1 dari Sirkeci ke Sultanahmet. Suhu bertambah sejuk drpd siang tadi. Tapi memang best. Jam 9 p.m kami dah sampai di hotel. 

Çok güzel.

Selasa 27 Februari 2023 Day 2 - İstanbul.

Kami ke masjid 6.30 a.m. untuk jemaah Subuh. Wuduk di hotel. Suhu sejuk tapi nyaman dan selesa.


8.30 a.m. Kami bersarapan di hotel. 


9.30 a.m. Memulakan hari kedua dengan menziarahi makan Sultan Ahmet. 


Masjid Sultan Ahmet.

Masjid Aya Sofya.

Kali ni kami tak masuk Aya Sofya dan Topkapı Sarayı, sebab dah pernah pergi before. So kami jalan terus ke Eminonu. 

11.00 a.m. Sampai Eminonu terus ambil feri ke Kadikoy. 




Kız kulesi.

Haydarpaşa railway station. 


Kami plan nak ke Kadıkoy fish market, tapi tak terjumpa plk marketnya. 


Kami jumpa lorong yang jual pakaian. Shoping sikit2. Kemudian kami jalan lagi, berpandukan Google map, untuk cari makan tengahari. 

1.00 p.m Kami makan di Kaya Usta. Ada baca review group mn ntah kat FB. Sy order chicken wrap, mercimek corba and Adana@Urfa kebab (tak ingat order yg mn satu. Free cay. Sy tak pasti apa beza Adana kebab dgn Urfa kebab. Mungkin rempah dia kot.

Yg warna oren mcm nasi tu gandum kot.

Lepas makan, kami menapak ke bus stop sebab nak ke Kiz kulesi@Maiden tower. 

Camlıca tower view dr atas bas.

Kız kulesi.

Tengok dari jauh saja tapi gembiranya sebab dah ada depan mata, selalu tengok dalam FB je. 

4.00 p.m. Kami berjalan menyusur tebing sampai ke Semsi Ahmet Paşa Mosque, berhenti solat kejap, kemudian jalan lagi. 



Bila jumpe playground, berhenti jap bagi anak2 main. Sepanjang jalan tu kalau tak silap sy, ade 4 playground kami jumpa. Playground yg ke 4, sy dah tak bg anak² main sebab dah Maghrib.


5.45 p.m Seterusnya kami jalan menuju ke Kuzguncuk Evleri. Takde ape sangat sebenarnya di sini. Hanya view rumah2 kat situ cantik, dan banyak cafe. 



Kami makan aiskrim di situ. Satu scoop 30TL, dalam RM4.50 ok lah. Ada macam2 perisa yang rare, perisa mandarin pun ada. Jangan lupe tanya harga dulu, takut satg kena ketuk.
 

7 p.m. Kami jalan lagi, singgah di Üryanizade Camii. 


Kalau tengok ke seberang sana, itu ialah Masjid Ortakoy tau. Kami tak ke Ortakoy kali ni sebab dulu dah pernah pergi. 


Seterusnya kami jalan lagi sampai Beylerbeyi Sarayi. Tapi masa ni, dah malam. Beylerbeyi Sarayi ni pun dah tutup. 


Sy tak plan nak masuk pun. Sekadar jalan2 shj. Tempat yang free entrance, İnsyaAllah kami sampai.

Beylerbeyi Park



7.45 p.m Kami jalan lagi sampai ke Hamid-i Evvel Camii. Solat maghrib dan Isyak.





Tandas 5TL di luar kawasan masjid. Muslimah kena ambil wuduk di tandas. Masa ni sejuknye..

Total jarak kami berjalan dr Kız kulesi hingga ke Hamid-i Evvel Camii, 5.6km.


Selepas solat, kami tunggu bas untuk patah balik ke jeti Uskudar. 


Istanbulkart sy boleh tap dua kali shj sebab baki kurang. Sy tak perasan. Driver bas pun tak kata ape. Tiba di jeti Uskudar, sy topup lagi. Kami naik feri pukul 8.55p.m.


Sampai di seberang, kami naik tren T1 dari Eminonu dan turun di station Camberlitas. Dari station Camberlitas nak kembali ke hotel kami adalah lebih dekat jaraknya berbanding jika kami turun di Sultanahmet. Tapi jalan satu lagi ni, berliku2, tak landai seperti jalan yang mula2. Kalau tak heret luggage, ok sj lalu sini untuk sampai ke hotel.

Malam ni kami rehat sj sambil sy kemas barang, sbb nak check out dah pagi esok.









 



No comments:

Post a Comment