Privacy Policy

Tuesday 9 April 2024

DIY Turkiye 2024 Day 3&4 - Kapadokya

بسم الله الرحمن الرحيم
 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Rabu 28 February 2024 Day 3 - Kapadokya.

6.30 a.m. Seperti semalam juga, pagi ni kami solat Subuh berjemaah di Masjid Sultan Ahmet. Vibe dlm masjid tu best. 

Hari ke 3, kami akan ke Kapadokya menaiki flight, akan landing di Kayseri airport. Sy tak ambil airport transfer.

Umarım başka bir mevsimde burada olurum.

Selepas bersarapan, kami terus checkout Fehmi Bey Hotel dan menuju ke T1 Çemberlitaş station. Jalanannya agak mendaki dan berliku2 sedikit, dengan segala kudrat nak heret baggage semua tu. 

9.00 a.m. Dari Çemberlitaş station, kami turun di Sirkeci station, tukar B1 Marmaray tren, dari Sikerci ke Ayrilik Çeşmesi (ambil tren yang ke Gebze, turun di Ayrilik Cesmesi - dua station shj dr Sikerci), tukar tren M4 Ayrilik Çeşmesi sampailah kami ke Sabiha Gökçen airport. 

Ada 21 station sebelum sampai di Sabiha Gökçen Airport

Sebenarnya, pertukaran tren ni melibatkan beribu² langkah ye.. nak turun ke  underground untuk catch up tren Marmaray je ntah 3@4 tingkat eskalator kami turuni. Kami tiba di Sabiha Gokchen airport jam 10.30 pagi. Sempat sy withdraw cash di situ sebelum kami berkejar ke Departure hall. Manusia terlalu ramai. Semua kaunter Pegasus, nak bertanya pun susah. Lagi2 bila kite ni orang asing bg mereka. 

Alhamdulillah sy dah check in online petang semalam. Sebenarnya nak rileks sgt pun tak boleh sebab flight kami jam 11.55pagi. Kami dah terlewat sebenarnya. Saya cuba tanya staf yang berada di tengah² manusia lain tu. 

Mula² kena print bag tag dan boarding pass di mesin layan diri. Pastikan ada booking no. yang ada 6 digit tu. Refer kat email Pegasus. 

Selepas dah print boarding pass dan lekatkan bag tag, kami terpaksa beratur pula di depan kaunter Expressbagaj untuk drop baggage.  Barisannya panjang melingkar2 macam ular.


Tak boleh jadi ni, sbb boarding time dlm boarding pass kami 11.20. Sy cakap kat Lid, kita kena potong que, Sy just say 'sorry, we already late' kat orang2 yang beratur tu, n potong que terus. Ada la juga manusia yang tak nak bagi kami jalan dulu. Tak peduli, nak marah, marah la. Sebab sy takut kami di'deny' boarding, walaupun mase tu dah 11.15, bila kalut ni, akan macam2 masalah timbul. 

Mula² kena bagi mesin tu scan bag tag, pastu tunggu je, bila beg pertama dah bergerak ke conveyor, baru letak beg kedua. Buat satu persatu. Ada satu baggage kami yg rosak pemegangnya, tapi depa terima saje utk di check in. Alhamdulillah selesai check in bag jam 11.25. Kami terus lari ke gate bersama anak². Mujur gate dekat saja. 

Lega dalam hati bila tengok ramai orang beratur di gate. Gate masih belum dibuka. Tiada panggilan utk boarding lg. Tiada juga sebarang pemberitahuan tentang flight delay.  Semua orang menunggu² info yg tak kunjung tiba. 

Setengah jam kemudian baru ada dengar soksek² mengatakan flight delay 45minit. Sempat sy hantar msg kpd pihak hotel di Goreme, yg kami akan sampai lewat sikit. 

Boarding time 12.40. Selamat take off jam 1.20. Flight ke Kayseri mengambil masa 1 jam  perjalanan. Alhamdulillah. 


Sampai di Kayseri airport, internet di telefon sy tak function. Jadi agak kelam kabut sekejap sebab kami tak ambil airport transfer dari hotel. 

Keluar dari airport, sy nampak ada shuttle bas mcm bas Rapid tu. Jadi kami pun heret baggage utk naik bas tu bersama beberapa orang yg turun flight dgn kami. Sy assume bas tu mungkin akan bawa kami ke station bas Kayseri. Kemudian, kami akan cari bas utk ke Goreme pula. 

Masa berkire² nak naik bas tu, ada seorang lelaki approach us, beritahu kami, dia sediakan perkhidmatan airport transfer, tanya kami nak ke mana, dia boleh hantar kami terus ke Goreme. Katanya, jika dengan bas, kami perlu naik 3 bas ke Goreme. Van die boleh hantar kami sampai depan hotel. Tambang 10euro katanya. Sy kata in lira. Die kata 300lira. Anak kecil tak cas kata die. Driver bas pun dah tunjuk² jam di tangan dia. Nak naik ke tak nak naik. Akhirnya sy decide naik van terus.


Bila nak naik van, die kira tambang utk 6org. Ingatkan kira 5org sj. Hmmm. But still cheaper than airport transfer by hotel. Sebab masa ni tukaran 10euro bersamaan 333TL. Dapat la jimat sikit. Lagipun kalau airport transfer by hotel ni, depa kira ikut kepala. Anak kecik semua kena bayar.
 

Dalam van, sy try on 2nd simcard, pun still data tak ok.. Rasenye after almost 1hour baru internet connected. Alhamdulillah.. Perjalanan mengambil masa 1jam setengah. Lepas So smooth. Jalan tak sibuk macam di Istanbul. Van singgah hantar orang di Urgup. Depan sikit lagi baru sampai Goreme. Kami tiba di hotel jam 4.30petang. 

Sampai bilik saje, terus masak nasi, prepare late lunch. Makan, solat dan rehat. Pukul 7 mlm, kami keluar bersiar² di pekan Goreme. Jalan kaki 5 minit sj dr hotel kami duduk. Sejuk dan nyaman..




Malam² tak ramai orang..tapi di sini kami terserempak dgn ramai juga orang Malaysia. Mungkin sebab pekan kecil sj di sini. Banyak kedai souvenir dan cafe. Nak kate Goreme ni memang tourist spot. Sempat singgah di A101 (kedai runcit yg murah) untuk beli coklat dan lemonade. Jam 9 kami dah sampai di hotel semula. 

Khamis 29 Februari 2024 Day 4 - Kapadokya.


Antara jam 7-8 pagi, boleh tengok hot air balloon di udara. Sy memang tiada plan nak naik hab sebab cas yg terlalu mahal bagi sy. Maybe kalau kami datang berdua sj, İnsyaAllah boleh naik. 

Jam 8 pagi kami dah bersedia di luar sambil menunggu cafe hotel buka utk sarapan jam 8.30pagi. Selepas sarapan, kami terus jalan kaki ke station bas Goreme. 


Hajat di hati nak ke Erciyes Dağı hari ni. Sy cuba cari bas utk ke Bandar Kayseri, tp schedule bas yg available hanya pada pukul 1.15 tgh hari. Mungkin kami dah terlepas bas yg awal pagi. Sy cuba tanya taxi, 2 taxi sy tanya. Yg pertama cas 4500TL pergi balik dlm masa 3-4jam. Yg kedua pula cas 5000TL. Sy request utk singgah Bazar di bandar Kayseri. Emmm..tak dapat la jawap nye kan. Dah la cas mahal. 

Jadi sy dan Lid cari² company rental car di kawasan situ. Yg pertama, nak bg sewa 60euro. Tapi bila kami kata nak ke Erciyes, die kata tak boleh plk. Die expect kami ronda kawasan sekitar sj kot. Yg kedua, kedai di blkg station bas, yg ada provide segala tour² yg biase di Kapadokya tu. Tapi die bukan nk sewakan kereta, die nak kita ambil pakej tour dgn depa. 

Yg ketiga, kedai rental car depan station bas. Alhamdulillah, kami dpt sewa kereta auto 1 hari 75euro/ 2500TL. No deposit. Cuma tinggalkan passport sy sj. Tak perlu IDL. Bila sy bgtau sy yg akan drive, die dah risau dah. Haha. Die kate single driver only. Tak boleh tukar² driver. Die tanye, samada sy drive long distance. Of cos la.. Penang-JB pun no hal. Ape la sangat Goreme-Erciyes yg sejam lebih tu je..haha. 


10.15 pagi. Bila dpt kereta, minyak level E. Nearest petrol station 8km from Goreme. For the first time, sy drive left handed car. Asyik tersilap klik wiper je bila nk bg signal. Sampai station minyak, sy pun tak sure berapa byk nak isi. Jadi sy kate kat die 20litre. Total 836.80 TL/RM128. Bila fikir² balik, isi 650TL/RM100 pun dah cukup.


Kami meneruskan perjalanan ke Erciyes Dağı. 11.50pagi tiba di Erciyes ski centre. Parking 75TL. Cuaca pagi ni cerah. Matahari terasa terik. Jadi tak terasa sejuk sgt. Alhamdullilah. 

Sy sewa 4 snowboard, 150TL satu utk  sejam. Kena tinggalkan passport di kaunter. 


Saya bayar entrance fee pakej 80TL untuk 5 orang, depa bagi 1 pass masuk. Kemudiannya, sy rasa, entrance fee ni tak wajib bayar pun. Kalau kt nak naik conveyor ke atas tu, sekali masuk sj, kt perlukan pas tu. 


Kalau kt tak naik conveyor tu pun takpe.. Menapak sj naik ke atas, kemudian menggelongsor ke bawah dgn snowboard tu, naik lagi kena menapak juga. Bukan bole naik dengan conveyor tu dah.. Masa kami naik conveyor tu, tetibe conveyor tu terhenti kat tengah².. Berdebuk jatuh. Sakit ooo..terpaksa jalan juga keluar dr conveyor tu, sebab tak function. Sib baik cas 80TL je. 




Sy bagi anak² masa utk main snowboard ngam satu jam. Puas la nak menapak naik tu kan..time turun dgn snowboard tu laju je. Snowboard tu ringan je. Sy sempat la berdebuk 2 kali kat situ. Kami semua pakai sport shoes je. Cukup sejam main snowboard, kami pulangkan. Kemudian bagi anak² main salji sat. Sementara tu kami minum cay kat cafe. Kat sini boleh bajet spend time around 2-3hours sy rase cukup dah.


Kemudian kami singgah solat di masjid. Jam 2.30petang kami bergerak ke bandar Kayseri. 

Sampai Kayseri, kami nak cari makan. Cari lokantası yg ada org suggest dalam group FB tu. Nak dapat parking agak sukar. Puas berpusing² cari parking. Alhamdulillah dapat parking sebelah lokantası yg kami nak singgah tu. Di Kayseri ni ada orang jaga parking. Bayar parking ikut jam. 


Kami order makan. Rasa tu boleh diterima tekak. Harga tu pada sy tak murah. Memang kami makan bertujuh. Tapi sy rase die cas mahal, ngan takde resit nye. 


Kami jalan² di luar Bazar sj. Shopping sikit². Beli beg sekolah anak 3 orang di sini. Lid terserempak dengan seorang lelaki ni, dia boleh cakap bahasa melayu. Dia kata die pernah study kat Universiti Malaysia Sabah. Kalau nk hantar anak study di Turkiye, boleh contact die, katanya. 

5.30ptg kami meninggalkan bandar Kayseri menuju ke Urgup. Di Urgup, kami singgah solat, kemudian sy singgah beli turkish lamp. Pekan Urgup ni lebih happening drpd Goreme. If ada lg plan ke sini next time, sy nak stay di sini pula.

Yeni Camii 



No comments:

Post a Comment