Privacy Policy

Tuesday 10 October 2023

Pengalaman terbang dengan Emirates - Part 1

بسم الله الرحمن الرحيم
 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

(First of all, I would like to apologize because these entries might have mixed of English and Bahasa). 

It took me sometimes to write about this trip because I was not in the mood. 
 
There was not much preparation needed for this trip because the itinerary was arranged by our tour guide.  We only suggested some destinations that we would like to stop by. The trip members included me, my husband, Lid, my colleague, Kak Aina, and her husband, Mr. Azhar. 

Sabtu 26 Ogos 2023
Jam 4ptg kami tiba di Terminal 1 KLIA. Proses check in was very smooth.. Jalan pelan2, naik bas untuk ke gate C. Jam 4.55 kami dah sampai kat gate C37. Awal sgt plk sampai. Risau jalan jem, sebab minggu cuti sekolah. Boarding 6.50ptg. Erk..keras menunggu.

Trip ni tak bawa anak2.. Huu.. Kesian yang kecik.. Tak penah kena tinggal. 

Ini ialah pengalaman pertama kami ke Mesir dan pertama kali juga naik Emirates flight. Tiket ditempah oleh third person, sebab trip ni ialah trip kawan2. Sy install Emirates apps di phone setelah dapat Booking number. Thru the apps, sy pilih seat Kul-Dbx dan Dbx-Cairo for free. Passenger can only do online check in within 48 hours before fly. 

Kaunter check in di buka 4 jam before departure. Proses drop baggage yg teramat la senang sebab dah check in online. 

Alhamdulillah. Baggage check in plk 46kg sorg. Huhu.. nak bawa  ape la kan byk2 tu. Maybe kalau pandai nak jual kilo, boleh la ambik kg banyak². Orang ni tak pandai lg. Kami bawa 2 luggage yg kategori kecik shj dan check in juga sebab malas nk heret beg masa transit di Dubai. Sy rasa sekiranya kita book tiket lebih awal, maybe boleh opt to lesser kg, and surely dapat tiket yg much cheaper. 

Bersama kami satu flight hari tu, ada jemaah umrah Mataf Travel n Tour. Best kot g umrah naik Emirates. Agak²nya berapa kos umrah deme ek..

Our flight took off from Kuala Lumpur International Airport  at 7.30 p.m. We arrived in Dubai at 10.10 p.m./ 2.10 a.m Msia. Lebih kurang 6jam 40minit perjalanan. Ada 2 kali in-flight meal. Makanannya boleh tahan sedap juga, kena dgn tekak. In-flight entertainment pun best. Yang best kan, ada movie in Turkce. Layan.


Kami transit Dubai 10jam. Sampai di Dubai Airport, kami solat jamak qasar maghrib dan Isyak di surau. Kemudian kami ke ruangan arrival untuk cop passport, jalan2 keluar dari airport. Tak perlukan visa ye. Depa bg simcard free 1GB, tapi tak boleh guna pun. Kejap ok, kejap tak. 

Mula2 kami plan nak naik metro to the city center, tapi staff di ticket kaunter bgtau, all close at 10pm, walaupun kami masih sempat utk catch up the last train. Bila kami tanya di information counter, tempat yang kami boleh ronda2 sementara transit ni, depa suggest kami p Dubai Downtown. Jadi, kami pun ambil airport taxi, yg cas paling murah per kilometer. Teksi bersepah. Cuma ada different charges per kilometer. 


Kami minta driver taxi bawa kami jalan² untuk ambil gambar di Burj Khalifah. Burj Khalifah ni dekat ngan Dubai Mall, yg besar gile tempat ni. Tapi semua tutup jam 10pm. Dubai Downtown ni ialah kawasan Dubai Mall juga. Takde ape ada ye bila dah tengah2 malam mcm ni. Nasib baik kami tak naik metro.. If not, kami nak ke mana pun tak pasti sebab semua dah tutup.

Taxi driver tu juga bawa kami lihat Burj Al-arab. Dari dalam teksi yg bergerak, kami dapat lihat Dubai Museum of the Future dan Dubai Frame. Kesimpulannya, kalau nak transit lama di Dubai, pilih transit di siang hari k. It's just that, waktu nk book tiket tu, org tak consult kt dulu pasal transit malam di Dubai ni. Malas nak kenangkan balik. Personally, sy dah tak nak dah transit lama2 di sini. Cukuplah sekali.
 
Ahad 27 Ogos 2023
Taxi driver hantar kami semula ke airport. Tambang taxi AED177.50. Share 4 org ok la kot. Masa kami pergi ni, sy tukar 100Aed bersamaan 128Myr. 

Kami ke bahagian departure, lepak surau la sampai lepas subuh. Waktu subuh 4.40pagi, syuruk 5.54pg. Ada kedengaran azan dalam surau bila dah masuk waktu. Lepas subuh, kami lepak food court yang terletak di sebelah surau, sementara tunggu nak check in next flight. 


Flight Dubai-Cairo jam 8.15am. Banyak mase lg ni. Kami berada di Terminal 3, DBX. Gate C3 jauh ke hujung dunia. Alhamdulillah, dapat naik buggy, free ride. It's just that driver mcm reluctant nak bawa kami ke gate, haha..Die tak tau orang tengah letih ni, transit lama kat Dubai.

Penerbangan ke Cairo, Alhamdulillah lancar. Cuma dalam 15/30 minit nak landing, ada passenger yg diserang sawan, i guess. When the flight was safely landed, we have to wait for the paramedic naik dulu, baru kami boleh turun. 

Kami tiba di Cairo Airport almost jam 11 pagi. Keluar airport dalam kul 11 lebih, driver kami belum sampai lagi.



No comments:

Post a Comment