Privacy Policy

Saturday 19 August 2023

Cuti-cuti Singapore 2023 - Last day

بسم الله الرحمن الرحيم
 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sabtu 1 Julai 2023
Dalam jam 10.30pagi kami check out hostel. Towel yg disewa tu, kami tinggalkan saja di bilik. Receptionist pulangkan balik deposit sewa bilik dan towel. Pagi ni kami berbelah bagi, nak ke Mustafa Centre atau ke Bugis Street.. Kerana jalannya bertentangan, kena pilih salah satu. Kami sarapan di Restoran Al-Bismi, di bawah hostel saja. 


Selepas sarapan, kami decide nak ke Bugis Street saja. Boleh beli buah-buahan lagi. Kami terus jalan kaki saje ke Bugis Street berpandukan Google maps. Dekat kul12 tghari kami dah sampai. Ronda2 sekejap. Beli barang ape2 yg patut then beli buah laici lagi. Ada nampak buah naga warna kuning.. Tapi tak beli plk. Rugi tak rasa. 


Laici manis. 

Kemudian kami naik bas ke Lavender untuk tapau nasi biryani, nak makan di airport nanti. Dari Lavender, kami jalan kaki saja ke Malabar Mosque untuk solat qasar jamak Zohor dan Asar. Masjid ini dah siap renovate dah. Tahun lepas masa kami ke sini, masjid ini tutup untuk renovation. Sekarang dah ada tempat wuduk dan tandas wanita di bahagian atas. 


Selepas solat, kami ke mrt Lavender(EW11) semula dan naik tren ke Changi airport. 


Sampai shj di Changi airport, kite terus ke Terminal 2 sebab nak keluarkan baki kad EZ Link. Sebenarnye kalau nak simpan je pun boleh. Next time, bila datang lagi dah tak perlu beli dah kad tu. Validity 5 tahun. Tapi sebab kami rase kami taknak datang dah Spore for the next 5 years, jadi kami keluarkan je la baki kad tu. Lepas dah keluarkan baki, kad tu dah tak boleh guna lagi dah. 

Kemudian kami naik tren ke Terminal 1. Sampai Terminal 1, timbang hand carry  dulu  sebab takut terlebih 7kg. Kami adjust supaya tak lebih drpd 7kg sebab beli check baggage pun 20kg sj. 1 luggage saje. 

Kemudian kami terus ke kaunter Scoot untuk print boarding pass dan check in baggage. Dalam hati ni, Allah saje yang maha tahu, berdebar2 takut kena bayar extra sebab nama Lid salah eja sikit dekat Last name. Tertinggal 1 huruf 'a' .  Alhamdulillah staf kaunter tak perasan kekurangan huruf a tu. Bila kami nak masuk melepasi pintu departure hall tu, pegawai di pintu tu suruh kami ke kaunter Scoot semula sebab boarding pass anak2 hanya nampak sebahagian je nama depa..kita ni berdebar2 lg takut dia perasan huruf a yg kurang tu. Alhamdulillah lepas pintu tu.. Masuk bahagian yg perlu scan passport pulak. Saya dan anak2 yang besar, boleh lalu mesin scan n go sj. Lid sebab die dukung anak kecik, die kena lalu kaunter yg ada pegawai. Ntah doa apa yg dia baca, pegawai tu perasan kekurangan 'a' tu, tapi die lepaskan saje. Alhamdulillah. 


Inilah antara pahit manis yang sy lalui dalam usaha nak bawa family travel diy. Keyin nama masa beli tiket flight ni bagi sy part yg paling crucial. 7 nama anak beranak nk isi dalam sistem online sebab nak dptkn tiket murah,  walaupun kadang tak murah mana pun. Tu belum kira sistem error lagi, kena isi berkali-kali, cek berkali-kali, sebab takut salah keyin. Berpeluh dingin, seram sejuk. Tengok2 ada salah juga. Kenangan manisnya bila selamat pergi dan balik. Alhamdulillah. 

Bila terbaca kisah2 org yg ade masalah keyin nama dlm sistem bila nk beli tiket flight ni kan, sy faham sbb sy pun berada di situ. Masalah selalu berlaku disebabkan nama terlalu panjang. Nama anak2 sy pun panjang 3,4 patah nama. Nama walidnya lagi 3 patah. Proses ni akan berulang lagi, sebab bukan boleh ubah pun kalau nama dah memang panjang. 

Kami berjalan ke departure hall, sempat singgah 7eleven beli roti pisang n roti walnut apricot. Roti walnut apricot ni mahal sikit drpd roti pisang. Kemudian, kami cari port nak makan nasi biryani yg sy tapau tengahari tadi. Akhirnya kami lepak bawah eskalator sj. Takda siapa kacau. Dekat dengan water cooler n tandas untuk cuci tangan. 

Siap makan, kami terus ke gate. Lepak2 sampai la masa nak boarding. 6.15ptg baru start beratur, untuk scan body n hand carry. Kalau di Terminal 1 ni, body check and scan hand carry semua buat di gate. Tak sama seperti di tempat lain. Di PIA, selepas cek boarding pass dan passport, terus scan body dan hand carry. Baru jalan ke gate. 

Bila dah masuk dalam ruang boarding, staff airline buat announcement; untuk mengelakkan overhead compartment tu full sgt, depa offer cek baggage for free. 1 passager 1 baggage. Saya rasa mungkin sebab ramai passenger bawa hand carry sj, tak beli cek baggage kot. So saya pun antara passenger yg serahkan beg juga untuk dimasukkan dlm perut kapal. 


Pengalaman naik Scoot best. Depa mengutamakan passenger with kids juga, selain passenger yg berkerusi roda, untuk masuk dulu. Boleh la repeat Scoot utk ke lain2 destination selepas ni. 

Selamat tinggal Singapore, panjang umur nanti kami datang lagi. Alhamdulillah semua smooth. Selamat sampai di Penang.

No comments:

Post a Comment