Privacy Policy

Wednesday 11 October 2023

Cairo trip Day 1

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ahad 27 Ogos 2023
Kami tiba di Cairo jam 11pagi waktu Cairo. Urusan cop passport semua lancar. Lepas ambil baggage, terus saja ke kastam dan keluar pintu 7. Tour guide kami belum sampai lagi. 

Tak lama kemudian (adalah 20 minit juga), ustaz sampai. Ustaz Fauzan is a medical student from Al-Azhar University, Cairo. Kami naik kereta 7 seater. Di sini pemandu memandu di sebelah kiri. For the readers information, Malaysia is 4 hours ahead of Egypt and during this trip, Egypt was in the summer. 


We were then having our lunch at Restoran Malaysia GH Corner, a restaurant under GISB Holdings. Sebelum sampai Cairo, kami dah transfer duit siap² to our tour guide, untuk ditukar kepada Egypt currency, so called genih. Sy tukar 1000Myr dapat 8700genih. 

Selepas makan, kami dibawa ke rumah penginapan kami di Wisma Pahang Awal Sabiek. Wisma Pahang was the residential area provided for the Al-Azhar University students originated from Pahang. There were many other designated residential areas for students from other states of Malaysia.


Oleh kerana jam baru 1.30p.m., dan belum tiba masa untuk check-in, kami drop beg shj, mandi pun tak hampa..haha. Kemudian Ustaz ambil kawan dia, Ustaz Amir to help him explain tempat² lawatan hari ni. Kami terus menuju ke Darrasah Street. Ustaz parking berhampiran dgn hospital tempat dia praktikal. Ramai ummat. Kenderaan pun banyak.


Kami berjalan kaki saja. Panas terik dan berdebu sikit. Tempat pertama yang dituju ialah Masjid Al-Azhar. 


K.Aina and me have to solat jamak qasar di sini. Sebab ustaz kata di masjid Saidina Hussein nanti, yg kami nak pergi selepas ini (kat seberang jalan), sempit sikit utk jemaah muslimah. Sy kan sebenarnya tak suka kalau org kalut kat sy time solat ni. Nak berlama² dalam masjid tu tak dapat, sebab orang menunggu kt kan..

Lepas solat, sempat lah tengok² sekejap ruang dalam masjid. Kemudian, kami ke bahagian tepi masjid, untuk ke kedai jus. Air tebu pio 7genih sj. Murah gile, around 80sen je duit Msia. Jus mangga 15genih ja. 

Selepas minum, kami melalui terowong bawah tanah, utk ke seberang jalan menuju ke Masjid Saidina Hussein. Di masjid ni, ada payung seperti di masjid Nabawi. 

Saidina Hussein ialah anak kepada Saidina Fatimah Azzahra, cucunda Rasulullah s.a.w. Kami melawat makam Saidina Hussein. Sy and kak aina mula² tu salah masuk, termasuk ke ruang solat muslimah(tak ramai jemaah pun). Sy tak pasti di mana tempat nk berwuduk tapi since kami ada wuduk lagi, sempatlah buat solat sunat tahiyatul masjid. 


Pintu masuk ke makam Saidina Hussein ke depan sikit. Kami masuk sekejap shj sebab ramai sgt orang..Kat luar masjid ada ruang tempat letak kasut dan penjaga. Same like at Masjid raya Banda Acheh. 

Selepas berkumpul semula, kami jalan lagi untuk ke makam Saiyidah Fatimah binti Hassan dan anaknya Saiyidah Fatimah Ummul Ghulam (cucu Saidina Hassan). 

Cantik. 

Makam ni terletak di underground. Tak nampak macam ada tanda khas kawasan maqam, dr luar. Orang yg jaga makam ni creepy, minta sedekah smpai cium tapak kasut Lid. 

Lepas tu kami jalan ke kereta semula, kami ke Salahuddin Al-ayyubi Citadle yang terletak tak berapa jauh pun dari Darrasah Street. Tapi kena naik kenderaanlah. Masa nak masuk tu ada pondok pengawal. Guard perempuan tu minta nak cek beg sy. Sy tak faham mulanya. Bila dia sebut çanta (meaning beg in Turkçe) baru sy faham. Beg dlm arabic haqibatun kan? Haha.. Pasni cheq kena p Turkiye lah. 


Kami sampai nak dekat jam 4 ptg.. Citadle ni plk tutup kul 4.30. Tiket masuk 300 genih. Kena bayar guna kad, no cash accepted. Kalau cheq tau, cheq topup siap² my Bigpay.
 

Dalam citadle tu, ada 2 masjid. Masjid pertama, Masjid An-nasir Mohammad Ibn Qalaun, pemerintah kerajaan Dinasti Mamluk. Masjid ini sudah berusia 705 tahun.(sumber Google). Kami sempat masuk masjid ni je. Sy tengok² sj.. Malas nak belajar sejarah.. Hehe.. Tak lama tu azan Asar berkumandang.


Masjid kedua, Masjid Ali Pasha, depa tak bagi kami masuk. So tengok dari depan je la. Senibina masjid ni seperti masjid di Turkiye. Dalam citadel tu juga ada penjara lama, museum polis and a few of tinggalan batu2 asal kubu tu. Citadle ni di atas bukit, jadi dari atas ni kami boleh lihat Masjid Sultan Hassan dan Masjid Rafaei dari jauh. Kami tak lama di situ. 

Masjid Sultan Hassan (kiri) & Masjid Rifaei (kanan) 

Masa nak pergi ke parking kereta, rupanya ustaz park jauh sangat. Siap tahan bas untuk naik dan sampai ke parking. Merasa la juga naik bas macam Abdullah dan Ana dalam cerita KCB..haha.. tiber. 


Kemudian, kami ke lokasi seterusnya.. Masjid Saiyidah Nafisah. Saiyidah Nafisah ni juga cicit kepada Saidina Hassan. Sy mengaku tak ingat or maybe tak tau susur galur ni. Bila sampai sana, ada lah inisiatif nak tau siapa dia tokoh² ni. 


Kami tak masuk dalam masjid pun, lihat dari luar shj. Masa ni masjid ni hanya dibuka utk solat jenazah shj. 


Next is Makam Al-imam Waki', salah seorang guru Imam As-Syafiei. Sekejap sj, berenti tepi jalan.. Langkah masuk ke dalam, baca doa apa yg patut. Ustaz kata situ is kawasan perkuburan umum. Tapi sy tak nampak plk kubur² lain. 

Makam Imam As-Syafiei

Kemudian kami ke Masjid n maqam Imam As-Syafiei, tak jauh mana dari maqam Al-Imam Waki'. Tapi kena naik kereta. Masjid ini dibina selepas kewafatan Imam As-Syafiei. Since sy dah solat, sy tak masuk dalam masjid, sy hanya ziarah makam beliau shj di sebelah kiri masjid. Sy masuk sekejap je. Lepas berdoa terus keluar sbb bau minyak attar kuat sangat. Di luar pintu maqam, ada perempuan² tempatan yg meminta sedekah. Allah ya Allah. Kalau bagi sorang sj, kena bagi semua juga.. Since takde sesiapa pun yg bagi sedekah, depa hurung sampai pintu kereta. 


Selepas itu, kami menuju ke Cairo Tower pula..Kami sampai dalam pukul 6.30 petang. Tiket berharga 225genih per pax. Selepas beli tiket, kena tunggu giliran plk. Kalau nak naik terus, kena beli quick pass.. Kena tambah lagi duit.. Emm.. 

So kami decide nak g naik felluca di Sg Nil dulu. Felluca ni kapal layar tradisional. Guna tenaga angin sj.. Bolej muat 10 orang. Sebuah felluca yang kami naik ni bayarannya 400 Egp. Murah beb. No food tapi boleh order drinks.. Kedai teh tutup so beli pepsi sj.. Tu pun sy share je ngan Lid.. Ustaz Amir kata pepsi mesir tak sama dengan Pepsi Msia.. Sy rasa sama je ustaz.. 😛


Best naik felluca ni sebab rasa tenang je. Boleh tidur kejap walaupun naik felluca tu dalam 30minit sj. Sy punya mengantuk tu tak boleh bawa bincang dah. 

Selepas itu, kami ke Cairo tower semula. Alhamdulillah, dah hampir giliran kami. Ustaz² solat maghrib dulu di surau. Kemudian kami naik sama². Plan asal nak naik tower tu waktu siang, tapi sebab queue takes forever, terpaksa la naik waktu malam. Kena repeat lagi kot.. Hahaha. 


Lastly kami g dinner di restoran Harrdramout almassar, makan nasi arab.. Sign board die eja مطعم as مطاعم.  Apa bezanya ye? Masa ni sy dah start tak berselera nak makan.. Makan sikit je.. Cannot go. Mengantuk pun iye.. 

Selepas makan, kami terus dihantar ke penginapan kami.  End of Day 1.










No comments:

Post a Comment