Privacy Policy

Wednesday 18 October 2023

Cairo trip Day 2

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Isnin 28 Ogos 2023
Hari kedua di Cairo. Alhamdulillah. Subuh jam 5 pagi. Jam 8 kami dah turun bawah tunggu ustaz. Plan hari ni nak ke Piramid Giza. Kul 8.35 baru ustaz mai. Pagi ni kami nak rasa sarapan pagi asli Cairo. Ustaz beli roti aish dan falafel. There are a few of filling we can choose from to put into the 'aish' bread. We then stopped by the Rumah Kedah Cafe at Hadiqah Lotus to have some drinks and enjoyed our breakfast. I cannot go roti aish tu, so I cuba gak la makan falafel tu. Falafel tu macam vadei/masalodeh. tapi kacang dal dia warna hijau so called lentil. Falafel tu masin sikit.


Kemudian kami terus ke Piramid Giza. Tiba jam 10 pagi, kena beli tiket dulu. Tiket plk banyak pecahan bahagian. Pun sama seperti semalam, kami kena beli tiket guna kad shj. Masalahnya exchange rate tak sama.. Beza giler.. Rugi tau bila bayar guna kad. Nothing we could do. Kami beli semua entry ticket kecuali bhgn yg ditutup untuk lawatan. 

Kawasan piramid ni luas.. Ada 3 piramid utama, namely Khufu, Khafre and Menkaure, and beberapa piramid kecil. Nasib baik boleh berkereta dalam kawasan tu.. Kalau nak naik unta pun boleh juga, kena pandai tawar-menawar k. Tapi bau unta tu bucuk sikit. Di sana ada tempat untuk ambil gambar yg boleh nampak view semua piramid. Kalau nak tengok piramid dan Sphinx shj dari luar, tiketnya hanya 360genih. 

Dari kiri Piramid Menkaure, Khafre, Khufu. 

Khafre tu kat atas dia macam ada topi, yang kecil sekali next to Piramid Khufu tu ialah piramid untuk queen. Piramid Khufu nampak kecil dalam gambar ni sebab dia jauh ke hadapan.

Selepas bergambar barulah kami ke Piramid yg terbesar, piramid Khufu. It was built by Khufu, the second king of Egypt’s fourth dynasty almost 4600 years ago. Tiket masuk Piramid Khufu ni 600genih. 

Kami sampai kat pintu masuk tu dalam 12.30 tengahari..panas litlit gitew. Rupa²nya deme tutup selama satu jam, 12-1p.m. Terpaksa la tunggu sat. 

Masya Allah.. Birunya langit.. View from pintu masuk Piramid Khufu. 

Kami antara yg pertama masuk jam 1 tghari tu. For an asthmatic person like me and those who suffer from claustrophobia, not be encouraged to enter the Khufu's pyramid because of its tight spaces, ascending passage, and the lack of ventilation. Kanak2 amatlah tak sesuai ye untuk masuk kedalam piramid tu. 

Saya memang tercungap2 la masa kat dalam piramid tu. I can't imagine, kalau sy or other visitors yg pengsan dlm piramid tu.. Nak angkat keluar macam mana..Sebab ruangannya sangat sempit..Sy dan lid memang tak lama duk dalam tu. Bau peluh orang, bau busuk indescribable.

Kemudian kami ke sebelah kiri piramid Khufu, untuk masuk ke piramid yang kecil pula, Queen Mersankh tomb. But I changed my mind, tak jadi masuk.. Sib baik tiket die 80genih je. Piramid kecil ini, laluan masuknya menurun ke bawah. 

Selepas itu, kami naik kereta pula untuk melawat Sphinx. Di situ juga, in front of the pyramids area. Sphinx was a statue with a woman’s head and a lion’s body. 

Next plan was to visit the Ancient Egyptian Museum, tak jauh sgt dari Piramid. Tapi oleh kerana ada jalan yang ditutup, makanya berpusing² la kami, di jalan yang sama 3 kali kot.. Unfortunately, the ticketing counter was already closed at 4 p.m. even though the museum’s visiting hours was until 5.30 p.m. Tiket boleh beli thru online, if dah ada tiket depa bagi ja masuk.

Jadinya, it was kind of waste of time la di situ. Balik ke Awal Sabiek semula, singgah makan di El-Genani, a Damascus restaurant.. Menu kat situ not bad la. Sy tak tau kenapa walaupun dah agak lewat ptg, sy masih tak rasa lapar sangat. Walaupun ade shawarma, sy rasa tak lalu makan, sy boleh mkn sikit2 je.. Nasi mmg tak lalu la. 

My chicken syawarma. 

Selepas tu, kami balik ke penginapan sebentar. Selepas maghrib, kami keluar jalan² di Khan El-khalili, a famous souk in Cairo. Pasar ni letaknya di belakang Masjid Saidina Hussein di Darrasah Street. Besar la juga.. Window shopping tu seronok je walau tak beli pun.. Sy ada beli perfume kat situ n a few things juga.. Tp tak byk. Perfume tu mmg aim nak beli, to reward myself. I love that perfume so much. Boleh la buat rindu² kan Cairo. 

Kacang2 tu makan tak habis, membazir.

Later, we had some drinks at El-Fishawy Cafe, the oldest coffee shop in Khan El-Khalili souk.
End of Day 2.








No comments:

Post a Comment