Privacy Policy

Saturday 31 December 2022

Persediaan untuk bercuti ke Hatyai, Thailand 2022

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah.. Sebagai penutup tahun 2022, dengan izin Allah, kami dapat meneroka bandar Hatyai, selatan Thailand. Sebenarnya, sy belum pernah ke mana2 tempat di negara Thailand ni. Lid ajak jalan2 Hatyai sebab kawan Lid pencetusnya, duk racun cm Hatyai ni best lain macam. Kami pun try cari info tentang Hatyai and started planning. Mula2 ingat nak drive ke Bukit Kayu Hitam, masuk ikut Danok. Tapi cam leceh je nak drive. So decide nk naik tren, masuk melalui Padang Besar pulak. Lagipun kami pergi berlapan, padat kalau naik kereta. 
Sumber Google 2 Dec 22

Jadi firstly sy booking hostel. Mula2 cam tak firm lagi nk ke Hatyai ni. Tapi bila booking hostel kat Agoda, n Agoda terus caj kredit card sy, makanya kena juga2 bagi jadi trip ni.

Baru 2 hari book hostel, berlaku kejadian bombing landasan keretapi Hatyai to Pdg Besar. Dua kali kejadian dalam selang 4 hari. Berdebar2, risaunya Ya Allah. 

Selepas seminggu booking hostel, kami g cari tiket ETS. Plan nak naik ETS ke Padang Besar sebab sy fikir ETS lebih laju drpd komuter. Kami ke Stesen KTM Butterworth jam 12.30pm. Baru kami tau bahawasanya kaunter tiket tu tutup during lunch hour. Tercongok la kami dalam setgh jam kat situ. Nak tanya kat siapa pun xtau. Alhamdulillah ada sorg brother tu bgtau kena naik kat stesen Bukit Mertajam(BM). Kalau kami naik kat Butterworth, kena tukar tren juga kat BM. Kami pun tak sure tapi sebab lama lagi masa nak menunggu kaunter buka, kami pun gerak ke Stesen KTM BM.

Sampai di sana jam 1.30, kaunter belum dibuka lagi. Sambil menunggu tu, ternampak students MRSM Polis Kulim. Baru tau, ada MRSM polis. Diorg balik cuti sekolah. Alhamdulillah menjelang jam 2 petang, masing2 dah start queue depan kaunter. Bila turn kami sampai, kami pun bgtau nak beli tiket ETS ke Padang Besar. Surprisingly, kalau nak naik ETS, kami tak boleh naik dari stesen BM tapi kena naik di stesen KTM Tasek Gelugor(TS). Cuma kami boleh beli tiket di stesen BM. More dramatically, the earliest ETS to Padang Besar of the day jam 11.40a.m. Oleh kerana kami nak tiba awal di Pdg Besar, so kami decide naik tren komuter shj. Tapi tiket komuter hanya boleh dibeli on the day of travel. So, settle beli tiket ETS.

Kemudian, lagi seminggu nak travel, keluar berita banjir di Hatyai pulak. Dengar cerita ramai yg cancel trip to Hatyai sebab banjir tersebut. Kami still wait and see. Tak sure samada kami perlu cancel our trip atau pergi saje. 

Lagi 3 hari menjelang trip, kami tukar duit kat money changer. Tukar RM500 dapat TB3875. Rate hari tu 7.75. Kami tukar di money changer area Jalan Masjid Kapitan Keling, Georgetown.

Sy apply kad bogpay buat pertama kalinya sebab selalu dengar orang kata bogpay ni takde cas/ live rate. Sebelum ni kalau g travel oversea, sy guna debit & kredit card je. 




No comments:

Post a Comment