Privacy Policy

Monday 10 October 2022

On the way to the airport Singapore Day 5

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Selasa 6 September 2022

Hari terakhir di Singapore. Kami bersiap² macam biasa pagi ni. Anak² bersiap awal², turun main game kat bawah. Macam biase la, kita la tukang kemas beg. Lepas dah siap, kita turun minum kopi kat pantry dulu. Reception buka kul 10pagi. Kita bagi receptionist settlekan dulu penyewa yang urgent. Kemudian baru kita check out and dapat balik deposit $20.

10.30pagi kami jalan kaki ke Mr K Prata. Lid ni boleh plak tertinggal sling bag dia kat hostel. Sib baik kami baru sampai kat depan stadium. Sempat la nak patah balik ambik.

Kami ada baki $50.95 je pagi ni. We are having breakfast at Mr K Prata and tapau nasi beriyani ayam. Total $25. Murah giler..

Alhamdulillah, ada ngam² je baki duit utk topup tourist pass utk kembali ke airport. Kita dah taknak withdraw Spore $ dah ni.
Nasi Lemak Penang pun ada kat Spore

Lepas makan, kami menapak ke Mrt Lavender. Kita topup $5 each pass at the teller machine. Minimum boleh topup $2. Tapi baki dalam pass tu perlu ada at least $3. Kami terpaksa tukar duit ke not $5, sebab mesin tu tak pulang baki. Lid terpaksa minta tukar duit kat kedai makan atas Mrt tu. 

Kita plan tengahari ni nak ke Masjid Al-Burhany sebelah City Hall untuk solat qasar jamak Zohor & Asar sebelum ke Changi airport. From MRT Lavender kami ke MRT City Hall ($0.95).   

Kami tiba di masjid jam 12.25pm. Zohor jam 1.04pm. Alhamdulillah.. boleh iktikaf. Masjid ni terletak di celah2 bangunan hotel have2 punya. Kami yang pertama sampai. Tak dak sapa lagi. 

Tempat solat muslimah di tingkat 1, tandas bersih. Masuk waktu, kita terus solat. Azan tak kuat. Sayup2 je. Lid kata rupa-rupanya ini Masjid Syiah. Depa solat lain macam. Alhamdulillah kiblat betul. 

Di hadapan Masjid Al-Burhany, Spore

Selepas solat, kami terus ke stesen MRT semula. Melalui underground shopping mall. 

Kami tiba di airport jam 2.30 camtu. Stesen MRT Changi airport ni terletak di Terminal 2. Untuk pemulangan Singapore Tourist pass and refund, make sure korang keluar kat tempat scan yg akan bawa korang ke Terminal 2. Kalau korang tersalah scan dan keluar sebelah satu lagi, korang dah masuk ke Terminal 3. Macam kami la. Dulu 2019 kami boleh je refund pass tu kat kaunter Terminal 3 tu. Kali ni tak boleh pulak, kena pergi refund kat kaunter tempat kitorang beli pass tu jugak kat Terminal 2. 

Masalah nya, bila dah terscan masuk ke Terminal 3, korang tak boleh langkau je palang tu nak ke Terminal 2. Padahal kaunter Singapore Tourist Pass tu on the other side saje, jalan pun tak berape langkah je dah sampai. Tapi sebab dah tersalah masuk, kita terpaksa tawaf, jalan dari utara ke selatan, turun p kaunter Spore Tourist Pass tu. Pulangkan pass and dapat balik deposit. Kemudian tawaf sekali lagi, jalan balik dari selatan ke utara plk untuk sampai balik di Terminal 3. 

Alhamdulillah, kita dapat refund dalam $61. Kid pass pula boleh simpan sampai next visit, boleh guna sampai anak umur 7 tahun. Kalau hilang, next visit kena bayar. InsyaAllah lagi setahun 2 lagi kami akan sampai Spore lagi jika panjang umur. Amiiinnn.. 

Dari Terminal 3 kami perlu ke Terminal 1. Rupe2nye ada skytrain untuk ulang alik T1 ke T3. Masa kami sampai aritu, tak nampak plk signboard skytrain ni. Penat kami menapak aritu dr T1 ke T3 dan T2 sebab nak beli tourist pass. 

Alhamdulillah 3pm kami dah selamat drop checked baggage. Terbukti kite cuma perlu beli checked baggage 30kg shj. Next time kena ingat, supaya tak membazir.


Kemudian kami terus masuk ke dalam T1 melepasi pemeriksaan imigresen. 

Sebelum menuju ke gate, kita kena buat claim GST dulu. Prosesnya mudah je. Buat kat mesin. Nanti refund nya masuk dalam akaun credit card je. Ok settle.

Kemudian kami ambil masa berjalan menuju ke designated gate. Sempat singgah beli roti pisang, $3.25 kat 7Eleven. 

Kami cari port nak makan nasi beriyani yang kita tapau kat Mr K Prata pagi tadi. Alhamdulillah jumpe port yang sesuai depan toilet. Hahahah.. Jangan imagine bukan2 plk. Memang ada ruang untuk kami bersila kat situ, ada water dispenser lg. Air panas, air sejuk pun ada. Tadi budak kat 7E pun suruh customer yang nak makan maggi cup, ambik air panas kat depan toilet tu. 


Nasi beriyani yang kami beli tu sedap, nasi banyak..2 bungkus je pun dah cukup kami makan 7 beranak.

Elok sudah makan je, kami terdengar announcement penukaran gate untuk flight ke Penang. Alhamdulillah sempat belaka. 
Spore Airport cantik.



Flight on time and even landing 15 minutes lebih awal kata pramugari tu. 




No comments:

Post a Comment