Privacy Policy

Saturday 31 December 2022

Cuti-cuti Hatyai Day 1

بسم الله الرحمن الرحيم 
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Isnin 26 Disember 2022

Alhamdulillah, hari yg dirancang tiba juga. Seawal jam 4.30pagi kami keluar dari rumah menuju ke stesen KTM Tasek Gelugor. Tiba di sana jam 5pagi. Hahaha. Tetibe jadi morning person kalau bab travel2 ni. Nak parking kat stesen KTM, pastikan ada kad touch n go ye. Pastikan juga baki cukup ye. Kad touch n go sy, baki kurang. Jadi sy bawa sekali untuk topup di mana2 nanti.  Alhamdulillah, ruang parking  banyak kosong. Kami beli tiket tren komuter dewasa RM10.40 dan kanak2 RM5. 20. Kanak2 dikira dr umur 4-12 tahun.

Kami menaiki tren yang pertama jam 5.43pagi. Perjalanan memakan masa 1 jam 30minit. Suhu dalam tren amatlah sejuk. Dari stesen Tasek Gelugor, tren akan melalui 8 stesen lagi sehingga sampai ke Stesen KTM Pdg Besar. Kami tiba di Pdg Besar jam 7.15pagi. Kami mengambil masa sedikit membuat lawatan ke tandas.

Solat hormat waktu
Kalau ada tertanya, hangpa tak solat subuh ka? Kami solat hormat waktu ja dalam tren. Solat hormat waktu hukumnya harus kerana menghormati masuknya waktu solat. Solat hormat waktu ialah solat yang dilakukan dalam keadaan berhadas (kerana tiada air untuk berwuduk atau tiada debu tanah untuk bertayamum) dan solat yang tidak menghadap qiblat. Contohnya solat dalam tren ataupun pesawat, bila kita tak boleh nak menghadap qiblat. Sedangkan syarat sah solat antaranya ialah wajib wuduk dan menghadap qiblat. Bila dah dapat berwuduk dan boleh menghadap qiblat, wajib ulang semula solat fardu tersebut jika masih dalam waktu solat, atau qada' jika telah habis waktu. Dengar sini ye, semoga lebih faham. Sembahyang hormat waktu



Kami turun keluar dari lobi stesen. Kami semua blur2 gitu. Duduk di bangku yang ada. Sebab pertamanya kami tak tahu macam cara nak menuju ke stesen keretapi Padang Besar Thailand. Sy ingatkan stesen keretapi Pdg Besar Malaysia bersebelahan je ngan stesen keretapi Padang Besar Thailand. Macam tukar tren Harbourfront (NE1) untuk ke Chinatown(NE4) di Singapore. Huhuhu.

Ada sorang brother approach us. He told us that trains from Pdg Besar to Hatyai were temporary suspended. Sebab kes bombing tu la. Dia offer transport van dari stesen KTM Pdg Besar tu sampai depan lobi hotel di Hatyai. Kalau ikutkan 1 kepala RM30. Sebab kami berlapan (kami 7 beranak plus adik perempuan sy), jadi kami kena sewa satu van RM250. Van besar tu bole muat 10 orang. 

Kami pun setuju, memandangkan kami tak tau macam mana kami nak keluar ke pintu masuk sempadan Malaysia - Thailand tu. Tambah lagi, dengan ketiadaan perkhidmatan tren Pdg Besar to Hatyai. Bajet lari sikit la. Kami terus diberikan white card untuk diisi sementara menunggu van kami sampai. Ada foreigners jalan kaki je dr stesen KTM ke ICQS Padang Besar tu. Backpackers memang sesuai gitu. 

Mase nak keluar border Malaysia, kita cuma perlu cop passport sj. Lid sempat sembang ngan pegawai imigresen Malaysia di ICQS tu, katanya train from Pdg Besar to Hatyai suspended sampai bulan 3 2023. InsyaAllah kalau panjang umur boleh la g Hatyai naik tren plk.

Update 20 Februari 23: Sy baru tau tren services Pdg Besar to Hatyai resume started 1 Jan 23. 

Masuk border Thailand, kita kena cop passport dan scan beg2 semua. Alhamdulillah, jam 8.45pagi or 7.45pagi (T), dah clear  pemeriksaan di Imigresen Thailand, juga lancar and free of charge. White card yg dah dicop, semua dah selitkn siap2 dalam passport and simpan. Waktu Thailand lewat 1jam drpd waktu Malaysia. Perjalanan menuju Hatyai lancar. Boleh la nampak wayar2 kabel elektrik yang berselirat sepanjang perjalanan yang orang katakan tu.

Pejalanan sangat lancar. Jam 9.00pagi (T) kami sampai di lobi hostel. Oleh kerana masih awal pagi, kami tak boleh check in lg. So kami minta kebenaran untuk tinggalkan beg2 kami je. Kemudian kami pun memulakan langkah mencari 7eleven terdekat. Tujuannya nak beli tourist simcard. Sy beli 1 shj true 5G simcard (TB199)-valid 7days, register guna passport sy. Kemudian kami share je data guna hotspot. Tak perlu membazir k. Kalau di hostel, boleh guna wifi hostel. Kemudian, kami singgah breakfast restoren Khaled, tak jauh dr 7E. 

Lid ni la. Dengar cakap orang, die jumpa sembang2. Orang tu kata hari2 breakfast kat Khaled. Padahal saya dah ada plan dah nak brunch di mana hari ni. Kami order roti kosong, roti telur dan roti pisang bersama hot drinks. Siap dengan situasi segelas air milo panas tertumpah. Dah la tak dapat ganti, pekedai tu tanya pun tidak kot la kita nak order air baru ke.. tak friendly. Alhamdulillah, makan sekadar untuk alas perut. Keras juga harganya. 

Lepas makan, kami jalan kaki ke Kaitod Decha @ Sipasarnrangsan Rd. Sempatlah hadam roti canai dalam perut tu sementara nak sampai ke situ. Kedai masih belum ramai pelanggan kerana baru jam 11 lbh (T). Kami makan lg, kami order pulak nasi kuning dgn nasi buluh ayam. Masa order kami clearly dengar depa sebut nasi buluh. Rupa2nya nasi pulut. Nasi kuning tu nasi khamuk. Bolehlah makan share2 sebab tadi dah makan roti canai. Ayam gorengnya sedap. Harganya berbaloi. Boleh repeat.

On the way back, kami jalan kaki dan singgah di Nora Plaza. Berderetan bas persiaran di depan pintu masuk Nora Plaza. Ini macam salah satu tempat wajib utk tourist la. Beli barang kat sini automatik dapat diskaun 20%. Kite beli t-shirt anak je 2helai (TB440). Sempat la makan aiskrim kelapa TB30 je depan Nora Plaza. 

Kul 2pm kami sampai di hostel. Check in kena bayar deposit TB500 per room. Sy booked dua bilik berempat. Ada 2 bunk bed. Toilet pun kat dalam bilik ye. Bukan shared bathroom. Alhamdulillah sangat selesa. Kami rehat, tidur n solat. Baru terasa kaki sengal2 kesan menapak ke Kaitod Decha dan Nora Plaza pagi td. 

Jam 6 ptg, kami turun. Kebetulan ada tuktuk lalu depan hostel, Lid tahan. Kami kata nak ke Central Festival Mall (CFM). TB200 katanya. Kami pun naik tuktuk. Masa first time ni, kami belum cek lg harga tuktuk dalam Grab apps. 

We  ride about 15 minit dah sampai CFM. Ramai pengunjung. Siap ade body scan n pemeriksaan beg lagi sebelum masuk. Macam kat Hyatt Regency Jabal Omar, Mekah. Ternyata bila masuk ke setiap mall di Hatyai, kena body scan and cek beg. 

CFM ni besar betul. Lebih besar drpd Queensbay Mall di Penang. Kami sempat jalan 2 tingkat sj. Dapat beli baju murah2 berharga TB100 je sehelai. 

7.25mlm kami keluar dr CFM. Plan nak ke Asean Night Bazaar. Tapi bila Google map, rupa2nya Asean Night Bazaar n Greenway night market tutup hari Isnin. Jadi kami dah takde pilihan lain, naik la tuktuk semula balik ke Lee Garden Night Market. 

Actually hostel kami dekat sgt ngan area Lee Garden ni. Kami ronda2 night market sekejap, sempat beli buah mangga muda dgn pencicah yg sedap tu. Murah TB50 je 1 bekas. Nampak orang makan maggi tomyam dengan udang galah, macam sedapnya lahai. Tapi kami tak makan di Lee Garden market sebab makanan nonhalal and halal dijual sebelah2 gerai je. Meja makan pun share. 

Kami makan di restoran Hamid. Ramai orang tapi takde la tunggu lama sangat. Sambil2 makan mangga cicah sos sedap. Kita order siakap 3 rasa, ayam paprik, kailan sos tiram, sup daging n drinks. Sup daging depa sedap tau. Alhamdulillah, kenyang. Harga pun agak keras juga. Sy nak bayar guna bogpay tapi tak berjaya. Terpaksa guna cash. 

Lepas makan sy g cucuk duit guna bogpay kat atm di Lee Garden plaza. Masa nak keluar kn tu, ade button kena pilih, 
1. withdraw with conversion 
2. withdraw without conversion 
Sy pilih without conversion, eh ke sy kena pilih with conversion? Hari tu tukar duit kat money changer sy dpt rate 7.75. Keluar kat atm guna bogpay dpt rate 7.49 je. Siap ade cas extra TB220 lg. Mungkin sy yg masih belum faham cara guna bogpay ni. 

Sy teringat last time, masa cucuk duit kat Spore saya pilih yang with conversion tu la.. Maknanya kita setuju bank cas sekian2 rate. Kalau without conversion ni, nanti kita tgk kemudian la kat history transaction kita tu berapa pula bank sendiri cas. Kalau nak bandingkan, kena try lagi sekali la utk yang with conversion plk. Hmmmmm. 

Lepas cucuk duit, kami patah balik ke Hamid restoran, beli ais utk simpan susu anak kecik sy, TB5 je. Kemudian baru kami balik hostel. 






No comments:

Post a Comment