اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu 17 September 2025 Day 4
Hari ni kami join ziarah Hudaibiyah pula. Ini kali kedua saya ziarah ke sini. Kali pertama semasa umrah kali pertama 2016 dengan TA.
Perjalanan hari ni bermula jam 7.30 a.m. Hari ni saya dan adik tunggu di tempat bas shj. Kami ingat kami dah kena tinggal.haha.. Bila sampai tempat menunggu bas, saya tak nampak seorang pun jemaah Andalusia. Saya pun ws ustaz, ustaz kata, tak tinggal..tak tinggal. Hehe..perkara biasa bila join pakej TA camtu la.. Kita kena tunggu orang, tak pun orang kena tunggu kita. Pengurusan masa boleh jadi bercelaru, bila ada yang tak tepati masa.
7.43 a.m. Perjalanan hari ini bermula. Hudaibiyah terletak 30km jaraknya dari kota Mekah.




