Privacy Policy

Thursday, 17 August 2023

Cuti-cuti Singapore 2023 Day 3

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Jumaat 30 Jun 2023
Hujan lebat betul pagi ni. Terpaksa gigihkan diri masing2 meredah hujan ke Tekka Centre. Tanpa payung. Kalau travel, sanggup je basah kuyup. Haha. 


Kami naik bas no.67 dan tiba di Geylang Serai Market jam 11 lebih. Kalau korang nak makan masakan melayu sedap2 kena datang sini sebab ada banyak pilihan. 


Monday, 10 July 2023

Cuti-cuti Singapore 2023 Day 2

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Khamis 29 Jun 2023
Kami turun dari hostel jam 11pagi terus menapak ke Sultan Mosque. Luang masa sat, sambil tunggu lid solat tahiyatul masjid, sempat kita beli souvenir Turki dpn masjid. Dia offer sejadah turki 20dollar je. Tapi kita beli ayat kursi, nak gantung kat rumah.

Hari ni, intenet kat phone tak berape ok. Sangkut2 sikit. Tapi ok lah masih boleh tengok map kejap2.

Di Spore pun ada Penang Street macam di Penang.

Cuti-cuti Singapura 2023 Day 1

بسم الله الرحمن الرحيم
 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Persediaan ke Singapore.
Tiket flight telah ditempah awal lebih 2 months prior to the departure. Harga tiket memang mahal sj.. Entah bila nak murah. Tapi sebab nak juga ke Spore tahun ni, kita book JetStar dan balik nanti naik Scoot pula. Ini yang considered murah through skyscanner. Sekarang ni fireflyz pun dah start route Penang-Spore. Maybe next time boleh kami boleh cuba.

 Selepas book flight ticket, kita took a few days nak cari hostel yang affordable dgn budget kite. Hostel pun mahal..Huhu. Travel Insurans tak lupa nak ambil, online sj dgn etiqa Tripcare 360. Harga dalam RM60 lebih je untuk 1 family.

2 hari sebelum, kita isi Singapore white card (as a group) secara online. Dulu panggil white card. Sekarang panggil Singapore Arrival Card(SAC). SAC ini hanya boleh diisi secara online dalam masa 3 hari sebelum tiba di Spore. Better isi siap2, kalau tak, lambatlah settle kat immigration gate tu. Perlu isikan maklumat penerbangan dan hotel yang kita akan duduk. After submit, about few minutes later, dapat dah email pengesahan, download simpan kat phone.

Kita dah beli Singapore sim card di Shopee. Validity 4 days. Trust me, beli online lebih murah.

Wednesday, 7 June 2023

Cuti-cuti Banda Acheh Part 2

بسم الله الرحمن الرحيم
 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

1 Jun 2023 Day 2

Waktu subuh di sini jam 5 pagi bersamaan 6 pagi waktu Malaysia. Jadi tak lah di luar kebiasaan sangat kan.

Jam 7 pagi kami turun dari hotel. Pada mulanya, saya ingat nak cari sarapan sendiri. Ada ja kedai kopi dekat dengan hotel, tapi segan nak singgah. Abg Jani wassap suruh bagitau kalau dah siap. Terus saya suruh dia ambil kami di Masjid Raya sebab kami tak tau nak sarapan di mana. Tak sampai 5 minit tunggu, dia dah sampai.. Tak tau la dia lepak di mana. Kalau ikutkan semlm dia kata nak jalan start jam 8 pagi.


Sunday, 4 June 2023

Cuti-cuti Banda Acheh Part 1

بسم الله الرحمن الرحيم
 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Persediaan ke Banda Acheh.

1. Tiket flight telah ditempah more than 3 months prior to the departure. Terfikir nak ke Banda Acheh kerana ada flight direct from Png to Banda Acheh. Harga tiket Firefly taklah murah sangat. Affordable trip. Saya beli baggage 20kg*2. 

Ini provinsi ke2 kami ke Indonesia selepas Surabaya 2017. Agak risau nak ke Indonesia slps Covid. Saya siap beli travel insurans yang ada covid coverage lagi. Booked tiket 5 hari 4 malam, tapi selepas beberapa minggu dapat notification dari Firefly, tiket retimed jadi 3 hari 2 malam. Memang bengang gak lah. Dah lama dah tak experienced tiket retimed ni. Mula2 ingat nak refund, tapi bila fikir balik, tak pelah. Redha je. 

2. Saya beli simcard Indonesia di Shopee. Pilih validy ikut jumlah hari berada di Indonesia. EasyGo Travel Sim

3. Sebulan sebelum, saya book hotel di Traveloka for the first time sbb harga di Booking.com dan Agoda terlebih mahal. Saya pilih hotel ini sebab depa ada bilik triple dan lokasinya dekat dengan Masjid Raya Baiturrahman. Selain itu, ia berdekatan dengan Pasar Acheh.

4. 20 Mei 2023, saya tukar duit di money changer. Saya tak tukar banyak sangat cash. Sekadar bajet cukup2 untuk trip 3 hari 2 malam kami. Hopefully MYR akan lebih baik pada masa akan datang. Saya juga activate debit kad sy untuk pengeluaran luar negara. 

5. Lagi 5 hari nak fly, baru terfikir nak cari supir. Mulanya saya ingat nak gamble je ambik grab ke, atau cari je supir kat airport. Tapi tak tau plk nanti nak bajet range harga. So saya google je cari pakej wisata Acheh, dapatlah contact 2 orang, compare harga. Alhamdulillah dapatlah supir yang boleh bawa kami, walaupun agak last minute cari. Bayaran boleh guna duit RM. Alhamdulillah, tak perlu g money changer tukar duit lagi.