Privacy Policy

Monday 10 July 2023

Cuti-cuti Singapura 2023 Day 1

بسم الله الرحمن الرحيم اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Persediaan ke Singapore.
Tiket flight telah ditempah awal lebih 2 months prior to the departure. Harga tiket memang mahal sj.. Entah bila nak murah. Tapi sebab nak juga ke Spore tahun ni, kita book JetStar dan balik nanti naik Scoot pula. Ini yang considered murah through skyscanner. Sekarang ni fireflyz pun dah start route Penang-Spore. Maybe next time boleh kami boleh cuba.

 Selepas book flight ticket, kita took a few days nak cari hostel yang affordable dgn budget kite. Hostel pun mahal..Huhu. Travel Insurans tak lupa nak ambil, online sj dgn etiqa Tripcare 360. Harga dalam RM60 lebih je untuk 1 family.

2 hari sebelum, kita isi Singapore white card (as a group) secara online. Dulu panggil white card. Sekarang panggil Singapore Arrival Card(SAC). SAC ini hanya boleh diisi secara online dalam masa 3 hari sebelum tiba di Spore. Better isi siap2, kalau tak, lambatlah settle kat immigration gate tu. Perlu isikan maklumat penerbangan dan hotel yang kita akan duduk. After submit, about few minutes later, dapat dah email pengesahan, download simpan kat phone.

Kita dah beli Singapore sim card di Shopee. Validity 4 days. Trust me, beli online lebih murah.

Rabu 28 Jun 2023
Tengah malam tadi dapat message dari JetStar, flight kami delayed dari 9.35pg ke 11.45pg. Kul 10.15pg baru kami turun dari rumah, ambil grab 6 seater (RM8 je), jam 10.30 dah tiba di Airport. Check in took a few minutes sebab nama terlalu panjang katanye. Kali ni kita hanya beli 20kg sj checked baggage. But trying to check in 2 baggage. Haha.. The staff helped a lot. Lebih 4kg die allowed je.. Alhamdulillah.. Semoga murah rezeki dia dan kami. 

Kami terus masuk ke International Depature Hall sbb dah terlambat.. Haha. Masa scan beg, my girl bawa air dlm tupperware eco bottle inside her backpack. The officer suruh keluarkan n minum.???? Mase kat banda aceh aritu, depa suruh kami simpan dalam beg, yg ini suruh keluarkan plk. Last year, kite siap bawa 2 botol 1liter air masak, bihun goreng and some snack.. Ok je, xde pun yg suruh keluarkan. Hmmm tahun ni lain procedure plk kot. 

Depan gate, baru teringat yang kita terlupa nk withdraw cash.. Terlupa nak withdraw sebab tadi dah tergesa-gesa nak check in luggage. Hahaha. Kita try la walk aound nak tanya kat orang airport, kot2 la ada atm machine kat dalam departure hall tu, Haram. Kat luar memang ada. Nak keluar pergi cucuk duit, dah tak boleh. Alhamdulillah terserempak ngan kak Lia, jiran kami tingkat 6. Die kerja di situ. Die ada cash, so dia bg kita cash, kita transfer ke akaun dia. Alhamdulillah. Semoga Allah permudahkan urusan dia dan urusan kami juga.. Aminnn. Actually, kita dah tukar SGD, just nak ada duit cash RM, kot2 perlu tukar di money changer. Debit card pun dah activate. 


Selepas itu, terus kami boarding bila nombor dipanggil. Flight fully seated. 11.50 take off, landing 1.10. Terus on simcard baru. Servis provider Singtel. Alhamdulillah connection good. Cuaca pun baik. Kami turun di Terminal 4 Changi Airport. 

Ramai yg bercuti di Singapura kali ni. Kaunter imigresen penuh. Alhamdulillah kami dah isi Singapore Arrival Card siap2. Lepas 40minit, baru siap cek passport 7org.

Dari kaunter Imigresen ke Baggage claim dekat sj. Cuma, kalau turun di Terminal 4, kena naik bas transit ke Terminal 1/2/3. Kalau nak naik MRT kena pergi Terminal 3. Sampai di Terminal 3, kami turun lif untuk ke mrt station. 

EZ Link Pass
Kali ni kami tak beli Singapore tourist pass. Kami nak try guna EZ Link Pass plk. Harga SGD10. Dalam kad ade SGD5. Nanti kena topup. At least dalam kad kena ada 5 Dollar. Nanti bila kita pulang balik pass tu, dapat la balik baki dlm kad. Kami kena beli 5 pass.  Kanak² yg bawah 7 tahun ni diorg dah ade pass dr tahun lps. Dapat free. Untuk beli pass ini, kena bayar cash shj ye. 


Lepas beli pass, kami terus naik tren ke hostel. Dr Changi airport, turun di Expo, ambik  Downtown Line ke Jalan Besar. Kami topup 10 dollar each card. 

Jam 4 ptg kami selamat tiba di hostel. Reception minta depo $10 sj. Bilik kami ada 1 2+1 bunk bed n 1 single bunk bed with private bathroom. Tapi towel kena sewa 1dollar +3dollar deposit. Sabun mandi pun kena beli. Nasib baik dah bawa sendiri. Bilik selesa dan luas juga untuk bentang sejadah.

Selepas berehat seketika, dalam jam 4.30 lebih kami turun makan di Restoran Al-Bismi, sebelah hostel sj. Gambar yang first kat bawah ialah roti special, siap ada telur goyang 2 biji. Harga 5dollar. Selain ini, kami juga order egg prata and drinks. Total kami makan ni 41.20dollar. 


Lepas makan, kami ke Abdul Gafoor Mosque at Dunlop St. Just a few steps away from the hostel. Sampai masjid, terus solat Qasar Jamak. Tempat wuduk, tandasnya bersih dan wangi. Carpet tempat solat cantik. Selesa sangat la nak solat. Tapi telekung tak disediakan. Orang masjid bgtau, untuk solat sunat Aidiladha esok pagi, jemaah lelaki shj. Solat jam 7.30pg. Awal mak aiii.. 

Lepas solat kita dgn anak, Ammar&Azzalea, naik bas ke VivoCity. Lid dgn anak2 kecik 3 orang nak iktikaf sj di masjid. Actually ada barang yg kita nak cari, tp dah xde. Jadi kita cuma jalan2 sajelah, sepetang di VivoCity. Haha. Masuk Fareprice Xtra (supermarket), beli susu HL, roti n air kelapa dlm tin.. Susu HL kat sini murah. Ada promo half price jadi SGD3.53. Tapi kalau ambil 2 tub, jadi lagi murah SGD5.80 je. Susu HL kat sini made in Spore. Kat Penang tak penah dapat susu harga 50%, melainkan susu tu dah nak expired. Hmmm. Oh ye. Roti gardenia kat sini pun naik harga nampaknya. Tahun lepas sy beli roti dalam SGD3.50. Sekarang dah SGD3.80. Plastik depa kira 15sen satu. 

Kemudian masa nak balik ke hostel, kami naik North East Line ke Little India. Kena menapak 7minit ke hostel. Sempat juga kita singgah money changer tukar duit sikit. 1SGD RM3.50. Huhu. 


Lid dapat nasi briyani dan bubur lambuk dari masjid.

End of Day 1.




No comments:

Post a Comment