Privacy Policy

Friday 5 May 2023

Tips bercuti DIY di Hatyai

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tips ini berdasarkan pengalaman kami merancang perjalanan dan 5 hari bercuti di Hatyai k. Lain orang lain la pengalaman yang ditempuhi kan..
Sumber Google


Tukaran wang.

Bagi saya ini bahagian paling penting dalam trip ke Hatyai kerana rasa nak shopping tu membuak2. Hahahahaha. Tip saya, tukar duit siap2 kat money changer Malaysia atau bawa duit cash lebih (not RM50/RM100) untuk tukar duit di money changer Hatyai.. Jangan withdraw duit di ATM Hatyai kerana cas pengeluaran sangat mahal. 220Baht untuk setiap pengeluaran, tak kira la awak guna Debit/kredit card or Bigpay card sekalipun. Tetap kena cas.  
Bagi saya, di Hatyai, kita akan banyak guna duit untuk makan. Harga makanan sama macam di Malaysia, contohnya nasi khamuk ayam TB60 lebih kurang RM8. Jadi kalau macam kami biasa makan hari tu dalam 500Baht/lunch or dinner sekurang2nya sebab kami 7beranak. Kali 2 jadi 1000Baht sehari. Kalau 5hari dah 5000Baht untuk lunch and dinner shj. Ini anggaran yg paling sedikit ye. Ade masa yg kami kena bayar lebih drpd 500Baht sekali makan. Contohnya di Chabura dimsum & Hamid restoren. 

Untuk pengangkutan pula, kami naik tuktuk sebab kami ramai. Ada tuktuk yang kira 20 hingga 30 Baht per head. Ada tuktuk yang kami book melalui Grab, dan ada yang kami tahan shj and nego harga kat tepi jalan. Tempat2 tarikan yang kami kunjungi terletak sekitar radius 3kilometer shj drpd Lee Garden. Contohnya dari hotel kami ke Asean Night Bazar dalam 15minit je naik tuktuk. Paling mahal pun kami kena 200Baht, itu pun 2 kali shj. Ada yang cas 100-150Baht shj. Kalau tempat yang dekat2 sj, kami pilih untuk berjalan kaki shj. 

Kalau beli barang di sana, memang perlu banyak cash melainkan di 7Eleven, boleh bayar guna kredit card. Debit card tak bole ye. 

Anggaran perbelanjaan saya selama 5 hari adalah dalam RM2000, lebih kurang TB16000. Kalau pergi single ngan kengkawan mungkin RM500 dah cukup untuk jalan2 Hatyai. Secara keseluruhan, saya sangat menekankan untuk tukar Baht banyak2 dan siap2 di money changer di Malaysia.
 
Perjalanan pergi dan balik.

Kami naik komuter semasa pergi dari stesen KTM Tasek Gelugor ke Padang Besar. Semasa pulang, kami dah booking siap2 tiket ETS dari Padang Besar ke Tasek Gelugor. Bagi pendapat saya, lebih baik naik komuter shj kerana tambang yang lebih murah dan masa perjalanan pun hanya lama sedikit shj drpd ETS. (Perbandingan tempoh perjalanan kami masa pergi dan balik hari tu). Tambah lagi, kita boleh naik komuter bila2 masa shj sehingga tren terakhir jam 9.30 malam dari Padang Besar. Sedangkan ETS ada waktu yang perlu dipilih kerana melibatkan nombor tempat duduk dan tren terakhir adalah sebelum jam 5ptg.

Dari Padang Besar ke Hatyai, kami terpaksa naik van sewa kerana perjalanan train Pdg Besar to Hatyai telah diberhentikan sementara kerana proses pembaikan landasan keretapi Hatyai. Walau bagaimanapun, perjalanan ke Hatyai dengan menaiki van menjadikan trip kami lebih mudah kerana van akan hantar kami dari stesen KTM Pdg Besar terus sampai lobi hotel. Jadi, kami tak perlu bersusah payah heret bag dari stesen keretapi ke hotel. Kos van RM250 dan tempoh perjalanan hanya 1 jam.

Semasa pulang dari Hatyai ke Padang Besar, kami book van sehari sebelum balik, dan van datang ke hotel tepat masa kami janjikan. Kos van RM250/TB 1800. Saya bayar guna TB kerana lebih murah (mengikut kadar tukaran pada masa itu).

Hari yang sesuai untuk pergi ke Hatyai.

Bagi saya, ok je nak pergi hari ape pun sbb tak jem pun kalau naik komuter dan sewa van di Padang Besar. Tapi mungkin kalau pergi dengan kenderaan sendiri akan menghadapi jem sebelum sampai ke border Malaysia-Thailand itu. Ada tempat-tempat tarikan pelancong yang tutup pada hari biasa. Contohnya, Khlong Hae Floating Market yang hari dibuka pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad shj. Kebetulan kami ke Hatyai hari Isnin dan pulang pada Jumaat, jadi kami tak ke sana. 

Tempoh percutian di Hatyai.

Bagi saya sendiri yang pertama kali pergi, 3 hari 2 malam memang tak cukup. Hahahaha. Better lebih dari 3 hari, contoh 4hari 3mlm. Hari pertama kena sampai awal pagi dan terus boleh explore pekan Hatyai. Kalau korang nak tengok gajah di Chang Puak Camp, melawat Masjid Songkhla dan bersantai di Samila Beach, sekurang2nya kena spend 1 hari lawatan luar daripada pekan Hatyai. Kalau nak book tuktuk 1 hari pun boleh deal ngan driver tuktuk tu.

Hotel/hostel

Pilihlah untuk menginap di hotel yang dekat dengan Lee Garden. Sebab Lee Garden ni macam focus point. Alhamdulillah, hostel kami pun walking distance je. 2minit dah sampai Lee Garden. Setiap malam boleh jalan2 kat night market. Kawasan Lee Garden memang happening.

Tempat makan

Paling best bagi saya sekeluarga ialah Asean Night Bazar sebab macam2 jenis makanan ada, InsyaAllah halal dan berbaloi ngan harga. Tak mahal sangat la. Kalau makan tengahari, boleh cuba nasi khamok dekat Kim Yong Market. Memang sedap nasi dia, cuma mahal sikit dari Kaitod Decha sebab portion ayam goreng dia a quarter. Cuma kena tapau la, makan kat hostel sebab dia stall saje, tak boleh makan situ. For breakfast, boleh cuba Ayutthaya Halal Noodles restoren. 

Sekian saja tips Diy Hatyai dari saya. 

No comments:

Post a Comment