Privacy Policy

Tuesday 3 January 2023

Hatyai Day 5 Last day

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Jumaat 30 Disember 2022

Hari ni kami keluar awal untuk breakfast. Kali ni kami pilih Ayutthaya Halal Noodles restoren. Restoren ni kami tak jumpe dalam Google map. Tapi sebab ada org review kat tiktok, jadi adik sy search bangunan yg berdekatan, yang nampak dalam video tu. Sebenarnya restoran ni dekat dengan New Season Square hotel. Kalau tak jumpa, try search MT Lab Clinic. Confirm jumpa.

Kami order nasi putih, ambik makanan berat terus sbb nak gerak balik Penang hari ni. Lepas makan, lid dan anak2 balik hostel. Harga biasa2 ja. Rasa berbaloi.

Sy dan adik sambung shopping di Kim Yong Market. Last round. Hahaha. Kami beli nasi khamuk di Kaitod Meena, nampak sedap. Ramai orang beratur tunggu ayam goreng. Harga nasi khamuk 90Bath, ayam quarter. Rasenya semua ayam bahagian peha. Tak nampak plk depa goreng bahagian dada. 

Kemudian, sy beli kacang lagi. Pagi ni jumpa kacang gajus yg harga lagi murah dari kelmarin. Setengah kilo 125 Baht je. Huhu. Kelmarin tu jumpa murah dah rasanya. Sekilo 300Baht. Setengah kilo 150 Baht. Kalau kat luar Kim Yong Market, ada yang jual setengah kilo 170Baht. Kalau kat Lee Garden banyak yg jual 200-220Baht. 

Kami sempat masuk 7eleven lagi. Sy beli sirap Hale warna hijau (63Baht) and susu Meiji size 450g(28Baht).

On the way balik hostel, sempat sy beli 2 anak pokok, menghabiskan semua duit Baht di tangan. Yg daun bentuk love tu, nama dia Baby Rubber. Yg satu lagi tu, pokok bunga tapi tak tau nama, that lady pun xtau nak explain kat kita, dia guna google voice tu, then die tunjuk gambar kat fon dia. Pokok tu berbunga putih. Sepokok 35Baht, sy beli 2. Tapi duit Baht sy tinggal 64.50 je. That lady terima je duit sy. Die happy je sy beli pokok die. Bila sy search kat Lazada ada jual baby rubber harga rm20lbh. 
My baby born in Hatyai. Hahaha

Jam 11 pagi kami sampai di hostel semula. Kami bawa turun semua beg dan barang2. Selepas selesai semua urusan tandas dan sebagainya, sy pun pulangkan kunci kat staf hostel. Perempuan tu terus naik cek bilik. Tak lama kemudian dia bawa turun cadar dari bilik Lid. Cadar tu ada kesan susu coklat dan warna pink air strawberi yg Lid beli malam semlm di Lee Garden Night Market. Die kata nak potong 100Baht daripada deposit kami. Mana boleh. Kesan2 tu boleh je hilang lepas cuci. Kami tinggal cukup2 1800Baht sj lagi utk bayar duit van. Duit RM ade la. Nak tak nak, sy suruh lid basuh cadar tu kat belakang. Gonyoh la guna span n sabun yg ada. 

2 kali tunjuk cadar yg dah gonyoh tu kat perempuan tu, die tetap xpuas hati. Lastnya sy capai clorox yg ada kat belakang tu, tuang kat kesan pink tu. Lid gonyoh2 lagi sampai van pun dah sampai. Kali ke3 tunjuk, sy dah dekat van dah, malas nak layan perempuan tu. Adik sy ambik balik deposit kami. Lid kata perempuan tu membebel2 satu hapah pun tak paham. Alhamdulillah, semua dah masuk van. Sy bayar siap2 1800Baht kat driver. Duit van boleh bayar dalam RM/Baht. Kita bayar dalam TB sbb lebih murah. 

Tepat jam 12 tengahari, kami bertolak ke Padang Besar.

Kami sampai di Imigresen Thailand jam 1 tengahari. Driver bagitau kena bayar RM2 untuk setiap passport. Pegawai tu cek semula white card yang terselit dalam passport tu. Nasib baik tak tercicir ke ape. Dulu masa kat Spore 2019, depa tak cek dah white card tu masa kami keluar dari Spore.

Masa melalui Imigresen Malaysia pula, kena bawa turun semua beg utk discan. Settle semua, Alhamdulillah. Masa nak masuk balik dalam van tu, ada akak ni nak beli duit Baht yg lebih2 tu. Die offer 1000Baht-RM120. Die tak percaya sy kata duit Baht sy dah habis. Haha. 

Sy minta driver berhenti sekejap di Petronas Padang Besar utk sy topup kad touch n go, sebab baki kurang. Nanti petang nak guna untuk bayar parking kereta kat stesen KTM Tasek Gelugor. Malangnya sistem offline pulak. Kami terus ke stesen KTM Padang Besar.

Lepas turunkan beg semua, sy ke kaunter tiket. Kot2 la boleh topup kad touch n go di situ. Huhu. Tak boleh juga. Sy pun try tanya adik2 yg jual simcard Thailand kat stesen tu. Depa kata boleh topup di 7E. Tapi kena naik teksi RM10. Depa kata 7E ni dekat ja ngan Arked Padang Besar. Sy pun suruh adik sy book Grab car to Arked Padang Besar. Lid jaga anak2 di stesen KTM. Sy n adik naik Grab RM5 ja. 

On the way to arked, kami minta driver Grab singgah 7E sat. Alhamdulillah driver Grab baik hati, semoga luas rezeki die. Settle topup touch n go, kami terus ke Arked Padang Besar. First time for both of us. Because the limited of time, kami jalan di arked tak sampai 1 jam pun. Tapi sempat la sy beli barang2 yang sy nak. Cari di Hatyai tak jumpa, tapi ada di Arked Padang Besar. Susu meiji tu mahal tau kat arked. Sy tak beli sebarang beras ke pulut ke kat Hatyai /Padang Besar. Tak kuasa nak angkut. 

Kami jalan laju2 macam tak cukup kaki bila Lid call banyak2 kali. Kami dah book Grab tapi Grab lambat sgt sampai. Jalan jem. Jadi terpaksa cancel Grab yg itu, and naik je Grab yg tak book kat tepi jalan tu. Terpaksa bayar 10 ringgit. Driver tu mmg nak ke KTM, kalau kami tak naik pun, kereta die kosong. But still nak cas kami rm10. Takpe la.. Rezeki dia.

Sampai kat KTM, Lid dah marah2. Padahal still ada masa lagi. Die marah sebab takde tiket nak scan untuk p ke tandas. Haru betul. Lepas scan tiket, dah selesai urusan tandas, kami beratur untuk boarding ETS. Tepat 4.45ptg, ETS bergerak meninggal stesen KTM Pdg Besar. Sy makan nasi khamuk yg dibeli tghari tadi kat dalam train. Sedapnya. Lagi sedap daripada Kaitod Decha. 

Alhamdulillah, jam 6.05 kami sampai di stesen KTM Tasek Gelugor. Total parking RM16 dr Isnin jam 5 pg sampai Jumaat ptg. Alhamdulillah, selamat pergi dan selamat pulang. Such a great trip. Berbaloi untuk repeat lagi and lagi.. Nak g beli susu meiji..Hahahaha.

No comments:

Post a Comment