Friday 26 May 2023

Bercuti di Cameron Highland 2023

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pada bulan Februari 2023 yang lalu, kami telah bercuti di Cameron Highlands selama 3hari 2malam. Walaupun ini merupakan ke sekian kalinya saya ke Cameron Highlands, tetapi ini juga merupakan pertama kali saya dan anak2 ke sana  bersama Lid. Saya rasa dah banyak kali ajak Lid pergi CH, tapi dia taknak.. Tak tau la kenapa.. Takut mabuk darat kot.


4 February 2023 Day 1

Kami bergerak dari rumah pagi dalam kul 9 lebih dan singgah breakfast di RnR Bukit Gantang arah selatan. Pilihan tak banyak, tapi oklah takat nak isi perut. Harga cam biasa lah, standard R&R. 

Kami naik CH ikut Simpang Pulai, kira-kira 62km untuk sampai ke Tanah Rata. Jam 1.30 camtu kami tiba di Kea Farm. Kat sini jalan memang akan jem sikit. Kami berhenti sekejap jalan2 kat Kea Farm. Kiri dan kanan ada parking. Kat sini, saya beli anak pokok cili warna oren, pokok mint n pokok daun sup. Kemudian beli juga kek yg viral tu, 3 bekas rm75. Juga ada beli jagung susu dan keledek rebus. Ada 1 kedai tu jual jagung susu rebus paling murah, antara kedai2 yg ada kat situ. 

Tak lupa juga beli buah strawberi. Beli kat satu kedai kat tengah2 dalam sikit. Dia kata dia jual borong, atas penimbang kita tengok 2kg for rm50. Murah la kot kan saya fikir. Sebab kedai lain jual 1kg rm35. Bila dia masukkan dalam bekas plastik tu, dapat 4 bekas. Tapi baru saya perasan, atas penimbang tu, dia bukan letak buah2 strawberi tu direct atas tray penimbang tu. Dia letak dalam papan macam cart tu tau.. Jadinya saya pikir, berat 2kg tu termasuk berat papan tu la.. Nak cancel tak gamak plk. Ni la bangsa yg meniaga nak untung tp menipu timbangan plk. Cukup la sekali saya beli ngan depa. 

Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Kampung Sedia. Kami singgah solat di surau. Kat sini terkenal dengan nasi lemak strawberi. Sebenarnya ada lebih 4 kedai yang jual nasi lemak strawberi. Ada kedai yg ada strawberi farm sendiri. Masing2 ada jual scones n jem. Kami masuk 2 kedai untuk survey2 je. Tapi kami tak makan di situ pun. Harga agak mahal lah juga. Tapi yang paling menarik perhatian saya scones yang dijual di AidilBadri. Ada macam2 flavor, n look tempting. Saya pun beli la buat rasa2.. 

Kami meneruskan perjalanan ke Tanah Rata untuk check in hostel. Dalam pukul 5 dah siap check in. Masa book dah bayar siap2, hostel pun tak minta sebarang deposit. Senang. Saya pilih hostel yg sama kami inap tahun lepas, cuma kali ni saya pilih bilik berenam. Ada 3 bunk bed n private bathroom. Ada balkoni menghadap ke tapak pasar pagi/malam Tanah Rata. The reception staff (Chinese guy) tried hard to explain to me about the rules of the common area and the kitchen in Malay. Haha.. Ingat saya tak faham English ke or dia sebenarnya nak praktis his Malay. Sebab kat hostel tu, biasanya yg stay is traveller dari luar negara. Depa kan suka backpack. At the end of our conversation, saya bgtau never mind, i understand, and this is my second time here. Hehe. 

Pukul 6 ptg, kami keluar cari makan. Jalan2 tengok2 kedai. Singgah kedai tomyam kat situ, tak jauh dari hostel. Terkejut beruk tengok harga dalam menu. Nak order nasi putih, tak sanggup. Last2 order la nasi goreng2. Alhamdulillah sedap, and portion dia berbaloi la.. Kenyang. Tapi sup kosong kena minta. N dia tanya nak berapa sup kosong. Kami bgtau 3. Sup kosong tu sedap plk. Bila minta lagi kemudiannya, lambat plk dapat. Tapi memang sedap la makan kat situ. Cumanya kedai rapat2 n meja tak banyak. Tauke pun lain2. Gamble je la nak duk meja yg mana. Mungkin harga setiap kedai pun tak sama. Kami kena cas RM55 utk makan petang tu. Rasa cam tak la mahal sangat. Maybe harga dalam menu tu untuk tourist kot. Lepas makan, ronda2 beli barang apa2 yang berkenan di hati. 

Malam tu, kami makan la buah strawberi n kek yang beli siang tadi. Anak2 duk lepak tengok tv dekat common area. Ada traveller dari Morocco, muslim duk bukak channel YouTube dia kat tv. Best plk tengok orang bole travel sampai Afrika. Lid la sembang ngan dia. Tidur malam memang selesa la sebab sejuk semualajadi kan. 

5 Februari 2023 Day 2
  
Kami turun beli sarapan kat tapak pasar pagi/malam depan hostel. Ada nasi lemak, nasi kerabu n nasi dagang. Nasi lemak biasa RM3. Wow. Nasi kerabu lauk ayam kalau tak silap RM7/8. Saya beli nasi lemak biasa 4, nasi tambah kosong 1 n nasi dagang 1. Ada lauk ayam goreng 2 ketul. Harga RM 33 cmtu kot. Next time cmni kena bawa beras n periuk nasi segala la.. Mahal kot makan kat CH. Lauk basah pun ada jual situ. Kat hostel pun bole masak memasak. Kedai runcit pun ada segala bahan. 

Kami sarapan di hostel. Saya panaskan scone yang beli semalam. Sedapnya makan scone ngan jem strawberi depa tu. Berbaloi la beli seketui RM7 pun.. Kalau kat coffee bean lagi mahal. Rasanya berganda2 sedap dari coffee bean. 

Plan hari ni terganggu sikit sebab ada sorang anak buat perangai. Dia bole plak menyorok entah kat mana. Jenuh kami pusing2 mencarinya. Berjam2 cari tau. Dari mall depan hostel sampai ke masjid Tanah Rata tu. Bila kami dah putus asa nak cari, tiba2 dia masuk bilik macam takde apa2. Puas la kena marah. Orang bercuti nak rileks je. Dia bole plk buat perangai ntah hape2. 

Lepas solat zohor n asar jamak qasar, kami keluar jalan2. Mula2 ke ladang teh Bharat. Harga makanan kat sini, bole buat istighfar banyak kali. Tak sanggup ler.. Last2 saya beli tea ice dalam tin saja sebab ada promo, 4 tin rm10. Beli juga uncang teh perisa strawberi. Kemudian kami pergi cari makan kat tempat lain, yang membawa kami ke astaka tak jauh dari masjid. Buka2 je pintu kereta, terbau tumisan nasi goreng. Bau mmg sedap la. Kami pun pilih la meja mana kami nak duduk. Ada jual nasi goreng tumbuk. Order la kami ni. Tapi nak menunggu dia tumbuk tu, lama gak la nak siap. Lid order nasi putih n sup daging kat kedai sebelah.. Sedap sgt la supnya pun. Nasi goreng tumbuk rase biasa2 je. Harga pun hmmm. Kenapa yang mahal kemain harga makanan kat CH? Kami bukan order siakap pun. 

Kemudian kami ke Aidilbadri, Kampung Sedia sekali lagi sebab saya nak beli scone. Petang2 dah tak jem kat sini. Kali ni saya beli sekotak terus rm30. Dalam tu ada 5 flavor. Beli juga jem strawberi dalam jar. Rm berapa tak ingat. Tp kalau beli 2 dapat murah sikit. Huhu.. Depa tak promote kat saya. Saya dah bayar. Customer lain beli, baru sy tau bole dapat murah kalau beli 2 jar. Tapi kan jem strawberi untuk scone lg sedap drpd jem strawberi yg dalam jar. 


Kemudian, kami balik hostel. Lepak2 kat hostel je. Lid siap dapat offer jadi part timer kat hostel. Boleh stay for free. Haha.. Padahal kami stay 2 malam je pun.. Cenni next time bole la plan stay seminggu. Kena masak la.. Tak bole nak beli je. Harga makanan mahal. 

Saya sempat g ronda2 kat mall depan hostel, shopping apa2 yang patut. Kedai tak banyak yang buka. Tapi oklah.. Bole shopping baju2. 

Malamnya kami makan maggi je. Dapur yang disediakan ialah induction cooker. Kata staff situ, kalau jenis goreng2 guna minyak banyak tu tak bole la. Kalau nak masak ikan, kena guna aluminium foil tu. Cam nak buat siakap petai plk. Kena belajar tu. Hehe. 

6 Februari 2023 Last day

Hujan lebat pagi ni menambah rasa nak tarik selimut n malas nak mandi. 

Kami breakfast roti n bancuh kopi 3in1 je. 

Hari ni Public holiday Thaipusam. Tapi Pahang tak cuti rupanye, sebab bank buka. 

Kami gerak dah terlewat sikit, terus ke Kea Farm. Jalan jem tapi masih berjalan. Sib baik kejap je jem nye. Pukul 12 lebih dah sampai Kea Farm. 


  • Kita beli kek viral lagi, tp kali ni kat kedai lain plk. Kedainya kat tepi2 sikit, terlindung.. Kalau beli banyak ada diskaun.
  • Pastu kita beli pokok lagi. Kali ni pokok cili warna ungu n anak pokok monstera. 
  • Selain tu beli strawberi yg harga sekilo rm35. Coklat tak beli sebab kami makan strawberi ngan nutella je. 
  • Beli scones juga, yg flavor original. Scones ni brand apa tak ingat tp byk kedai juga jual scones yg sama, tp harga berbeza. Kita beli 2 pack dpt rm25. Haha.. Suka sgt mkn scones.
InsyaAllah, panjang umur dan murah rezeki, akan datang lagi ke CH. Setahun sekali pun jadilah.







No comments:

Post a Comment