Monday 2 January 2023

Hatyai Day 3 Makan-makan

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Rabu 28 Disember 2022

Hari ni kami plan nak breakfast di tempat yang viral tu. Jam 9 pagi kami naik tuktuk. Book di Grab TB151 je. 9.10 selamat sampai di Chabura dimsum. Orang boleh tahan juga ramainya tapi tak lama sangat untuk dapat meja. Mula2 kami order nasi2 n kyoza dimsum. Harga keras ye. Sy order cheese kyoza. Kyoza ni ade 4 pilihan, stim, goreng, cheese n seaweed. Kemudian kami pilih2 dimsum yg kecik/besar tu, sampai tak terpilih. Rase biase2 je. Kami buat syarat je p situ. At least kalau orang cerita, boleh la kami kata kami pun penah makan di situ. Dimsum di Penang lg byk variety n lg sedap. 
Kemudian kami masuk 7E sebelah Chabura dimsum. Beli apa2 yg patut. Kemudian kami tanya tuktuk, nak ke Hatyai Clock Tower TB100. Kami pun naik tuktuk. Kami tiba di Hatyai Plaza clock tower jam 11.40pagi. Shopping2 baju kat sini, kena pandai tawar menawar ye. Kemudian kami jalan kaki saja balik hostel. 

Jam 3 ptg sy dan adik basuh baju di Otteri laundry. Tak jauh dari hostel kami. Ade 3 size washer, sy pilih yg paling besar 17kg. Harga asal TB60. Tapi mungkin kerana ada promosi, harganya jadi TB40 sj. Rasanya kena bawa n isi sabun sendiri. Jadi sy beli je sabun dalam vending machine TB10 dapat 2 peket. Sabunnya wangi. Cuci complete 28minit. Sambil tunggu washer siap, sempat kami ke Big C mini mart. Die mcm 7E juga tapi tak crowded. 

Lepas washer siap, sy masukkan baju ke dalam dryer. Dryer TB40 sj untuk 30minit. Murahkan..? Setakat kami jalan2 di Hatyai 5 hari kami hanya jumpa Otteri laundry ada mungkin 2/3 cawangan and 1 laundry yg mmg rare. Washer die jenis top load, boleh masuk coin juga. Tapi tak de dryer. Kena bawa balik sidai kot. Lupa plk nak snap gambar. 

Jam 6.15ptg kami naik tuktuk (TB150) ke Asean Night Bazaar. Oleh kerana masing2 semua dah lapar, kami terus naik tgkat atas cari makan. Macam2 jenis makanan ada. 

Makanan kat sini murah2 n sedap2.. Memang berbaloi datang makan kat sini. Lepas makan, bagi anak2 main kat taman, Lid jaga anak. Kita g jalan2 tengok barang kat ground floor. Kul 9 kami ambik tuktuk balik hostel. Malam ni kita jalan berdua pulak ngan adik kat Lee Garden night market. Kami singgah 7eleven sebab nak beli susu meiji utk anak kecik sy. Budak kecik sorang ni tak minum susu tepung. Dia minum susu coklat je lepas putus susu ibu. Haritu ade bw susu Goodday dlm icebox. Susunya habis. Jadi, sy belikn susu meiji kat die. Kalau nak tau, 7E kat Hatyai ni punya la ramai orang, mcm kedai eco kat Malaysia. Mungkin sebab harga murah kot. Susu meiji tu 3 ringgit lbh je botol sedang. 

Sebelum balik hostel, sempat kami survey harga Mcdonald kat Lee Garden. Lagi mahal dari Malaysia. Kemudian, kami singgah Hamid restoren minta ais lagi. 

No comments:

Post a Comment