Privacy Policy

Saturday 3 September 2022

Singapore with love 2022 Part 1

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah.. Semasa fasa peralihan pandemik ke endemik, kami sekeluarga telah membuat pembaharuan passport di Jabatan Imigresen Seberang Jaya. Oleh kerana melibatkan anak² bawah umur 12 tahun, jadi kami kena hadir face-to-face ke Jbtn Imigresen. Alhamdulillah, proses pemohonan baru & pembaharuan tak ambil masa terlalu lama. Berpeluh juga la nak keluar duit total RM1k utk 7 beranak. Passport validity is 5 years. 

Tapi bila sampai turn abg Ammar, kami terpaksa pergi Jabatan Imigresen kali ke2 sebab yg kali pertama tu, kami tak perasan, nama dalam passport baru dia, tak sama ngan nama dalam IC. Rekod Jabatan Imigresen tak sinc dengan rekod JPN. Jadi kena betulkn balik passport dia. Alhamdulillah, oleh kerana passport renewal tu baru seminggu, Jabatan Imigresen tak cas kami another RM200. Depa batalkan passport yg salah nama tu, dan buatkan passport yang baru utk abg Ammar.

Mulanya plan nak ke Turki, tapi sebab harga flight tiket yang mencanak naik selepas fasa endemik, haruslah kita banyak² bersabar dulu ye..walaupun hati meronta² nak ke Turki. Kalau takat nak p laki bini, memang bisa diatur.. tapi sebab nak p travel 7 beranak ni, kena kuat sikit la pengerasnya. Jadi, pilihan paling mudah, ialah untuk ke Singapore. After more or less than 3 years, kami selamat menjejakkan kaki untuk kali kedua di Singapore. 

Persediaan ke Singapore.
Tiket flight telah ditempah about 2 months prior to the departure. Harga tiket AirAsia tak banyak beza ngan yg kami pernah beli 2019. Mulanya plan nak naik Scoot. Tapi sebab departure & arrival time macam tak worthy. Jadi kali ni AirAsia masih terpilih. 10 days before departure, kita dah boleh web-check in. Masa beli tiket flight Airasia, tak perlukan passport number. Tapi masa web-check in, kita perlu masukkan passport number. Contoh, someday kita pernah try nak book SaudiA, masa booking perlukan passport number. Ada orang bgtau, kalau xda passport lagi masa booking tu, masukkan ja sebarang nombor. Nanti bila check in, update je passport number tu.

Selepas book flight ticket, kita took a few days nak cari hostel yang affordable dgn budget kite. Mahal juga hostel price lepas covid ni berbanding before covid. Akhirnya BEAT Sport Hostel menjadi pilihan.

Sehari sebelum, kita isi Singapore white card (as a group) secara online. Dulu panggil white card. Sekarang panggil Singapore Arrival Card. Perlu attach screenshot qr code vaccination records from Mysejahtera. Juga perlu pastikan kita ada rekod hardcopy, kad vaksin yg kita dapat selepas ambik vaksin pertama dulu tu. Untuk vaksin ke2 n booster, kita tambah je rekod kat dalam kad yg sama. After submit, about few minutes later, dapat dah email pengesahan, download simpan kat phone.

Sehari sebelum juga, kita beli Singapore tourist sim card (Starhub) thru Lazada RM28 je. Pickup at Changi airport. Validity 7 days. Trust me, beli online lebih murah.

Jumaat 2 Sept 2022
7.25 pagi kami dah terpacak depan pintu 4, Penang International Airport. 

Lebih kurang sama je ngan flight ke Langkawi sebelum ni. Kita beli check luggage sampai 40kg. Bila timbang 2beg total 26kg je.. Arrrrgghhhhhh. Rugi lg. Next time beli 15kg x 2 sj dah cukup..Kita beli tiket to Langkawi n Singapore ni saing²..jadinya masa beli tu xtau lagi nak bajet berape kilo luggage ni.

Masa scan beg kat kastam, baru kita tahu rupe² nya measuring tape tak boleh hand carry..jadi kena lah terpaksa rela bg kat depa. Bukan nk guna kat Spore. Cuma memang measuring tape tu ada dalam handbag kite. Senang kalau beli barang² kat shopee, yg ada ukuran tu, bole la ukur, bajet panjang mana. Hahaha..macam mana la tak handbag aje dah sampai 7kg..macam² sgt duk ada dlm handbag..terpaksa beli measuring tape baru..tak pasti plk kita masa p Langkawi hari tu ada ke tak measuring tape dlm handbag.

Kalau nak bawa measuring tape, kena masukkan dalam checked luggage. Sama macam gunting ye. Kalau kita nak bawa gunting untuk digunakan semasa tahalul selepas saie, masukkan gunting dalam checked luggage. Satu lagi, pisau yang guna untuk kupas kulit buah tu pun kena masuk checked luggage. Haritu masa kat Langkawi ada ternampak pisau tu dalam balang barang² yg dirampas. 

Subuh tadi jam 6, kita sempat masak bihun goreng buat bekal. Macam² ada dalam beg bekal kami. Biskut, anggur, Nutella, susu tepung..air kosong ada 2 botol penuh, Tupperware 1.5l & 2l. Dapat lah bersarapan sementara tunggu boarding. 

So far tak penah lah depa kate tak bole bawa air botol. Dulu kat Surabaya, masa nak balik Penang, depa tak benarkan masuk air tin. Kena minum terus atau buang. Pastu, kami langsung takde sumber air minuman selama 3 jam menunggu flight ke Penang. Dah la flight delayed.

Alhamdulillah. Flight selama 1 jam 20minit, 11.00 pagi selamat tibe di Singapore. Kami turun di Terminal 1 Changi airport. Dari pintu arrival ke Arrival hall dalam 10minit juga nak menapak. Oleh kerana kita dah isi Spore white card online, jadi kami semua bole terus beratur. Masa check passport, kami terpaksa separate. Kita ngan 2 anak kecik beratur kat special lane. 

Bila 6 orang dah lepas, tetiba Abg Ammar sorang tak lepas. Bila tengok, dia kena p kat kaunter tepi. Tak pasti sebab apa. Staff yang jaga tu bgtau kat kami yg dah lepas pemeriksaan ni, don't worry. If they need the parent, they will call. Lama depa cek passport abg. Mungkin sebab masa 2019, die masuk nama lain. Kali ni masuk nama lain plk. Semasa isi white card smlm, kita dah declared. Lebih 10minit juga depa cek passport abg. Alhamdulillah, lepas. 

Dari kaunter Imigresen ke baggage claim, 3-4minit gak nak jalan. Selepas ambil baggage, kita terus ke kaunter OUB untuk claim sim card yang kita beli kat Lazada semalam. Seller dah wassap kita siap, bg qr code n location depa. Jadi, sampai kat depa, tunjuk je qr code tu. Depa scan n bg sim card. Kita masukkan simcard sendiri. Kemudian diorg tolong setupkan sikit, dah boleh guna.

Kemudian kami jalan sikit dah jumpa Jewel Changi. Ramai orang. Ada shopping complex 3-4 tingkat dalam Changi airport. Kami duduk depan ayaq terjun tu macam berpiknik. Hahaha..makan bihun pagi tadi. 

Singapore Tourist Pass
Dah habis makan, kami menapak ke Terminal 2, sebab nak beli Singapore tourist pass. Harga masih sama seperti di tahun 2019. Kita beli tourist pass untuk 3 hari. 1 pass $30. Untuk 3 hari, bayaran dia $20 plus deposit $10. Nanti bila kita pulang balik pass tu, dapat la balik deposit. Kami kena beli 5 pass.  Kanak² bawah 6 tahun free. Tapi dapat juga kad kanak². Cuma tunjuk passport untuk rekod. Untuk dewasa, tak perlu passport. Untuk beli pass ni, kena bayar cash shj ye. Sib baik kita ada baki Singapore Dollar yg dulu. Tak sempat lagi nak ke atm. Tapi berdekatan situ ada ja atm kalau perlukan cash. Kalau korang banyak guna public transport kat Singapore ni, wajib la beli tourist pass ni. Tourist pass ni unlimited ride per day. Contoh kita beli hari ni 2 Sept n start first use hari ni juga, jadi kita boleh guna pada 2, 3 dan 4 September sampai 12 midnight. Dia tak kira 2 Sept tu first use kita kul berapa pun. Lagi awal, lagi berbaloi la.

Kalau tak guna sangat public transport ni, boleh beli EZ link card. Harga dia $10-$12. Tapi dapat card tu ada $5-$7 je. Kalau tak cukup, kena topup plk. 

Lepas beli tourist pass, kami terus naik tren ke Lavender. Dr Changi airport, turun di Tanah Merah, ambik Tuas lane ke Lavender. 

Sampai di Lavender, kita cucuk duit kat atm OUB. Oleh kerana bank kad kita foreign card, mesin tu tanye nak keluar ikut Singapore Dollar atau nak ikut RM conversion yang depa bagi. Sebenarnya kita tak pasti and nak cancel dulu. Tapi tersentuh button RM tu. Amount yg dapat tu, sama dgn amount yg kita nak keluarkan, cuma nya kat transaction akaun kita conversion rate yang die cas tu la. (Nanti sambung bawah).

Lepas keluar duit, kami menapak 900m(ikut Google maps) ke hostel. On the way to hostel, kami lalu Stadium Jalan Besar, Singapore. 

Sampai ja hostel, kami nampak ramai anak² Indonesia. Depa mai dengan Tajimalela Football Akademy. Ada tournament kat sini. Bawah 12tahun.

Masuk je bahagian reception, ada macam² game dalam ni. Anak² punya la excited. 

Reception minta depo $20. Checkout antara jam 10-11 pagi. Bilik kami 2 double bunk bed n 1 single bunk bed with private bathroom. Bilik selesa. Cuma kecik sikit. Ruang untuk solat muat² ja untuk sujud. 

Selepas berehat seketika, sempat tidur sekejap, dalam jam 5 lebih kami ke masjid Sultan. Naik bas depan hostel je 2 bustop, kemudian menapak 10minit. Sampai masjid Sultan terus solat Qasar Jamak. Tempat wuduk, tandasnya bersih dan wangi. Carpet tempat solat cantik. Nak naik ke ruangan solat muslimah, ada lift. Masjid ni tak de aircon, tapi kipas dia best. Selesa sangat la nak solat.

Lepas solat kami jalan kat sekitar masjid Sultan. Banyak restoren Turkish. Kami berdiri depan restoren Kampung Glam Cafe. Kami baca review kat Google, ada yang bgtau affordable price n sedap. Kami pun masuk situ. Best kedai ni. Macam² menu ada. Murah plk tu. Service pun cepat ye, walaupun ramai customer. Kami menikmati makanan sehingga masuk waktu Maghreb. 


Kami ke masjid semula dan menegerjakan solat qasar jamak. Kemudian pusing² kat souvenir shop depan pintu masjid Sultan. Anak² memang suka la. Lid lepak kat luar masjid sambil dengar Ratib Al-attas. Ada screen besar luar pagar masjid. 

Semua boleh join sekali kuliah walaupun duduk diluar pagar masjid. Selepas puas dengan anak² kecik menangis nak berebut mainan yg dibeli, selepas puas belek² barang kat kedai souvenir tu, kami pun jalan kaki nak ke bus stop. 

Singgah 7Eleven beli roti gardenia. Harga roti gardenia kat sini lg murah dari Malaysia. Roti putih $2.20, roti pisang walnut $3.50. Roti pisang walnut tu memang pendek dari roti putih. Jangan convert k.

Lepas tu kami naik bas 133 utk balik ke hostel. Perlu menapak 5 minit utk sampai ke hostel. End of Day 1.

Ok, pasal conversion rate kat atm tadi tu. Kita baca kat Google, depa suggest n recommend, keluarkan duit kat atm ikut currency negara tu. Maknanya nanti, contoh kita guna Maybank card, Maybank sendiri yg akan cas conversion rate tu. Tadi tu, oleh kerana kita dah terpilih RM, maknanya kita setuju dengan OUB punya conversion rate. Kat sini sebenarnya, kita pun tak pasti, samada kalau pilih OUB rate (local rate) ataupun Maybank rate yg lebih murah. Kena try both baru fair to compare. 

Dulu masa kat Turkiye, kita keluar duit kat atm Ziraat Bankası kita pilih local rate. Pun situasi yg sama. Tak pasti Maybank rate lebih murah atau Ziraat Bankası lebih murah.

Apa yang pasti, keluar duit kat atm lebih berbaloi drpd tukar duit kat money changer. Ada traveller suka guna Bigpay card or Wise card bila g travel. So far, kite guna bank card je. Terpulang pada pilihan masing². 










No comments:

Post a Comment