Privacy Policy

Wednesday 6 November 2019

Cuti-cuti Langkawi 2019

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pada 18-20 Oktober 2019, kami pergi bercuti ke Langkawi selama 3 hari 2 malam. Actually kali ni maybe dah masuk kali ke 3 or ke 4 kami ke Langkawi.

Last pergi bulan Julai tahun 2017. Tahun 2018  kami  tak pergi Langkawi sebab kami dah naik feri ke Bursa, Turkey.  Bezanye kali ni kami naik feri di  Jeti Kuala Kedah. Sebelum ni kami naik feri di Jeti Kuala Perlis. Kami tukar angin sebab malas nk drive sampai Kuala Perlis. Perjalanan feri dari Kuala Kedah ke Langkawi mengambil masa lebih kurang 1jam 45minit ke 2 jam. Bagi yg mabuk laut, boleh la pilih utk naik dari Jeti Kuala Perlis yang memakan mase lebih kurang 45minit je ke jeti Kuah, Langkawi. Kami sekeluarga ok je xde mabuk2.

Another thing, kami cume pergi tempat yg kami rasekan perlu n kami minat nak p sj kali ni sbb banyak tempat2 lain cm Dataran Lang, Underwater World, Beras Terbakar (xde pun beras terbakar nye), Buffalo Park kami dah p sebelum ni. Kami belum pernah join island hopping. Tunggu la next time kami stay @ Pantai Cenang, then will plan for island hopping. Laman padi n Makam Mahsuri pun kami belum jejak lagi. Next trip plk la. Takpe, Langkawi kat Kedah je.

Jumaat, 18 Oktober 2019

Kami bertolak dari rumah di Bayan Lepas dalam pukul 9 pg. Kami sampai di Jeti Kuala Kedah dalam 10.30pagi. Lid turunkan beg and then cari parking. Ramai ye yang sudi guide tempat parking ni. Kalau betul2 depan jeti ni ade parking, casnye 2hari 1malam RM15, murah beb tapi xde kosong. So lid parking kat tempat lain, dalam dewan tertutup, beraircon katenye, 3hari 2 malam RM60(mahal). Resit parking simpan elok2. Nanti nak ambik kete kena tunjuk resit.

Actually kat Kuala Perlis pun cas parking 2hari 1malam RM30.

Sementara tunggu lid, kite beli tiket feri, dewasa RM23, kanak2 RM17. Tiket kami dapat jam 11pagi. Alhamdulillah. Saje2 tanye akak kaunter tu, sebelum kul 11 ni, ade kul berape feri sebelum? Akak tu kate kul 7 pagi.. mak aiii.. kite bajet nak dptkan tiket 10.30a.m, rupenye feri yg bakal kami naik tu ialah feri ke2 utk hari tu. Akak kaunter kate sekarang feri kurang kerap memandangkan air pasang surut xmenentu, if air surut, feri akan delayed and rescheduled. Kite gigih nak google Langkawi ferry schedule eh.. lid kate bole booking online. hmmmm..xpe la ..beli terus senang. Sebab kami p Langkawi ni bukan peak season. If peak season, harga hotel n sewa kereta mahal sgt. Tambang feri kami 2 dewasa+3 kanak-kanak RM97. Baby Abdullah free of charge. If 3years old kena bayar dah.

Tak lama pastu, kami beratur naik feri. Duduk tingkat atas. Feri Langkawi crowded, tak macam feri Istanbul-Bursa. Sempat la jugak pejam mata sat. Baby Abdullah lid la layan. Budak ber3 tu duk sederet, kami ber3 duk seat depan sikit. Sampai jeti Langkawi dekat kul 1 tghari. Tak sempat la lid nak g masjid pun. Cari2 kereta sewa, tanye2 org. Last2 kami dapat kereta vios auto 3hari 2 malam RM140. Puas hati n berbaloi. Korang pepandai la bajet nak isi minyak kerete tu. Kalau murah hati, bole la isi banyak. hehe..Kat sini kalau sewa kete, E to E. Kalau overseas F to F. Sebelum tu, kite dah beli siap2 tiket feri balik utk Ahad nanti.

Kul 2 ptg. Pertama g isi perut dulu. Kami lunch kat gerai2 depan HIG hotel. Keli goreng + nasi RM8 beb. Huhuhu.. Korang cari ler tempat lain. Lepas lunch, masuk HIG complex sat. Cuci mata. Pastu ronda pekan Kuah sat. Pastu terus bergerak menuju ke hotel. Hotel malam ni ialah Geopark Hotel @ Oriental Village. Kami booked 2 bilik sebab kat sini xde family room. 2bilik 1 malam RM169.++.  No breakfast. No connecting room, bilik kami bertentang. Tujuan stay kat sini sebab pepagi esok kami nak naik Skycab. Since Baby Abdullah first time going to Langkawi, jadi nak bawa die naik cabel car. Bebudak suke tido kat Oriental Village ni. Petang, budak2 ni mandi atas pancur depan Skycab ni haa..Bukan main lagi yg kecik tu.

Kedai2 kat sini banyak nye tutup dlm kul 7, 7.30 cmtu. Ade la restoren yg tutup kul 8. Cume malam sunyi sikit, n nak kluar makan cam jauh sikit la. Kami dinner kat Jalan Padang Mat Sirat. Malam Sabtu pasar malam kat Ayer Hangat, jauh nak p kalau dari Oriental Village.

Sabtu, 19 Oktober 2019

Pagi2 kami bersiap dengan breakfast ala kadar je kat bilik. Semalam beli roti sebuku n Nutella, buat kopi. Dah cukup. Bebudak ni dah biase cmni. Kami terus check-out, masuk beg dalam kereta, n beratur beli tiket Skycab. Skrg kalau nak naik Skycab ade pakej plk. Tak bole Skycab shj. Paling murah pakej Skycab+3D Art Museum+Skyrex+Skydome Dewasa RM43, kanak-kanak RM33. Harga ni utk pemegang Mykad shj ye. Jangan lupe bawa sekali Mykid anak. Kena tunjuk mase nak bayar tau. Kalau x, xdpt harga tu. Kanak-kanak bermula umur 2 tahun kena cas juge ye. Dapat tag pakai kat tangan. Pastu cepat la queue kat situ ye. Panjang queue nye, tapi xla lama sangat. Better than before. Dulu berjanggut beratur. Ade express lane, bayar lebih la. Cable car yg glass bottom tu pun harga lain tau. VIP pun ade. 1 cable car ade 2 seater je. Orang have2 bole la.
Ni mase turun dah.. 
Kami naik berenam 1 gondola. Maximum 6 pun. Gayat tu ade gak, tapi xla duk diam sesangat bebudak ni dalam tu. Ade 2 stop. First stop tu xde pe sgt. Tengok view je. Kalau turun 1st stop, kena tunggu gondola lain plk nk ke top station.

Top station best sikit, ade cafe, ade SkyBridge. Dulu mase kami naik sebelum baby Abdullah ade, SkyBridge ni tak siap lagi. Nak g SkyBridge kena beli tiket lagi k. Boleh jalan kaki ikut laluan denai (Nature walk). Jalan kaki pun kena bayar tau. Kami xlarat la nak jalan2 kaki ni, kami beli tiket Skyglide, dewasa RM16, kanak2 RM11. Beratur plk nak naik Skyglide ni. Perjalanan menaiki Skyglide cuma mengambil mase 1minit30saat je. cm dekat kan..Kalau rajin, jalan la..hehe.
https://youtu.be/M_OMbzEHPcU

Di Skybridge ni, korang akan rase cm goyang2 sikit. Cm pening2 lalat gitu, kalau angin kuat la.

Sekejap je kami kat sini. Pastu beratur naik Skyglide balik, n beratur naik gondola nk turun ke bawah semula. Oleh kerana dah termasuk pakej, terpaksa la nak p masuk 3D Art museum n so on kan.

3D Art museum best juga, bebudak suke bergambar. Yang paling best ade show. Show tu ade jadual nye, 5minit je tapi best. So jgn terlepas show. Keluar dr situ kami ke Skyrex. Pun beratur juga, tapi xla lama sgt. Skyrex ni pun best, tapi pun tak smpai beberape minit. Ade peringatan sebelum masuk. Orang tua, sakit jantung, ibu hamil, yang xboleh terkejut2 xyah la masuk. Actually baby bawah 4 tahun pun tak bole masuk. Depa buat pakej cmni watpe? tapi petugas tak pantau pun sesiape yg masuk, as long as dah termasuk pakej yg kite bayar. Lastly, Skydome. Kami rehat sat beli waffle n air, bagi ikan makan kat bawah bridge kat sekitar Oriental Village tu, sbb next show kul 2.30.

Kul 3 kami masuk Skydome. Aaahhhh... pening kepala, nak termuntah semua ade la.. tak masuk pun tak pe. Alhamdulillah kami masuk Skydome the last one,  kalau tak, mmg spoil la. Sebelah Skydome ade taman arnab, free entry. makanan arnab bole beli situ. Baby Abdullah peluk arnab cam peluk teddy bear. Bertempiaran lari menyorok semua arnab2 tu.

Alhamdulillah selesai pusing pakej Skycab, kami bertolak meninggalkan Oriental Village, baru nak lunch, dah kul 4 weh. Kami singgah makan di kedai makan kat Jalan Padang Mat Sirat dekat2 ngan kawasan Beras Terbakar tu. Actually malam semlam pun kami makan kat situ. hehe.

Lepas makan kami terus bergerak menuju ke motel kami di Kuah. Motel Seri Mutiara. Motel ni ke dalam sikit, xnmpk dari tepi jalan. Memang dekat la ngan jeti Kuah. Lepas rehat & solat, kami keluar plk, nk ke Pantai Cenang. First time nk ke Pantai Cenang. Sebelum ni lalu je, tak singgah pun. Silap kire, patutnye lepas makan tadi singgah terus.

Sampai pantai dah 6.50p.m. Kul 7 depa dah suruh naik, tak bagi mandi dah. Kesian budak2. Baby Abdullah tak dan nak mandi laut pun sebab dah tertidur. Kami pulang semula ke motel. Malamnye lid g pasar malam di pekan Kuah beli santapan. Kite tak larat dah. Penat pusing Oriental Village. Loya  n pening masuk Skydome pun tak hilang lagi.

Ahad, 20 Oktober 2019

Kami breakfast di gerai tepi jalan tak jauh dari motel. Sedap juga nasi lemak berlauk kat situ n murah k. Bole makan kat situ. Depan Rose Inn Motel. Lepas makan, destinasi hari ni dekat je, Langkawi Wildlife Park, Jalan Ayer Hangat lebih kurang 10minit je dari pekan Kuah. Kami penah datang sini 2017, but kali ni sebab nak bawa Baby Abdullah p situ. Ade family pakej, 2Dewasa+2kanak-kanak = RM82, kami tambah 1 kanak2 RM16, Baby Abdullah free of charge. Sama juga seperti di Skycab, kena tunjuk Mykad n Mykid ye. Family pakej tu termasuk free 2 pack of animal feed. Okla juge, dulu kena beli asing. Tempat ni kecik je. Spent sejam cukup. Yang best kat sini sbb bole bg makan burung kat tapak tangan, ternganga2 Baby Abdullah tengok burung patuk terigu kat tangan die. Boleh bagi ikan koi makan guna botol susu. Kat sini takde la binatang besar gajah, ke unta ke.. burung unta ade..hehe.

Next, shopping time. Cam biase kalau daang Langkawi kena borong coklat. Kite beli yg biase2 je, Hershey's Kisses je dah macam2 jenis, Daim, Toblerone, n coklat Nutella sampai 4 bekas sbb murah sgt. Ade macam jenis lagi k. Sedia duit je. Misi kite kali ni nak beli Vantage magic pan. Dapat beli kat HIG RM99 je, murah.. Selalu kite akan singgah HIG, Wira Saga n Rams Deco. Harga coklat kat 3 tempat ni ade la beza2 sekupang 2kupang. Actually korang bole shopping online kat Rams Deco via Lazada tau. Kite penah beli online dah kat depa. Kat Rams ade jual macam2 sgt tau. Perfume pun ade, tapi aritu tak sempat dah nak pilih perfume. Vantage magic pan kat Rams out of stock, so cepat2 p HIG cari plk. Tiket feri balik kul 3p.m. time tu dah kul 1 lebih. Jadi kelam kabut sikit.

Sampai jeti return car key, masuk KFC beli lunch, makan dalam feri.

Perjalanan balik agak2 setengah jam lagi nak sampai jeti Kuala Kedah, hujan lebat. Tapi Alhamdulillah laut tak bergelora sangat. Kami sampai Kuala Kedah hujan lebat. Tunggu lid ambik kereta, kemudian kami singgah Masjid India Kuala Kedah, sebelah jeti je. Kat masjid ni pun bole park kereta tau. Tapi xsure cas berape.

Lepas solat, kami singgah makan laksa Zakaria Telok Kechai.

Emmm..tak kena ngan tekak kite. Kite prefer laksa kat pasar malam Bayan Lepas. Ye lah, sedap tu kat subjektif. Kemudian kami singgah solat maghrib kat masjid simpang jalan depan tu sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Penang. Alhamdulillah.





No comments:

Post a Comment