Privacy Policy

Thursday, 8 September 2022

Turkish ring in Singapore Day 2

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sabtu 3 September 2022
Kami turun minum pagi kul 8.40. Minum milo kat pantri je.. Sedap la roti pisang walnut yang kita beli kat 7E semalam.
Stadium Jalan Besar kat blkg hostel je.
 
Anak² Indonesia ada yg tengah sibuk nak mandi kat depan toilet. Ada yg berkumpul main snooker. 


Lepas minum, lepak² dulu kemas² barang. Jam 11 pagi kami keluar dan menuju ke Mustafa Center, 300m walking distance. 

Saturday, 3 September 2022

Singapore with love 2022 Part 1

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah.. Semasa fasa peralihan pandemik ke endemik, kami sekeluarga telah membuat pembaharuan passport di Jabatan Imigresen Seberang Jaya. Oleh kerana melibatkan anak² bawah umur 12 tahun, jadi kami kena hadir face-to-face ke Jbtn Imigresen. Alhamdulillah, proses pemohonan baru & pembaharuan tak ambil masa terlalu lama. Berpeluh juga la nak keluar duit total RM1k utk 7 beranak. Passport validity is 5 years. 

Tuesday, 30 August 2022

Cuti-cuti Langkawi 2022

بسم الله الرحمن الرحيم
 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah pada hari raya korban yang lepas, kami telah bercuti di Langkawi. Kali ni kami naik flight AirAsia. Beli tiket sebulan sebelum berangkat. Harga RM1.8K termasuk insurans + 40kg luggage pergi balik. Biasanya kalau naik flight AirAsia, saya akan include terus Tunes travel insurans depa. Tak yah pening2 cari travel insurance company lain. Beza pun tak banyak. 


Nak kate murah harga tiket flight ni sebenarnye lebih kurang harga flight Firefly kami ke Langkawi tahun lepas. Cuma sekarang dah masuk fasa endemik, harga flight memang naik. Lagipun kami tambah seat sebab tahun lepas baby Fahri bawah 2 years old, tahun ni kena beli seat untuk dia. Kami memang kena beli luggage dengan AirAsia sebab sharing luggage isi baju. Kami ada hand carry juga. Flight biasanya ada 7kg hand carry. Kalau backpack tak lebih 7kg and tak lebih allowable size, tak yah beli luggage. Kalau flight Firefly biasanya harga tiket dah termasuk 20kg luggage. 
Macam biasa, kita tak beli seat.

Wednesday, 20 July 2022

Raya (terkejut) 2022

بسم الله الرحمن الرحيم
 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Selepas 2 tahun PKP, PKPB, PKPD, PKPP ntah ape lagi.. Alhamdulillah akhirnya raya tahun ni (2022) dapatlah kami balik beraya di kampung. Tapi malangnya, lid tak dapat cuti raya. Kena turn shif dia hari raya tu. Jadinya kita n anak2 sj la yang balik raya di Selangor. 

Seperti tahun lepas juga, tahun ni kami berbuka puasa dan terawih di masjid. Seingat kita, mungkin ada 3 kali shj Ramadhan tahun ni yang kami berbuka di rumah. Qiamullail yang awal2 tu kami ada la pergi 2 kali sj sbb tahun ni start bulan April 2022, sekolah menengah dah start face-to-face. Jadi kena hantar abang g sekolah awal, jadinya tak boleh nak sahur dan solat subuh di masjid. 

Nak jadi cerita, sebab lid tak dapat cuti raya, kita pun terpaksalah drive sensorg bawa balik anak2 untuk beraya di Sgor. 

Thursday, 30 June 2022

Bercuti di Johor Bahru - Part 2

بسم الله الرحمن الرحيم 
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


16 Mac 2022, Rabu

Apa sebenarnye tarikan di Kluang ni ye? Dekat hotel semalam kami dapat kopi 3 in 1 named Kluang Coffee. Maybe kopi la kot yg best kat sini.

Pagi ni kami check out dalam kul10.20a.m. gitew then terus menuju ke Stesen keretapi Kluang. Nak mencuba sarapan di Kluang Railcoffee. Tak jauh pun dari hotel, dalam 5 minit je dah sampai. Parking pun senang, dalam kawasan stesen, bayar guna kad touchngo. Cuma kena beratur tunggu meja kosong. Crowded masa beratur je tapi kat dalam kedai tak crowded pun, boleh makan tenang² aje.