Privacy Policy

Showing posts with label Konya. Show all posts
Showing posts with label Konya. Show all posts

Friday, 17 May 2024

DIY Turkiye 2024 Day 7 - Eskişehir

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ahad 3 Mac 2024

9.00 a.m. Kami checkout drpd hostel, kemudian menuju ke kedai pizza semalam. Unfortunately, takde rezeki nak makan pizza tu lagi sebab depa buka pukul 10..Jadi kami terus berjalan ke Bedesten Bazaar. 


Bazaar pun baru nak buka.. Kami sempat beli luggage baru sbb ada luggage kami yg dah terlalu berat, nk heret pun susah..tak ingat harga berapa sbb lupe nk jot down.. Drpd 3 luggage skrg dah jd 4 luggage tp takpe sbb askar ramai. 

Kemudian kami lepak kat dataran tempat kami minum çay semalam. Saya beli simit dan roti ayam utk sarapan. Sempat juga saya beli teko çay untuk kenang²ngan. 

35TL only. 😋

Sunday, 5 May 2024

DIY Türkiye 2024 Day 6 - Konya

بسم الله الرحمن الرحيم
 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
  السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sabtu 2 Mac 2024 - Hari kedua di Konya.

10 a.m. Kami memulakan perjalanan hari ke 6 dengan bersarapan di kedai pizza warga Syria, tak jauh dr hostel kami. Kedai ni kami terjumpa je sebenarnya..kami lalu depan kedai depa, then masuk tanya depa jual ape, tanya harga, ok. Ok, boleh cuba. Depa ada jual macam2 jenis roti lagi. Harga pizza yg kami makan ni 150TL. 


Wednesday, 24 April 2024

DIY Turkiye 2024 Day 5 - Konya

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Jumaat 1 Mac 2024 Day 5 - Konya.

8 a.m. Kami dah ready menunggu cafe buka untuk bersarapan. Sementara itu, sempat juga la kami menyaksikan belon2 panas di langit Kapadokya. Beg2 pun dah siap masuk dalam kereta sewa. Kami return kunci bilik. Semasa baru ja nak masuk cafe untuk sarapan, Lid kata receptionist hotel panggil. Sy pun pergilah ke reception tu. Bila masuk ja, die terus tunjuk cadar putih n towel yang ada oil stain. Kesan minyak sambal bilis tu.. Dia kate kalau minyak ni susah nak hilang la blablabla.. Dia nak cas 1000TL..Cadar tu ada 2 helai, towel kecil sehelai. Bukan sebab anak² lap tangan ke hape, tapi sbb minyak sambal bilis tu terkeluar dari bekas die yg duduk dalam beg. Masa cek in kelmarin, anak bawa beg tu terus letak atas katil. Sy pun malas cakap banyak, bayar je la. Kalau ada banyak masa, sy nak p belikan depa sabun mandi dan klorox je.

Masa sarapan, sy main Duolingo. Ada sorg tourist perempuan, agak berumur, sy rase die dr South Korea. Dia tegur sy, bgtau dia pun learn Turkçe melalui Duolingo. Hehe..jumpa geng. Dia datang bersama anak menantu dan seorg cucu. 

9 a.m. Kami terus meninggalkan hotel dan ronda² sekejap kawasan sekitar, sebelum return kereta sewa. Minyak kereta yang sy isi semalam berbaki separuh lagi. 

Hari ni kami akan menuju ke Konya dengan menaiki Bas Metro Turizm yang telah saya book tiketnya dua minggu lepas. Sy turunkan anak2 bersama beg2 di stesen bus Goreme, sebelum sy dan Lid return kereta sewa and collect my passport. 

9.30 a.m. Sampai depan kedai rental car tu, sy park. Kedai tutup lagi. Kami minta tolong orang kedai sebelah kanan, call owner rental car. Dalam beberapa minit dia datang dari bahagian belakang kedai sebelah kiri. Bila kita ada masa semakin terhad ni, memang boleh buat berpeluh dingin dalam suhu nyaman pagi2 ni. Owner nak cek kereta first. Emmm.. sy risau panjang cerita plk nanti, bila teringatkan pengalaman pengembara lain yang sewa kereta di Turkiye. Tapi Alhamdulillah, kami pulang kereta dalam keadaan baik, owner pun berpuas hati dan pulangkan semula my passport. 

Tuesday, 12 March 2024

Hotel yang kami inap di Turkiye 2024

بسم الله الرحمن الرحيم
 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kami telah berada di Turkiye selama 11 malam. Kami telah menjelajah 5 bandar bermula dari Istanbul - Kapadokya - Konya - Eskisehir - Bursa - Istanbul. Untuk makluman pembaca, kami travel 7 beranak, mencari hotel yang sesuai dengan keperluan dan bajet kami.

26-28 Feb - Istanbul 
Malam pertama dan kedua, kami tidur di Fehmi Bey Hotel. Saya book family room di Booking.com untuk 2 malam. Total paid 184.48euro /RM967.96. Family room ada 3 ruang tidur dan ada meja makan. Hotel ada lif. Hotel ni sangat dekat dengan Blue Mosque & Arasta Bazaar. Ada free breakfast. Bagi sy breakfast yang disediakan sedap dan boleh buat alas perut. Mudah untuk sampai ke hotel guna tram, boleh turun di station Sultanahmet (jalan jauh sikit tapi landai) ataupun turun di station Camberlitas (jalan dekat, turun bukit). Secara ringkas, tak dekat sangat dgn tram station, tapi selesa dan berbaloi.