Privacy Policy

Wednesday 24 April 2024

DIY Turkiye 2024 Day 5 - Konya

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Jumaat 1 Mac 2024 Day 5 - Konya.

8 a.m. Kami dah ready menunggu cafe buka untuk bersarapan. Sementara itu, sempat juga la kami menyaksikan belon2 panas di langit Kapadokya. Beg2 pun dah siap masuk dalam kereta sewa. Kami return kunci bilik. Semasa baru ja nak masuk cafe untuk sarapan, Lid kata receptionist hotel panggil. Sy pun pergilah ke reception tu. Bila masuk ja, die terus tunjuk cadar putih n towel yang ada oil stain. Kesan minyak sambal bilis tu.. Dia kate kalau minyak ni susah nak hilang la blablabla.. Dia nak cas 1000TL..Cadar tu ada 2 helai, towel kecil sehelai. Bukan sebab anak² lap tangan ke hape, tapi sbb minyak sambal bilis tu terkeluar dari bekas die yg duduk dalam beg. Masa cek in kelmarin, anak bawa beg tu terus letak atas katil. Sy pun malas cakap banyak, bayar je la. Kalau ada banyak masa, sy nak p belikan depa sabun mandi dan klorox je.

Masa sarapan, sy main Duolingo. Ada sorg tourist perempuan, agak berumur, sy rase die dr South Korea. Dia tegur sy, bgtau dia pun learn Turkçe melalui Duolingo. Hehe..jumpa geng. Dia datang bersama anak menantu dan seorg cucu. 

9 a.m. Kami terus meninggalkan hotel dan ronda² sekejap kawasan sekitar, sebelum return kereta sewa. Minyak kereta yang sy isi semalam berbaki separuh lagi. 

Hari ni kami akan menuju ke Konya dengan menaiki Bas Metro Turizm yang telah saya book tiketnya dua minggu lepas. Sy turunkan anak2 bersama beg2 di stesen bus Goreme, sebelum sy dan Lid return kereta sewa and collect my passport. 

9.30 a.m. Sampai depan kedai rental car tu, sy park. Kedai tutup lagi. Kami minta tolong orang kedai sebelah kanan, call owner rental car. Dalam beberapa minit dia datang dari bahagian belakang kedai sebelah kiri. Bila kita ada masa semakin terhad ni, memang boleh buat berpeluh dingin dalam suhu nyaman pagi2 ni. Owner nak cek kereta first. Emmm.. sy risau panjang cerita plk nanti, bila teringatkan pengalaman pengembara lain yang sewa kereta di Turkiye. Tapi Alhamdulillah, kami pulang kereta dalam keadaan baik, owner pun berpuas hati dan pulangkan semula my passport. 


9.40 a.m. Kami terus berjalan laju menuju ke stesen bas, mendapatkan anak2 yang sedang menunggu. Tiada sebarang pengumuman/ pemberitahuan tentang maklumat/ ketibaan bas. Tiada platform khas juga. Kami hanya menunggu di seat berhadapan kaunter Metro Turizm. Sempat la juga sy withdraw cash dr atm machine kat depan tu and beli fridge magnet sebelum meninggalkan pekan Goreme.

10.05 a.m. Bas kami lewat 4 minit dari jadual. Sampai je bas, terus kami load beg² dalam perut bas, dan naik bas.  Ada beberapa orang penumpang juga yg naik bersama kami. Driver memang tak tunggu lama. Terus jalan. Perjalanan dgn bas Elhamdülillah selesa. 2nd driver bg satu paper cup n tea bag with sugar sachet, dan sepeket snack. Kemudian die dtg la bw hot water utk kt bancuh teh. 


1.45 p.m Kami selamat tiba di Konya Otogarı. Sebenarnya sy tak tau lg plan hari ni bagaimana kami nak sampai ke hostel kami utk malam ni.  Jadi kami just walk around kedai² di stesen bas tu. Sy suruh Lid tanya² orang, cara² kami nak ke pusat bandar Konya. Sy beli pismaniye di salah satu kedai di situ. Best bila dapat praktik bahasa Turki dengan abla tu. Sy pun tanya abla macam mana kami nak ke pusat bandar. Lid tanya dengan seorang pelajar uni. Die kata kami boleh naik teksi, mini van ataupun tren. Teksi bukan option pilihan kami. Mini van pula tak pasti nak tunggu di mana. Jadi pilihan yg ada hanyalah tren.. Untuk ke stesen tren, kami kena jalan kaki 1km dari otogar. Sy pun on google maps, kami jalan kaki sama² ke Erenkaya istasyonu. 


Jap, mase tulis entry ni baru sy perasan.. Dari otogar tu boleh je naik tren ke Zafer.. Kenapa masa tu, kami jalan kaki 1km ke Erenkaya? Takkan la abla tu nak aniaya kami? Huhu..tiba² rasa penat pula bila teringatkan. 

Tapi masa tu, kami naik tren free saja.. Sy tak beli pun El kart di Konya. Mungkin itu balasan kepenatan kami berjalan kaki dr otogar ke Erenkaya. 


Dari Erenkaya, kami naik tren sampai di pusat bandar Konya. Tren penuh. Berdiri terhuyung-hayang dalam tren, dengan beg2 kami lagi. Jauh juga jarak dari Erenkaya ke Zafer. 14 stations.

Turun di Zafer, kami jalan kaki lagi untuk sampai ke hostel kami. Jam 3.30 petang kami tiba di hostel. Alhamdullilah, kami rehat sebentar, jam 4 kami keluar ronda². 

Singgah solat di masjid berdekatan hostel kami.

5 p.m. Kami mengisi perut di Meşhur Saray Döner. Sedap dan murah sangat. Lavaş Tavuk Döner tu 40TL saja. First time kami try jus Salgam. Masam.


Kemudian, kami jalan2 lagi sampai kami termasuk dalam bazar buku. Sy shopping beg sekolah lagi 2 biji di sini. 
Rampalı Çarşı


Jalan2 lagi, memang banyak sangat jalan, menuju ke Bedesten Çarşısı. Kami sampai di Bedesten bazar ni dalam 6.30 p.m. Sy beli kurma Mesir di kedai tak jauh dari Aziziye Camii. Sekilo 300TL. Murah. Sy beli 2 kilo. Kalaulah sy tak mengenangkan bagaimana nak bawa belayar lagi seminggu akan datang nti, sy nak beli banyak lagi sebenarnya. Besar dan sedap. Boleh rase dulu sebelum beli. Kismis sy beli sekilo 150TL sj. 



Kemudian kami lepak depan Aziziye Camii. Sambil menunggu maghrib. Ada perempuan Syria bawa bayi, minta sedekah dekat kami. Tapi sy tak bagi pun. Selepas solat, Lid kate ramai lagi peminta sedekah dekat luar masjid. 

Kemudian kami jalan kaki balik ke hostel. Sy guna Google maps. Maps ni bawa kami melalui kawasan parking kosong yang gelap. Tiada lampu langsung. Kemudian, kami terserempak dengan seorang pejalan kaki yang juga melalui jalan yang sama. Jadi kami follow saja dia. Sampai satu simpang, ada 2 jalan, 1 terang dan 1 lagi gelap. Kami pilih jalan yang terang, walaupun perlu tambah extra beberapa minit untuk sampai ke hostel kami. 

Kedai jual daging

View from our balkon.

Ada night club sebelah kiri, kedai daun terup sebelah kanan.

8 p.m. Kami selamat tiba di hostel kami. Malam ni kami akan makan nasi di dapur hostel. Boleh jerang air dan bancuh hot drink. Kalau nak goreng telur pun, boleh guna dapur hostel. Tapi sy takde pun beli barang basah. 


9.30 p.m. Nasi semua dah siap masak, panaskan je laok dalam paket tu, beserta sambal bilis. Makan, Alhamdulillah. Kenyang. Yang seksa nya waktu nak cuci pinggan makan tu. Air paip sejuk giler.  

No comments:

Post a Comment