Privacy Policy

Monday, 12 August 2024

DIY Turkiye 2024 Day 12 - To Istanbul airport

بسم الله الرحمن الرحيم 
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Jumaat 8 Mac 2024

8.30 a.m. Pagi ni kami turun daripada hotel awal. Belum bersarapan lagi kerana hotel memang without breakfast, and saya pun tak prepare breakfast. Semasa check out, receptionist hotel bg 2 kotak kecil Turkish Delight. Terima kasih la banyak2. Tak pernah lagi jumpa hotel yang bagi souvenir kat kami. Flight kami jam 1:25 p.m. Kami ada masa 5 jam lagi. Selepas check out, kami terus menuju ke station tram Gülhane, masih sempat untuk beli key chain di kedai tepi2 tu sebab depa buka kedai awal. Jalan masih kosong. Hujan renyai2 pagi ni. Kami terus naik tren ke Laleli Istanbul University. 


Di sinilah permulaan cabaran hari ini. Dari Laleli station, kami tersilap jalan semasa nak menuju ke Station metro Vezneciler. Terpaksa patah balik ke Laleli station dan teruskan berjalan ke Station metro M2 Vezneciler. Di sini dah buang masa ntah berapa minit. 

Budak ni buat perangai bile tak bagi dia bawa luggage.

Saya sempat singgah beli breakfast, kiymalı borek dan simit, di Sehzade Borek & Pide, kedai pertama kami bersarapan masa kami sampai Istanbul 11 hari lepas. 1 portion kiymalı borek 60 TL sj. Sy beli dua portion. Duit cash lira dalam tangan dah sangat berkurangan. Saya memang tak expect nak beli apa2 dah selepas ni. Lid dah bawa anak2 turun lif ke level bawah metro Vezneciler. Selepas saya beli breakfast, saya terus pergi ke lif tersebut, di mana anak sulung saya sedang tunggu lif. Katanya, tadi tak muat nak turun sekali dengan yang lain, jadi dia tunggu saya. Lif tu pulak punya lah lama nak naik semula. Sampai ramai orang berhimpun depan pintu lif tu. Bila lif sampai, kami segera lah masuk ke dalam perut lif. Sampai lif penuh dan overload, ada sorang makcik Turki ni suruh anak saya keluar daripada lif. Ewah..ewah..Dia yang masuk lif kemudian then overload, suruh kita plk yang keluar. Penumpang lain suruh dia keluar, dia taknak jugak keluar. Sampaikan sorang penumpang tu keluar, still lif overload. Bila orang lain dah bising2, sebab dia buang masa orang lain, akhirnya dia pun keluar drpd lif. Selamatlah kami turun ke bawah dengan lif tu..

View dari pintu lif.

Dari Venezciler, kami naik metro dan saya decide untuk kami turun di Mechidekoy, which is a total wrong decision of mine. Sepatutnya kami terus ke Geyrettepe station, then tukar tren M11 terus ke Havalimanı. Which I found up later. Itulah kan, kita merancang, Allah juga merancang untuk kita. 

Kami keluar dari station Mechideköy, yang sepatutnya kami patah balik saja, ambik tren terus ke Geyrettepe. Tapi bila kami dah keluar dari situ kami terpaksa ambil tren M7 ke Kagithane. Kemudian jalan kaki pulak untuk ke stesen M11 Kagithane. Walaupun suhu di luar sejuk dengan hujan renyai2, suhu badan dah suam2 je ni dalam winter jacket. Berjalan selaju yang mampu, heret tangan anak yang kecik, sekejap heret luggage. Alhamdulillah anak² ikut saja, cuma ada kejadian anak yang kecik tu hampir² terjatuh di escalator, sebab abang dia terlepas tangan adiknya. 

Nasib kami baik sebab tindakan pantas pekerja station yang menekan butang kecemasan untuk berhentikan escalator bila dengan abang dia menjerit. Alhamdulillah tiada sebarang kecederaan pada anak saya.  

Dari metro M11 Kagithane, kami terus menuju ke Istanbul airport. Kami turun di metro Istanbul Havalimanı jam 10.56 a.m., berkejaran pula ke Departure Hall. 



Nak masuk ke departure hall tu kena beratur scan bag dalam 5-10 minit. Alhamdulillah tak ramai orang. Kami terus ke kaunter Spore Airlines untuk process checked in baggage. Alhamdulillah 11.20 a.m. selesai dropped baggage. 

Sempat lagi bagi anak2 main kat playground sebelum kami beratur untuk pemeriksaan passport pula. 


11.40 a.m. Masa pemeriksaan passport ni, line macam ular tu panjang sungguh. Anak sulung saya tersangkut lagi. Sama masa di Spore tahun lepas. Kami semua dah settle, dia tersangkut lama sikit dari orang lain. Alhamdulillah tiada apa yang serius. 


2 hari sebelum Ramadan di Türkiye

12.05 p.m. Kami terus berjalan ke gate. Sementara menunggu untuk boarding, sempatlah kami bersarapan kiymalı borek dan simit yang saya beli tadi. Simit ni kena beli lebih lain kali. Anak² saya suka.


Alhamdulillah, walaupun perjalanan kami ke airport sangat mencabar bagi kami, dengan izin Allah, kami selamat sampai pada waktunya. Yang penting, takda siapa yang marah² walaupun saya rasa marah dengan diri sendiri, dengan keputusan yang saya buat awal tadi. Lesson learned. 

1.00 p.m. Selamat boarding. Beg Mr. DIY yg besar tu boleh je bawa hand carry. 


1.37 p.m. Kami selamat berlepas. Hosça kal, Turkiye. Görüşürüz.


Flight Turkiye 🇹🇷 - Singapore 🇸🇬  berlepas dari Istanbul airport jam 13:37 p.m waktu Turkiye. Satu jam selepas take off, flight attendance bagitau saya dia nak serve kids meal, bagi anak² kecik makan dulu. Alhamdulillah. Senang kerja, satg depa dah makan, depa tak kacau sangat time kita makan. Masing2 seronok atas flight, sbb bole tengok movie yang depa suka. 



3.10 p.m. Saya dah lupa dah apa nama meal yang saya pilih ni. Ada juga set rice with fish. Lepas kami dah siap makan, depa bg ice-cream plk.



2.15 a.m. 2nd meal. Sedap.

Sabtu 9 Mac 2024

4.28 a.m. Our flight has landed safely at Terminal 3 Changi airport. From T3 kami naik Skytrain ke T2. 


Next flight to Penang depart at 7.50 a.m. Ada banyak mase lg. Kami rehat2 kan badan sat. Lepak2 sambil menunggu waktu subuh. 


Lepas solat kami terus jalan ke gate F52. Masing-masing tak sabar dah nak boarding. Berat mata. 



Selamat tinggal Singapore. Tq Singapore Airlines for the great hospitality.

7.30 a.m. Boarding flight Spore Airlines to Penang. 7.55 take off, after 15 minutes lebih kurang, depa serve pizza yang sedap tu. Walaupun mengantuk, makan jugak. Anak yang tak makan, kami tapau juga. Badan letih sgt dah. 

9.00 a.m. Touch down Penang airport. Alhamdulillah. Landing semua smooth je. Dapat kereta je terus hantar bag kat rumah dulu. Kemudian, kami p pekena nasi kandar Mat Rapi. Rindu Penang dishes. 😁 Mengantuk cam hape pun kena p makan dulu..



Till next entry..bila kami g travel lagi..











2 comments:

  1. cerita berinspiratif terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, sudi baca..semoga bermanfaat.

      Delete