Privacy Policy

Saturday 6 November 2021

Dryer machine review

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

6 November 2021

For the first time saye nak review barang elektrik yang saye beli, yang saye rase sangat² berguna untuk meringankan kerja² di rumah, tak kiralah samada surirumah ataupun ibu² yang bekerjaya. Barang tersebut ialah dryer machine/ clothes dryer. 

Ok. Kalau korang yg berhajat nk beli dryer mesti la mempertimbangkan banyak perkara kan.. Antaranya harga, penggunaan elektrik, muatan dan sebagainya.

Antara yang saya pertimbangkan ialah
1. Cermin transparent
2. Jenis (vented, condenser, heat pump)
3. Jimat elektrik n jimat masa juga
4. Tempat keluar haba
5. Muatan
6. Easy install

Saya beli di Shopee, jadi boleh la survey banyak² kedai and jenama sampai puas hati. Tengok review produk kat Shopee, YouTube ataupun website product tu sendiri. 

Kriteria pertama-cermin transparent.
Bagi saya sangat penting kerana seolah² satu terapi tau bila saya tengok baju² tu tengah pusing² dalam mesin tu. Jadi first memang sy cari jenama yg ada cermin transparent.

Kriteria kedua-jenis.
Ada 3 jenis dryer machine yang ada di pasaran.
1. Vented-paling murah/berbaloi dari segi  harga antara ketiga² jenis.
2. Condenser-harga sederhana.
3. Heat pump-paling mahal
Tapi yang paling glamour ialah jenis vented and heat pump. Jenis condenser tak banyak brand ade.

Kriteria ketiga-jimat elektrik dan jimat masa.
Ok, setelah baca banyak review, jenis yg paling jimat elektrik is heat pump plus inverter. Tapi tu la kan, mahal sikit la. Dari segi penjimatan masa pula susah nak tau daripada review. Ok kalau korg biase pergi dobi layan diri, dryer biasanya spin 24minit kan.. Tapi rupe²nye dryer utk kegunaan rumah ni, tak sama tau.

Kriteria keempat-tempat keluar haba.
Oleh kerana saya telah mempertimbangkan ruang di mana saya nak letak dryer ni, jadi saya perlu pilih dryer yg tempat keluar habanya di bahagian depan. Sebab dryer ni akan keluarkan haba tau. Ada dryer yg tempat keluar habanye kat belakang je. Oleh kerana ruang saya kecil dan sempit, saya perlu ada ruang supaya haba boleh keluar dengan baik dan ruang tu tak menjadi panas.

Kriteria kelima-muatan
Ok, ade dryer 7kg, 8kg, 9kg etc. Ikut bajet juga ni sebab lebih banyak muatan, harga pun semakin mahal.

Kriteria keenam-easy install.
Yang ni saya pilih yg saya boleh on switch n guna terus.. sebab ade dryer yg perlu pasang tiup utk die keluarkan air. Maybe ada la simple installation kot. Since saya beli dari Shopee ni, nak kena setup sendiri, jadi sy pilih yg boleh terus plug in.

Tadaaaa! 
Akhirnya dryer Electrolux Inverter 9kg menjadi pilihan hati saya selepas semua pertimbangan diatas.

1. Cermin die transparent

2. Jenis heat pump

3. Jimat elektrik sbb memang guna selalu, walaupun cuaca baik..hahahhaha. Also jimat masa. Biasenye saye pilih function 'cotton'.  Tempoh die akan auto set 1jam 50minit. Tapi dryer ni ada sensor die, after a few minutes, die sendiri akan tukar jadi 1jam 15minit shj dah siap. Alhamdulillah saya pilih dryer yg ini.
  

Saya ada terbaca ada orang review heat pump dryer brand S, 3 jam baru siap keringkan baju. Mak aii..mmg la tak perlu tunggu, boleh buat kerja lain, tapi korang pun tahukan antara 1jam 15minit dengan 3jam, mane yg lebih jimat elektrik...

4. Ada tempat keluar haba kat depan. Pintu die pun boleh buka ke kiri or ke kanan.

5. Muatan pilihan 9kg sbb keluarga besar. Plus saya malas nak sidai baju. Hahahahha

6. Easy install. Sampai je, unboxing, terus boleh guna.

Setakat guna almost 4 months sekarang ni memang puas hati.. (barang sampai rumah 14 July 2021). Guna tanpa rasa risau takut bil elektrik naik. Hehe. 
Saya beli di sini

Lupa plk nk bgtau, dryer sy ni datang sekali dengan drying basket yg digunakan untuk keringkan kasut. Boleh tgk kat sini

Saya sekarang merancang nak beli washer front load plk..boleh nampak buih² kat cermin transparent tu mase mesin tengah pusing..ok X?



Update: 15 October 2022, saya dah beli washer front load 10kg, brand Electrolux juga. Beli sebab mesin basuh Toshiba yg sy dah guna almost 10 years, rosak n dah tak boleh repair dah. Sy beli washer di kedai elektrik dekat rumah sy je. Electrolux 10kg front load washer





No comments:

Post a Comment