Privacy Policy

Monday 1 February 2021

Kuala Terengganu short trip

بسم الله الرحمن الرحيم
 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kepada pembaca yang baru menjengah ke blog saye, entry ni adalah sambungan entry sebelum ni. Boleh baca kat sini ye, Kota Bharu short trip

Kemudian kami meneruskan perjalanan menuju destinasi sebenar kami, Madrasatul Quran Kubang Bujuk. Perjalanan mengambil mase lebih kurang 3 jam setgh dr Kota Bharu ke Kuala Terengganu. Kami singgah solat di stesyen minyak memandangkan susah nak singgah solat di masjid musim covid-19 ni.

Madrasatul Quran Kubang Bujuk

Alhamdulillah, lebih kurang jam 5.30 ptg kami tiba di madrasah. Oleh kerana hari Sabtu, pejabat madrasah pun dah tutup, kami hanya meninjau2 sebelum disapa oleh Ustaz Hj Mohd Nor. Lid la yg sembang banyak ngan die. Rupenye ustaz berasal dari Banting, Selangor,  adik ustazah sekolah saya dulu masa saya form 1-3 @ SAMTTAR, Sg Manggis. Tapi saya dah tak ingat ustazah tu. Huhuhu.. 25 years ago in history..
Suasana kat sini tenang je.
Ustaz membawa kami melawat kawasan sekitar madrasah, menunjukkan dewan tempat pelajar menghafaz Al-Quran, rumah warden sambil bercerita sejarah madrasah dan aktiviti di madrasah. Banyak maklumat yang kami dapat. Ada juga bilik2 macam chalet if waris pelajar nak datang bermalam kat sini. May be next time, kot2 lid nak join Daurah kitab kat sini..

Tak lama sgt kami dengar cerite ustaz sbb ustaz nak g ziarah kubur. Kami pun singgah sebentar kedai goreng pisang mak anjang saya (adik bapa saya) yg terletak betul2 di depan madrasah. Kebetulan mak lang & ucu saya pun ada sekali. Kami sempat bertanya khabar walaupun sekejap. Nak datang pun tak bgtau..hehe..

Abang Ammar la yang paling excited jumpa tok wan (mak anjang). Walaupun ni kali kedua jumpa, ( yang pertama mase die baru 5 bulan), die buat semua orang macam die dah kenal lama. Abang memang friendly ngan semua orang. Budak2 ni curious tok2 wan ni adik2 atok depa. Hahahaha. 

Selepas tu, kami pun bergerak ke bandar Kuala Terengganu utk check in hotel. Kite booked thru Agoda, non-refundable, Hotel Ming Paragon. I rekemen sgt family with kids macam kami ni stay kat hotel ni. Idk, maybe sebab musim covid, harga die quite reasonable. Bilik die best la. Memang berbaloi. Ade 2 katil queen, 2 katil single and 2 bilik air plk tu.

Sampai hotel kami rehat jap. Ingat nak keluar dinner. Tiba-tiba ucu saye call bgtau nak hantar keropok keping kat kami. Bila die sampai hotel, kami pun turun bawah ambik keropok n nak g dinner. Hujan lebat plk. Nampaknye tak dapat la kami nak g melawat draw bridge malam tu. 

Alhamdulillah, area depan hotel ade kedai makan goreng2 ala tomyam tu. Jadi lid je la pegi beli. Memang berbaloi la stay sini. Xyah jauh2 nak g makan. Sebelah hotel pun ade restoran. Tapi ramai orang. Tak berani nak bawa anak2 masuk. Ade juga Secret Recipe dan beberapa restoren lain. Cume mase tu diorg tgh closing. Sedap juga makanan goreng2 kat kedai depan hotel tu. Ade 7eleven juga, jd senang nak topup ice cubes.

27 September 2020

Selepas check out, kami terus bergerak menuju ke Kedai Nasi Dagang Atas Tol. Banyak cawangan kedai nasi dagang ni. Untuk yg gemar nasi dagang, memang wajib datang sini rase. Masa kami sampai dah dekat kul11 pagi, masih ramai pelanggan k. Please wait to be seated. Must visit Nasi Dagang Atas Tol.

Selain nasi dagang, ada juga nasi lemak. Tak ketinggalan, teh beng buih. Makan kenyang2. Ade air sirap free of charge..dah order teh beng buih baru tau ade air free..huhu 
Bila dah lapar, tak sempat2 nak ambik gambar.

Selepas tu, kami ke Pasar Payang, tempat wajib singgah kalau g Kuala Terengganu. Since hari ni hari Ahad, jalan jem depan pasar. Kami tunggu lama nak cari parking. Lastly, kami parking dekat area parking terbuka depan jeti Shah Bandar. Parking charge RM2 per entry. Menapak jugak la. Walaupun covid-19 belum reda, ramai je pengunjung kat Pasar Payang ni. Bersesak2 k. Kami tak bole nak berlama2 sgt, pasal hangat. Tak tahan, ramai sangat orang. Lagi nak heret anak2 ni, kesian kat depa. Kat sini, saye sempat beli sehelai tikar mengkuang. Huhu. Mahal skrg tikar ni. Rare kan. Bukan cm dulu2. Pastu cepat2 kami keluar dari situ. Seriously, xdan nak tgk kain batik ke keropok ke. Sebab too crowded. Lagipun malas nk bazir duit. 

Kemudian kami ke Kg Losong Haji Su untuk membeli keropok lekor rebus n frozen. Saye suke beli keropok lekor kat sini. Must visit Keropok lekor Adik-beradik Dah biase beli sini, kalau kedai ni tutup ,baru beli kat tempat lain. Selepas tu, kami meneruskan perjalanan pulang ke Penang. 

Sempat la singgah solat di masjid di Setiu, berhenti makan di gerai tepi jalan (xpasti nama tempat). Singgah solat jamak qasar maghrib n isyak di surau terakhir sekali, nama kampung xingat, surau tu tepi jalan, depan rumah orang, sebelah kanan, dekat selekoh. (Ade jumpe masjid tepi jalan, tapi xde ruang nk parking, jadi terpaksa teruskan perjalanan sampai jumpe surau tu.) Jalan depan sikit daripada surau,  kami jumpe Caltex sebelah kiri, stesyen minyak terakhir sebelum kami masuk laluan bengkang bengkok tu. (Sebenarnye bila teringat balik, maybe kami bole singgah solat kat Shell dekat simpang Gerik tu kan..)

Idk why every time, kami lalu jalan ni waktu malam, memang saye rase seram la. Memang berdoa je dalam hati ada kenderaan lain bersama kami. Ayat kursi tak putus2 baca. Jalan ni dah la gelap, pastu sempit, jauh plk rasenye tu. Bila nk pergi sana ok lagi sebab gerak dari rumah pagi sampai sana petang. Bila nak balik, gerak tengahari dari Kuala Terengganu, sampai rumah tengah malam. Bit scary. Seriously. Maybe kena spend 1 mlm lg kat Kg Penarik ke Tok Bali ke.. Ehehehehe..

Terima kasih sudi baca blog saya.

Update: 20 Jan 2021 Abang Ammar daftar masuk Penang Free School. Belum masenye lagi die nak berjauhan daripada keluarga.

No comments:

Post a Comment