اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Cuti sekolah pertengahan tahun 2025, kami akan ke Lombok, Provinsi Nusa Tenggara Barat, Indonesia. Lombok ni sebelah Bali je tau.. Naik bot boleh sampai ke Bali. Lombok digelar Pulau 1000 Masjid. Kenapa Lombok? Bukan sebab nak g hiking di Rinjani. Saya tak minat hiking.
Tertarik nak pergi Lombok, bila kak Ika, tukang urut saya yang asal Medan, bercerita tentang Litar F1 Mandalika yang terletak di tebing laut. Dulu heboh dikatakan anak dara Malaysia lari ikut bf balik Lombok. Selebihnya, perasaan ingin tahu tentang tempat baru yang belum pernah saya sampai. Jangan hanya dengar kata orang, kita kena pergi untuk menyaksikan sendiri budaya sesuatu tempat.
Indonesia ada total 38 provinsi, dan Lombok adalah provinsi ketiga kami ke Indonesia selepas Surabaya-Malang 2017 dan Banda Acheh 2023. Baru 3, guys.. Besarnya negara jiran kita ni.
![]() |
| Gambar peta telah diketik di penginapan kami. |





