Wednesday 12 June 2024

DIY Turkiye 2024 Day 9 - Bursa

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Selasa 5 Mac 2024

9.00 a.m. Kami turun sarapan. Sarapan pagi ni biasa2 sj. Cheese. Roti. Nampak macam² ada tapi tak tau yg mana sedap di tekak Melayu ni. Hanya ade telur rebus. Tak boleh nak request scramble or omelet. Kemudian, kami keluar jalan2 sekitar bazar dekat sini. 


Ada Uzun Carsi, Koza Han dan Tarihi Ulu Carsi. Dia bersambung-sambung. Besar kawasan ni. Sy sempat la beli tudung bawal mur2 je. Anak sy kata jangan tak pakai.. Hahaha.. Sebab sy memang dah lama tak pakai tudung bawal. 


Internet sy tak ok pagi ni, jadi tak berapa nak panjang langkah sbb tak de plan spesifik di Bursa, cuma ada rasa nak ke Uludağ. Pagi ni hujan renyai2 sedikit. Kami pun patah balik ke hotel sebab nak guna wifi hotel. 

Sy keluar semula berdua with my doter sebab nak ke kedai d&p perfume yg terletak di seberang jalan, opposite Ulu Camii. Satu ni je kedai D&P area ni. Promoter kat kedai tu taknak serve sy. Bila kita cuba bau perfume² tester tu, dia duk ulang "dokunma, dokunma, dont touch me, dont touch me".. Haha.. Tolong la.. Kalau dia kata dont touch tu takpe lagi, ini dont touch me.. Bila mase la sy sentuh dia.. Sy tau la dokunma tu dont touch.. Dia buat² bz layan customer org dia. Tak ramai customer pun.. Hanya sy dan sorg tu je. Sy pun tak hadap kalau salesgirl camni.. Banyak lagi kedai D&P tempat lain..

Bila kembali semula ke hotel, anak² yg lain tidur plk. Lid pun malas nak keluar, nak solat zohor dan asar dulu. Jadi kami pun rehat sekejap. Jam 2 lebih sy keluar semula dengan anak perempuan, nak ke Carrefour dan beli makanan.

Di Carrefour kami shopping coklat Ulker dan teh Turkiye. Kemudian kami singgah beli lunch di Patila's. Sy tak pergi kedai viral sebab nak cari makan yang ikut bajet kami sj. Di Patila's ramai local. Sy tapau, makan kat hotel. Harga dia ikut portion. Rasa pun ok juga. Janji perut kenyang. 


Lepas makan, kami keluar semula. Sempat singgah beli lokma n baklava di kedai sebaris dgn kedai İskender kebab yg viral tu.. Sy beli takat buat raso² je, kate org. Lokma yg bulat² tu..sebekas 30lira. Bg anak² rase, sbb sy tak minat manis² ni. Baklava tu depa jual ikut timbangan. Sy pun tak sure apa beza baklava² yg dijual tu sbb ada yg rupa sama, size je beza dan ada yg mcm² rupa lagi. Sy pilih baklava yang cutting paling kecik.. kemudian die masukkan dalam kotak tu. Sekali die letak tu dpt 8ketul, sy kate cukup..kotak ni pun yg paling kecik, besar tapak tangan je ni. Lepas timbang, harganya 97lira. 


Kami ke seberang jalan (opposite Ulu Camii), sebab nak ke kedai telco Türk telekom, sederet dengan kedai D&P tadi. Bila masuk kedai, depa pun taknak layan sy. Berdiri la beberapa minit, tunggu utk dilayan. Sy bgtau internet sy problem. Depa nak senang, kate sistem problem je la.. Sy malas nak cakap byk, sy keluar kedai.. Dari pagi tadi internet tak ok, sy tak teringat langsung nak try 2nd simcard.. Tetibe dah ptg, baru teringat. Bile try, tgk² connected.. itu la kan.. rezeki nk sampai juga Uludağ petang ni.

Sy still tanya² orang mcm mana cara nak ke Uludağ. Alhamdulillah jumpa salesman depan kedai tu, die boleh speak English. Die duk promote eyelash treatment ke hapa entah masa tu.. Dia la tolong tanyakan kawan² dia kat mana nak ambil van nak ke Uludağ. Jadi kami pun jalan kaki ikut direction yg die bgtau tadi tu.. Kami sampai di Timurtaşpaşa station. 

Ada makam.


Naik escalator yg tinggi kat belakang tu.. Sampai di atas, jalan ke kanan terus. Kat atas ni, kalau  jalan terus boleh sampai ke Maqam Osman & Orhan Gazi.. Kami dah lawat maqam ni mase first trip dulu. Dr escalator tu jalan sikit saja, nanti kita akan nampak kat seberang jalan, bus stop untuk ke Uludağ.


4.30 p.m. Ada seorang pakcik in charge kat situ dan sorang pakcik yg menunggu dolmuş nak naik ke Uludağ juga. Harga 100lira per pax sehala. Alhamdullilah, masa kami sampai, seorang lagi penumpang pun nak naik juga.. Jadi kami tak menunggu lama di situ. Terus naik dolmuş. Pakcik tu bawa naik ke atas dalam 5 minit perjalanan, kemudian kami kena tukar dolmuş lain. Nama driver kami Yunus amca. (Amca-sebut amja, bermaksud pakcik). Ke kena panggil Yunus Bey? Tapi pakcik tu ok je panggil die amca.  


Perjalanan naik ke Uludağ mengambil masa setengah jam. Melingkar² macam ular. Tapi sebab Yunus amca bawa dolmuş slow & steady, jadi kurang la kesan mengular tu. Tapi ada sorang anak sy muntah, setibanya di atas. 

Tadi on the way, matahari masih bersinar terang.. Sampai di atas terus gloomy. Suhu masa ni 3 °c. Sejuk gigil dah. Tapi takde snow. Sy janji dengan Yunus amca, nanti lepas sejam, ambil kami turun bawah.. Karang kami takde transport nak turun bawah plk. 


Dengar kata, pagi tadi masa hujan kat bawah, kat atas ni turun snow.. Takde rezeki kami la.. Antara Uludağ dan Erciyes, sy prefer Erciyes. Tapi kalau dari segi keindahan alam, Uludağ cantik lagi. 

Dah sejuk tak boleh tahan ni, sy pun wassap Yunus amca kata kami tunggu dia ambil kami kat surau. Tak sampai sejam pun di atas, dah tak tahan nak turun..

Antara pilihan hotel² yang ada di Uludağ.

7.30 p.m. Kami sampai di bawah. Kami jalan kaki saja pulang ke hotel. Malam ni kami makan maggi saja di hotel.. Sambil² tu, sy search jadual feri ke İstanbul untuk perjalanan kami esok pagi. 




 





No comments:

Post a Comment