Privacy Policy

Monday, 26 January 2026

Cuti-cuti Ho Chi Minh Day 4

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sabtu 27 Disember 2025

Hari ni kami nak city tour lagi, cuma takda spesifik nak singgah mana. Sebelum keluar tu, saya search location Pho' Muslim yang kami jumpa kat video youtube @arinabhr. Dalam video, dia tak mention lokasi Pho' Muslim tersebut, so kami guna bantuan google lens untuk search lokasi. 

Kami keluar dari hotel dlm pukul 10 pagi. Pho' muslim yang kami nak pergi tu terletak lebih kurang 2.3 km dari hotel. Kami berjalan kaki menyusuri Ben Thanh Market. Pagi ni sangat cerah. Ramai orang bergambar di dataran depan Ben Thanh Market. Selepas bergambar, kami meneruskan perjalanan. Menurut google map, kami perlu berjalan lebih kurang setengah jam. 

Semasa melalui deretan kedai-kedai, dalam perjalanan kami terjumpa kedai Miniso. Sambil jalan, sempat la jugak shopping di Miniso. Lid dah bising² sebab takut kedai Pho' Muslim yang kami nak pergi tu tutup. Info dari google map kata kedai tutup kul 12 tengahari.

 

Tuesday, 6 January 2026

Cuti-cuti Ho Chi Minh Day 3

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Jumaat 26 Disember 2025

Hari ni kami nak city tour. 

9.25 pagi kami keluar dari hotel. Jalan² kami hari ni berpandukan Google map je. Tempat pertama yang kami  tuju ialah Saigon Central post office. Kami jalan kaki sahaja dari hotel. Semasa berjalan tu, kami nampak bahagian belakang Independence Palace. 

Ada pengantin ambil gambar kat dalam.

Kalau nak pusing satu round ke bahagian entrance terasa jauh pula, and tak termasuk dalam list nak pergi, jadi kita teruskan perjalanan saja lah. 

Saturday, 27 December 2025

Cuti-cuti Ho Chi Minh Day 2

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Khamis 25 Disember 2025

Subuh di sini 4.53 a.m.

6.30 a.m. Kami keluar dari hotel untuk bersarapan di Malaysia Street. Hari ni kami join tour ke Bandar My Tho dan Sg Mekong dengan Amin Travel & Tour. Amin yang suggest kami bersarapan terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan hari ini. Kami tengok ramai orang Malaysia bersarapan di Restoran Osman. Kami pun masuklah kedai tu. Tapi rupa²nya restoran tu dah ditempah lebih awal oleh TA yang bawa depa. Jadi kami pun bersarapan di Halal Amin Pho' Muslim. Cukup sekali makan di sini.


Thursday, 25 December 2025

Cuti-cuti Ho Chi Minh Day 1

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

24 Disember 2025

9.30 a.m. Kami keluar dari rumah. Singgah beli nasi lemak dan roti, untuk bekalan. Kemudian, singgah farmasi pula beli ubat² tan. Drop Lid dan anak² airport, hantar kereta balik rumah, naik Grab ke airport balik. 

10.15 a.m. Kami timbang 2 baggage di mesin penimbang. Lebih 3kg daripada yang saya beli 20kg je..Huhu.. Saya rasa tak banyak pun baju yang kami bawa utk trip 5 hari 4 malam ni. Saya check online, kalau nak tambah ke byr Rm 60. Tapi saya tak tambah..try luck je kejap lagi kot depa lepaskan je..

Persediaan Bercuti Ke Ho Chi Minh City

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Cuti sekolah akhir tahun 2025, kami akan ke Ho Chi Minh City, Vietnam. Kenapa Ho Chi Minh City? Selama 3 tahun berturut-turut, pada tarikh yang hampir sama, minggu akhir Disember setiap tahun, kami akan ke Hatyai, Thailand. Cuma pada 2024, kami lajak ke Krabi, Thailand. Jadi tahun 2025 ni, saya plan kami ke tempat lain pula. Sebab saya cari flight direct from Penang, jadi pilihan saya kali ni ialah Ho Chi Minh City, Vietnam. Pertama kali bagi kami sekeluarga. Plan saya nak beli beg sekolah untuk anak-anak dan baju raya 2026.

Chatgpt buatkan utk saya.