اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad 28 Disember 2025
Hari ni hari terakhir kami di Ho Chi Minh. Flight kami hari ni jam 1.35 p.m. Jadi kami perlu bersiap awal, cari sarapan dulu supaya tak lapar sangat dalam flight nanti.
7.45 a.m. Kami keluar dari hotel, berjalan kaki lagi untuk bersarapan di Pho' Muslim di hadapan Masjid Al-Rahim. Pagi2 ni tak ramai orang lagi, jalan pun lengang. Perjalanan kami mengambil masa dalam 20 minit.
Pho' kat sini rasanya biasa² je tapi yang specialnye kat sini ada gulai daging, boleh cicah dengan roti. Pastu dia ada air soya pandan. Sedap.
