اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtu 27 Disember 2025
Hari ni kami nak city tour lagi, cuma takda spesifik nak singgah mana. Sebelum keluar tu, saya search location Pho' Muslim yang kami jumpa kat video youtube @arinabhr. Dalam video, dia tak mention lokasi Pho' Muslim tersebut, so kami guna bantuan google lens untuk search lokasi.
Kami keluar dari hotel dlm pukul 10 pagi. Pho' muslim yang kami nak pergi tu terletak lebih kurang 2.3 km dari hotel. Kami berjalan kaki menyusuri Ben Thanh Market. Pagi ni sangat cerah. Ramai orang bergambar di dataran depan Ben Thanh Market. Selepas bergambar, kami meneruskan perjalanan. Menurut google map, kami perlu berjalan lebih kurang setengah jam.
Semasa melalui deretan kedai-kedai, dalam perjalanan kami terjumpa kedai Miniso. Sambil jalan, sempat la jugak shopping di Miniso. Lid dah bising² sebab takut kedai Pho' Muslim yang kami nak pergi tu tutup. Info dari google map kata kedai tutup kul 12 tengahari.

