Privacy Policy

Friday, 11 July 2025

Cuti-cuti Lombok Part 3

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Selasa 3 Jun 2025

Untuk trip ke Lombok ni, saya pack agak banyak pakaian, kononnya takut tak jumpa kedai dobi layan diri macam di tempat kita. Oleh kerana day trip to Gili Islands semalam, saya terpaksa juga cari kedai dobi untuk cuci pakaian basah. Alhamdulillah, tak jauh dari hotel kami ada satu kedai dobi, tapi bukanlah jenis layan diri. Saya with my doter jalan kaki saja ke Berkah Express Laundry. Timbang baju 5.5 kg. Cas cuci 40ribu, cas courier ke hotel 10ribu. Alhamdulillah.

9.03 a.m. Gery tiba di hotel. Tadi 8.35 di ws, katanya telat sedikit. Harini kami akan ke Air terjun Benang Kelambu yang terletak di Lombok Tengah. On the way ke sana, kami minta Gery berhenti tepi jalan, nak beli roti. Saya beli kue pukis. Pengusaha kedai anak-anak muda. Pagi² sudah mula jualan.

Coklat keju tu sedap.