اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad 29 Disember 2024
Sebenarnya saya tersilap tarikh. Rupa-rupanya esok 30 & 31 hb Disember bukan cuti sekolah. Jadinya, hari ni kena balik Penang cepat² sebab kena hantar anak² balik asrama. Tapi, asrama tu tak lari ke mana kan..hehe..
9.00 a.m. Kami dah ronda² Kim Yong market. Beli jagung rebus (murah). Kat sini pun ada jagung mutiara mcm kat Cameron Highland. Kemudian saya beli stok ikan masin. Jalan² jap, cuci mata. Kali ni saya tak beli dah kacang² gajus semua tu. Serik.