اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Last umrah DIY Februari 2019. Boleh baca di sini.
Setelah hampir 6 tahun setengah, perasaan saya sangat membuak-buak nak buat umrah lagi. Rindu dengan haramain, rindu nak tengok kaabah depan mata. Dulu kos umrah DIY kami dalam RM7310 per pax, untuk 17hari 15malam, tak termasuk duit belanja. Kos termasuk flight, hotel, ground transport, visa dan insurans.
InsyaAllah bulan September akan datang, saya nak pergi Umrah kali ketiga, cuma kali ini pergi bersama adik saya. Kami berdua Umrah DIY juga. Di sini, saya kongsikan pengalaman saya merancang perjalanan umrah kami nanti.
Flight booking
15 Oct 2024 Saya book flight (kemain awal), 11 bulan sebelum pergi. Kali ni saya memang teringin sangat nak naik Saudi Airline. Walaupun book awal, tapi tak dapat harga murah pun. Dapat harga RM35++ per pax. Biasa-biasa je. Baggage allowance 23kg shj. Memang aim nak naik direct flight Kul-Jeddah-Madinah-Kul. Tarikh plan asal 14-26 Sept 2025.
11 Dec 2025 Saya book flight MAS Pen-Kul-Pen tarikh 13-27 Sept 2025.
5 Jan 2025 SaudiA retime flight Med - Kul.
5 Jan 2025 SaudiA retime flight Med - Kul.
10 April 2025 Saya ke kaunter MAS di Penang International Airport sebab nak reschedule flight balik Kul-Penang, sebab SaudiA reschedule haritu. Then, to find out MAS pun reschedule tapi tak email pun kat saya. ok, dapat free reschedule. Tapi flight Pen-Kul tu terlalu awal, while flight balik will be the last flight on that date.
11 September 2025 Saya bawa luggage ke airport untuk timbang berat, nohhh dekat 15kg. Sy beli 10kg je, huhu.. Sebelum kite kena bayar unreasonable charge masa check in kat kaunter, better kite add on siap2 5kg.
Hotel Booking
19 November 2024 Saya booking hotel Tulip Inn Al Dar Rawafid, Madinah 7mlm, bilik berdua, breakfast included thru Booking.com. Hotel ni kena book awal-awal, tidak sold out.
19 Mei 2025 Saya book Makarem Ajyad Hotel, Mekah 4mlm without breakfast and no free cancellation, booked thru Agoda. To date, hotel belum potong lagi bayaran drpd kad saya. Risau jugak, takut sampai bilik not available. Sekarang ni, selepas Covid-19 semua harga hotel mahal-mahal. Kalau nak murah, kena pilih hotel yang jauh sikit, nanti kena naik shuttle bas atau teksi pula untuk ke Masjidilharam. Saya kalau boleh nak hotel yang walking distance saja. Masing-masing punya preference la kan.. Ada 3 malam lagi belum book hotel nya, saya ingat nak walk-in je cari bila dah tiba di sana nanti.
Kursus Umrah
Saya join 3 kursus umrah percuma (fizikal), 2 di Penang, 1 di Shah Alam.
- 19 Julai 2025 anjuran Tiram travel cawangan Seberang Jaya bertempat di Masjid Timah, Permatang Pauh.
- 10 Ogos 2025 anjuran Insaff travel Cawangan Bertam bertempat di Masjid Al-Mustaghfirin, Bayan Lepas.
- 23 Ogos 2025 anjuran Tabung Haji Travel bertempat Surau Seksyen 2, Shah Alam.
Ubat tahan period
11 Ogos 2025 Saya pergi klinik untuk dapatkan nasihat doc tentang cara makan ubat tahan period. Oleh kerana period saya datang regularly setiap bulan, dan jadual datangnya period tu pada bulan 9 jatuh sekitar 12-13 Sept, hari mula InsyaAllah saya akan berangkat Umrah, jadi saya merasakan perlu ambil ubat. Sebab umrah kali ini, pertama kali saya akan masuk Mekah dahulu.
Doctor bagi 2 jenis ubat:
- Ubat perancang (Diane 35 (M)) yang perlu di makan setiap hari mulai tarikh period bulan 8 (15hb Ogos) sehingga 42 hari akan datang, maknanya dua bulan period sepatutnya tak datang. Doc bagi 2 kotak, sekotak ada 21 biji. Makan non stop setiap hari selama 42 hari. Saya dah mula makan pada 14 Ogos. Pada hari ke 43, haid akan dijangka turun iaitu pada dua hari terakhir sebelum saya pulang dari Madinah. Ubat ni perlu dimakan sebiji shj pada waktu yang sama setiap hari.Contoh, kalau kita mula makan pada pukul 9 malam waktu Malaysia, nanti bila sampai di Arab Saudi, kena makan ikut waktu Malaysia juga. 9 malam waktu Malaysia = 4 petang waktu Arab Saudi. Nama-nama ubat perancang ni ada banyak.
- Ubat berhenti period (Transamin 250g (M)). Sekiranya setelah makan ubat perancang, period datang juga, perlu ambil ubat berhenti period supaya haid berhenti.
Ini sekadar ikhtiyar saya. Semoga Allah permudahkan saya untuk beribadah selama saya di haramain nanti. Aminn.
Travel takaful
14 Ogos 2025 Saya beli Etiqa tripcare 360 takaful dan Alkhairi Care secara online. Etiqa ni untuk perlindungan perjalanan manakala Alkhairi Care untuk dapatkan cashless treatment di klinik panel di Mekah dan Madinah. Ubat-ubatan di sana kosnya mahal. Kita juga perlu bawa siap-siap bekalan ubat yang biasa kita ambil bila tak sihat, sebagai persediaan.
Visa tourist
27 Ogos 2025 Saya apply visa tourist thru online https://visa.visitsaudi.com/ . Alasan saya menggunakan visa tourist kerana harganya lebih murah daripada visa umrah, boleh buat permohonan sendiri, dan sebab boleh guna.. hehe.. Harga visa termasuk insurans SAR 402.21. Bayar guna Wise, kena tolak dalam RM 457. Visa tourist ni multiple entry, maximum 90 days. If anyone need help with your tourist visa application, please don't hesitate to contact me.
28 Ogos 2025 Saya apply visa tourist on behalf of my sister, same website, same price tapi saya saja bayar guna Maybank debit card, kena tolak dalam RM465. Huhuhu.. menyesal bangat. rugi RM8.
Kalau uolls nak buka account and apply kad Wise boleh guna referal link saya ni.
Nusuk Apps
29 Ogos 2025 Selepas dah dapat visa, baru boleh install Nusuk kat phone. Apps ni perlukan nombor Visa tu. Melalui Nusuk, kita dah boleh apply umrah permit dan Raudah entrance permit. Walaupun sekarang umrah permit ni katanya dah tak checked, tapi still ada pop-up dalam HHR Train apps untuk remind pengguna untuk apply umrah permit di Nusuk apps.
Penukaran matawang
1 September 2025 Saya tukar duit SAR1000 = RM1137 di money changer, beza RM10 saja drpd live rate masa ni RM1127.
HHR Train
2 Sept 2025 Saya beli tiket train from Makkah to Madinah, tiket ekonomi dengan harga SAR172.50, tiada diskaun masa ni. Dah survey dua bulan sebelum, harga sama ja. Sebelum harga naik and tiket sold out, better saya grab ja harga tu.
12 Sept 2025 Plan asal saya dr Jeddah airport to Makkah saya nak naik Makkah Bus je..bila saya riki², bas itu akan drop passenger di Jarwal bus station, dari situ kena ambil taxi pula di jalan besar utk ke hotel. Someone suggest me, it's better to take train to Makkah n then take taxi to hotel rather than to take bus. Situasinya kedengaran tak berapa sesuai untuk perempuan naik teksi berdua, dengan sikap driver² teksi di situ..Jadi sy decide kami naik train je lah. Saya pun beli tiket train Jeddah airport to Makkah dengan harga SAR69 (no discount).
Dua minggu sebelum bertolak, saya dah mula kemas beg. Insyallah, saya hanya bawa 1 luggage 26 inci dan 1 backpack.
Ni antara barang² yang saya packing:
- Jubah hitam 3
- Jubah putih umrah 1
- Pakaian tidur 2
- Telekung 3 (kain tak perlu bawa)
- Jubah seluar 2
- Stokin, hand socks
Saya bawa juga sedikit makanan ready-to-eat, sambal bilis, maggi. Jangan lupa ubat² yang biasa kita ambil bila tak sihat, panadol, ubat batuk, selsema, sakit tekak..
Kali ni Lid jaga anak². Terima kasih Lid sebab izinkan g umrah berdua je ngan adik saya, terima kasih sebab tolong jaga anak² untuk 2 minggu akan datang ni. Semoga Allah permudahkan perjalanan umrah saya kali ini..Amin..

No comments:
Post a Comment