اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis 5 Jun 2025
Hari terakhir kami di Lombok. Oleh kerana flight kami petang nanti, jadi kami masih ada masa untuk makan-makan dulu. Subuh-subuh siap² kemas beg dulu. Kemudian anak-anak akan mandi seorang pas seorang. Maklumlah kami anak ramai. Jadi kalau nak bergerak awal pagi, memang kena bangkit awal.
Kami sempat bergambar di taman depan pintu chalet kami. Kemudian letak semua beg di sebelah kaunter reception.
9.30 pagi kami berjalan kaki mencari kedai Kopi Kota Kita, yang terletak bertentangan dengan Taman Budaya Provinsi Nusa Tenggara Barat. Bila kami tiba, kami dapati kedai tersebut tutup.
![]() |
| ketupat dia besar2.. |
Alhamdulillah, di hadapan Taman Budaya itu ada penjaja yang menjual juadah untuk hari raya Aidiladha yang akan disambut mereka pada esok hari. Ada macam-macam juadah yang dijual, lontong pun ada. Kami tak lepaskan peluang merasa ketupat bersama opor ayam. Ada opor telur dan opor sayur juga.
Kami makan dua portion setiap seorang kerana rasanya yang sangat enak. Lid mencuba plecing kangkung khas Lombok. Kami minum es jeruk (jus limau mandarin).
![]() |
| Bawa kambing 2 ekor dengan motor je.. |
![]() |
| Fish fillet |
![]() |
| Ketupat |
![]() |
| Belut |
![]() |
Kami mencari tandas tapi tak jumpa. Saya masuk satu kedai aneka, minta tumpang tandas. Pekedai lelaki berbangsa Cina. Katanya pernah ke Penang untuk buat rawatan di hospital swasta. Jauh dia berubat.
![]() |
| Tengah tunggu grab. |
Kemudian saya cari grab untuk ke Gandrung Sasak, tempat jual souvenir. Driver grab kata nak tunggu plk kami untuk ke destinasi seterusnya. Saya tolak dengan baik. Saya cuma bayar dia untuk perjalanan dari Pasar Sayang-sayang ke Gandrung Sasak.
Sebentar saja kami di Gandrung Sasak, saya hanya membeli beberapa paket keychain dan 1 fridge magnet. Sebenarnya tak banyak pilihan tapi harganya berbaloi juga..untuk anak² bagi souvenir kat kawan² depa.
Kami naik Grab lagi untuk ke kedai Ayam Bakar Berkah Djoyo untuk makan tengahari. Betul. Kami suka makan kat sini.
![]() |
| Jalan masuk menuju hotel. |
Selepas makan, kami berjalan kaki sahaja pulang ke hotel. Kami berehat2 di lobi sahaja sambil menunggu waktu Zohor. Kemudian, Lid bawa anak2 lelaki bersolat di Masjid Al-Muhajir. Saya dan anak perempuan pula bersolat di surau hotel.
Lid cuba menghubungi pemandu Grab semalam tetapi tidak berjawap. Kami menunggu sehingga jam 2.30 petang.
3 p.m. Saya book Grab lain untuk ke airport. Perjalanan mengambil masa 45 minit sahaja.
Semoga suatu masa dapat kembali ke Lombok lagi.. Bagi saya penduduk Lombok sangat peramah, tak kira lelaki atau perempuan. Kalau lelaki Lombok, kebanyakkan yang kami jumpa pernah bekerja di ladang sawit di Malaysia. Kalau yang perempuan, ingat Malaysia, ingat Upin Ipin. Sampai ada yang tanya, bila saya kata saya tinggal di Penang, Penang ni dekat tak sama kampung Durian Runtuh (kampung Upin Ipin)? Hahahaha.. I am speechless ..
Saya sempat beli fridge magnet cantik di airport. Harga pun ok.
4.30 p.m. Kami drop baggage di kaunter AA. Cukup² 25kg. Jika lain kali kami ke sini lagi, saya kena beli at least 35kg baggage untuk pulang. Haha.. Boarding pass tak perlu print out pun.
Dalam depature hall ada playground, sama seperti di airport Banda Acheh.
Flight take off jam 6.47 petang. Kalau di Lombok udah lepas maghrib. Sama seperti waktu berangkat kelmarin, saya tidak buat tempahan makanan di dalam flight.
Tapi ada budak berdua yang duduk belakang seat saya ni sibuk cakap boleh beli on the spot. Walaupun saya dah ingatkan, nanti kita sampai KL kita pergi makan. Alhamdulillah, ada seorang brother yang duduk sebelah depa sudi belanja depa makan Nasi Lemak Pak Naser. Terima kasih orang baik. Kami yang lain pejam mata ja melayan kantuk. Kami selamat mendarat di KLIA2 jam 9.34 malam.
Saya dan anak sulung menaiki tren ke stesen ERL Salak Tinggi untuk mengambil kereta. Cas parking dikira per day dari tarikh masuk, even korang masuk parking 11.59 malam, dia tetap cas RM12 untuk hari tu. Jadi total parking sy bayar sebanyak RM72.
![]() |
Berakhirlah sudah trip Lombok 2025 kami. 7 Jun 2025 Hari raya Aidiladha, kami beraya di Selangor.


















No comments:
Post a Comment