Privacy Policy

Wednesday, 26 November 2025

Perjalanan dari Mekah ke Madinah - Ziarah dalam Madinah

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ahad 21 September 2025

Hari ni hari terakhir saya di Mekah untuk umrah kali ini. Plan malam ni nak qiamullail. Jam 1.40 pagi saya keluar dari hotel, tawaf sunat dan iktikaf sampai subuh. Sy cari port solat kat kawasan yang setentang/belakang Hijr Ismail. Hanya nak pesan pada diri sendiri juga, sabarlah banyak² dengan dugaan di Haramain ni..


Selesai solat subuh, saya baca surah Al-waqiah sementara menunggu masa nak keluar dari masjid, agar reda sikit kesesakkan jemaah. Kemudian saya pusing di mataf depan kaabah mencari jalan keluar. Selama 7 hari di Masjidilharam, Alhamdulillah pagi ni saya ternampak tiang pink ni..kalau tak silap saya dekat Umrah Gate. 

Friday, 21 November 2025

Umrah DIY September 2025 Day 7 Ke Tana'im

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sabtu 20 September 2025

Pemandangan waktu sebelum subuh
menuju ke masjid.

4.00 pagi saya turun dari hotel. 8 minit berjalan saya sampai di Pintu 1 King Abdul Aziz. Pagi ini saya solat subuh di mataf bawah tapi tak nampak Kaabah la. Ruang tersorok. Cuma nak dapat ruang tu agak sulit sedikit. Guard tu suruh jemaah penuhkan ruang yang sebelah kiri dulu.. Makna kata kalau kita datang lambat, kita akan dapat ruang yang lebih baik drpd orang yang datang awal..dah penuh bahagian kiri, baru depa open ruang yang kanan..geram plk hati kite. Kita datang awal nak cari ruang yang best, tapi terpaksa pula menyelit-nyelit cari ruang. 

Selepas solat, saya keluar ikut pintu 79 King Fahd. Saya balik terus ke hotel sebab pagi ni plan nak buat umrah ketiga. Jadi jam 7.55 pagi selepas bersiap-siap dah wuduk semua, saya tahan teksi ujrah depan hotel je untuk ke Masjid Tanaim. Mula-mula driver teksi tu nak SAR70. Saya kata fifty go, solat and back. Deal. Kami pergi berdua untuk niat umrah.