Privacy Policy

Wednesday, 17 September 2025

Pengalaman terbang dengan Saudia Airlines

بسم الله الرحمن الرحيم
 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ini ialah pengalaman pertama saya menunaikan umrah menaiki Saudia Airlines. With Saudia Airlines, passenger can start online check in within 48hours before fly.

Sabtu 13 September 2025

Dari Penang ke KLIA saya naik MAS. Sama seperti Saudia, online check in open 48 hours until 1 hour before fly. Dalam 1p.m. saya dah sampai di airport untuk drop baggage. Beratur panjang..Sejam baru selesai. 

Lepas tu, keluar semula dr airport, solat zohor di Masjid Sg Tiram dengan Lid n anak². Kemudian mereka drop off saya di airport semula dlm 2.30p.m. terus masuk domestic departure hall. Flight Alhamdulillah on time. Take off kul 4 gitu, landing KLIA 4.53p.m. Oleh kerana kepadatan trafik, flight ambik masa lebih 20minit nak park. Lepas turun flight, kena collect baggage. Baggage pun kena tunggu 20minit. Makna kata kalau ada connecting flight yg kena recheck-in baggage, 2jam jarak masa tu memang risiko tinggi, takut terlepas next flight. 


5.45p.m. Saya ke surau di Arrival Hall untuk solat Asar, seterusnya menunggu untuk Maghrib dan Isyak sekali. Alhamdulillah, surau selesa. 10p.m. adik saya sampai di KLIA. Kami makan makanan yang dibawanya. Turut menghantar ke airport ialah adik saya yang ke4 bersama isteri dan anak²nya dan kawan² adik saya.


11.30 Kaunter daftar masuk dibuka untuk drop baggage. Ramai ummat sebab musim cuti sekolah dah mula.. Beratur panjang sangat.. 2 line, satu utk yg dah web check-in, satu lagi untuk yang counter check-in. Bila saya tanya staf yang jaga line tu, katanya lambat sebab nak check passport dan visa. 


14 September 2025

12.45 Kami sudah siap scan passport utk ke boarding gate. Jam 2 pagi boarding. Saya dapat window seat 31A, kalau dari pintu masuk flight tu saya ke ruang kanan (hadapan), depan ruang ekonomi saya duduk ni ialah ruang bisness class. 2.48 take off. 



Delay dalam setengah jam dari jadual asal..Kami diberi bantal, selimut, earphone dan set berus gigi, stokin dan earplug. 

Satu jam kemudian kami dihidangkan dengan first meal, curry puff dengan jus je. For a kind of premium airline, saya expect more than this. 


Tapi, maybe they are just being rational, pukul 3.45 pagi, masa tidur, most passengers may prefer sleep to eat. 

Second meal jam 8.30 pagi (waktu Malaysia), waktu yang sesuai sarapan. Ada pilihan french toast n chicken rice. Kite ni kalau tekak Melayu, pilih je la chicken rice tu. Die kata chicken rice, tapi yang sebenar kami dapat nasi lemak dgn rendang ayam. Rasa not bad.
 
French toast


Untuk trip umrah saya kali ni, saya akan masuk Mekah dulu. Ada announcement 2kali bila flight semakin menghampiri miqat. Di screen pun kita boleh lihat sendiri berapa jam to miqat. Jadi kita sendiri kena get ready, untuk niat di miqat dari atas flight, jika plan nak masuk Mekah dulu untuk buat umrah. Jemaah lelaki kena siap² pakai pakaian ihram sebelum naik flight, sebab nak tukar di tandas agak sempit. Sebab niat umrah di miqat ialah syarat wajib umrah, kalau tak, nanti kena bayar dam. Kalau nak ziarah Madinah dulu, should be no problem. 

Saya tanya flight attendance, bila waktu subuh. Dia kata boleh solat bila tiba di airport Jeddah, sebab still dark. Saya expect, kita bole solat di ruang musolla yang depa sepatutnya sediakan tu. Pengalaman pertama ini pada saya biasa² aje. 

5.45 a.m. Selamat landing di King Jeddah International Airport. Kaunter imi banyak dibuka, jadi proses tu selesai dengan cepat. 


Kami terus keluar, collect baggage dan ambil gambar kat akuarium besar tu. Selepas tu terus ke tandas, tukar baju, dan ke surau untuk solat subuh. 

No comments:

Post a Comment