Privacy Policy

Showing posts with label Saudia Airline. Show all posts
Showing posts with label Saudia Airline. Show all posts

Wednesday, 17 September 2025

Pengalaman terbang dengan Saudia Airlines

بسم الله الرحمن الرحيم
 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ini ialah pengalaman pertama saya menunaikan umrah menaiki Saudia Airlines. With Saudia Airlines, passenger can start online check in within 48hours before fly.

Sabtu 13 September 2025

Dari Penang ke KLIA saya naik MAS. Sama seperti Saudia, online check in open 48 hours until 1 hour before fly. Dalam 1p.m. saya dah sampai di airport untuk drop baggage. Beratur panjang..Sejam baru selesai. 

Lepas tu, keluar semula dr airport, solat zohor di Masjid Sg Tiram dengan Lid n anak². Kemudian mereka drop off saya di airport semula dlm 2.30p.m. terus masuk domestic departure hall. Flight Alhamdulillah on time. Take off kul 4 gitu, landing KLIA 4.53p.m. Oleh kerana kepadatan trafik, flight ambik masa lebih 20minit nak park. Lepas turun flight, kena collect baggage. Baggage pun kena tunggu 20minit. Makna kata kalau ada connecting flight yg kena recheck-in baggage, 2jam jarak masa tu memang risiko tinggi, takut terlepas next flight. 

Saturday, 13 September 2025

Persediaan Umrah DIY September 2025

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Last umrah DIY Februari 2019. Boleh baca di sini. 

Setelah hampir 6 tahun setengah, perasaan saya sangat membuak-buak nak buat umrah lagi. Rindu dengan haramain, rindu nak tengok kaabah depan mata. Dulu kos umrah DIY kami dalam RM7310 per pax, untuk 17hari 15malam, tak termasuk duit belanja. Kos termasuk flight, hotel, ground transport, visa dan insurans. 

InsyaAllah bulan September akan datang, saya nak pergi Umrah kali ketiga, cuma kali ini pergi bersama adik saya. Kami berdua Umrah DIY juga. Di sini, saya kongsikan pengalaman saya merancang perjalanan umrah kami nanti.

Flight booking

15 Oct 2024 Saya book flight (kemain awal), 11 bulan sebelum pergi. Kali ni saya memang teringin sangat nak naik Saudi Airline. Walaupun book awal, tapi tak dapat harga murah pun. Dapat harga RM35++ per pax. Biasa-biasa je. Baggage allowance 23kg shj. Memang aim nak naik direct flight Kul-Jeddah-Madinah-Kul. Tarikh plan asal 14-26 Sept 2025.

11 Dec 2025 Saya book flight MAS Pen-Kul-Pen tarikh 13-27 Sept 2025.

5 Jan 2025 SaudiA retime flight Med - Kul.

10 April 2025 Saya ke kaunter MAS di Penang International Airport sebab nak reschedule flight balik Kul-Penang, sebab SaudiA reschedule haritu. Then, to find out MAS pun reschedule tapi tak email pun kat saya. ok, dapat free reschedule. Tapi flight Pen-Kul tu terlalu awal, while flight balik will be the last flight on that date.