Privacy Policy

Monday, 21 September 2026

Cuti-cuti Maldives Day 1

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Persediaan ke Maldives.

Trip ke Maldives ni untuk meraikan anak sulung saya, Abg yg ambil SPM 2025. Results Abg dapat, diluar jangkaan saya sebagai ummi. Untuk anak yg lahir 2008 a.k.a batch08, SPM satu-satunya exam besar bg depa. Pada 2020, Covid-19 outbreak, mereka baru berumur 12 tahun, UPSR dan PT3 telah dimansuhkan. 

Untuk batch08, masa persediaan untuk SPM 2025 sangat suntuk kerana SPM berlangsung pada bulan Nov-Dis 2025, berbanding batch² tahun sebelumnya (tahun pasca Covid-19). 

Saya tak meletakkan expectation tinggi  terhadap Abg, knowing that setiap anak berbeza keupayaan, kepandaian, kelebihan. Kalau tengok results trial SPM Abg, ada subjek yang dapat G. Saya hanya mampu bantu dia dengan dorongan dan semangat supaya terus berusaha, jangan mudah putus asa. Saya pernah cakap kat Abg, cuba usaha bagi dapat paling teruk pun gred C je, Abg.. Jangan dapat bawah dari C. Saya pun tak putus berdoa di setiap bisikan. Hanya Allah yang tahu. 

Selasa 31 Mac 2026

Results SPM 2025 diumumkan. Pada mulanya, Abg takut nak pergi ambil results di sekolah. Saya pun takut sebenarnya tapi apapun results yang Abg dapat, saya redha je. Kami dah berusaha, berdoa, sekarang tawakkal je. InsyaAllah, yang itulah terbaik menurut kehendak Allah. 

9.45 pagi. Hati Abg berbolak-balik, sekejap nak pergi sekolah, sekejap taknak pergi. Saya dah apply time off from office ni ha, nak bawa dia ambil result di sekolah. Kena pergi jugak.

Jalan Masjid Negeri.

Saturday, 18 July 2026

Trip Hat Yai & Selatan Thai 2026-Day 6 & 7 Yala - Betong

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ahad 31 Mei 2026

Pagi ni kami sarapan roti dengan telur hancur je kat bilik. Telur tu yang beli di 7E dekat Lee Garden  5 hari lepas. 


9.40 pagi. Kami checkout dari hotel. Tempat pertama yang dituju ialah Train Street Market. Saya park kereta dekat dengan Yala train station. Dekat sini byk kedai hangpa boleh shopping murah². 😂

Friday, 10 July 2026

Trip Hat Yai & Selatan Thai 2026-Day 5 Pattani - Narathiwat - Yala

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sabtu 30 Mei 2026

Pagi ni kami gerak awal. Sarapan roti ja kat bilik. Turun ambil air panas, hotel ada sediakan minuman milo and kopi 3-in-1. Roti and biskut pun ada, tapi tak sempat ambik, dah habis.

7.50 pagi kami dah check-out dari hotel. Depa tak check bilik, percaya katanya. 

8.10 pagi kami dah sampai di Municipal Market Pattani. Kata orang, wajib singgah sini bila sampai Pattani. Macam² ada. Harga pun murah². 


Ayam mentah letak camtu je.

Tuesday, 16 June 2026

Trip Hat Yai & Selatan Thai 2026-Day 4 Songkhla to Pattani

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Jumaat 29 Mei 2026

9.15 pagi. Pagi ni kami tak ada proper breakfast, makan roti je untuk alas perut. Masa nak check out, staf hotel masuk check bilik. Lid tanya kat reception, depa check apa sebenarnya. Rupanya depa nak pastikan tuala cukup dan remote control masih ada dalam bilik. Kalau semua lengkap, bolehlah terus check out. 😄

Kami terus keluar dari Phatthalung, menuju ke Songkhla. Saya plan nak solat Jumaat di Central Mosque of Songkhla. 


11.05 pagi. Kami tiba di masjid tersebut agak awal. Masih lama lagi sebelum waktu Solat Jumaat, jadi kami cuba mencari tempat makan berdekatan masjid. Malangnya, kebanyakan kedai masih belum beroperasi. Ada sebuah kedai di belakang masjid, tetapi menunya kelihatan kurang menarik untuk kami singgah. Sementara menunggu waktu berlalu, kami mengambil peluang untuk bergambar di hadapan masjid.

Wednesday, 10 June 2026

Trip Hat Yai & Selatan Thai 2026-Day 3 Phatthalung

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hajat di hati, bila sampai hotel di Hat Yai, nak minta extend stay 1 malam lagi dengan host. Tapi tak dapat, sebab host kata bilik tu dah ada orang book. Saye malas nak cari hotel lain, jadi kami teruskan perjalanan hari ke 3 menuju ke Phattalung. Walaupun bukan destinasi utama pelancong, Phatthalung kerap menjadi lokasi persinggahan bagi mereka yang dalam perjalanan ke Bangkok.

Khamis 28 Mei 2026

Salam Aidiladha dari Hat Yai. 

Pagi ni saya siap² gosokkan kurta untuk Lid and the boys yang nak pergi solat sunat Hari Raya. 

6.50 pagi Hantar mereka ke masjid Majmuk. Kemudian saya kembali semula ke hotel. (ABC)


Sampai hotel, sambung kemas² sebab nak kena checkout before jam 11 pagi/12 pm waktu Msia. 

Pukul 8.20 saya dah kembali semula ke masjid. Jarak hotel ke masjid dalam 15 minit. Mula tu terpikir jugak, nape la tak suruh je depa balik hotel naik tuktuk. Rupa²nya ada rencana Allah yang kita tak tau.