Privacy Policy

Showing posts with label solat Jumaat. Show all posts
Showing posts with label solat Jumaat. Show all posts

Sunday, 21 September 2025

Solat Jumaat di Masjidil Haram 2025

بسم الله الرحمن الرحيم اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Jumaat 19 September 2025 Day 6

Saya turun dari hotel jam 9.30 pagi. Menurut saya, masih awal tapi jalan ke WC 6, jalan tepi hotel Dar At Tauhid, jalan depan Hyatt Regency hotel semua terhalang. Askar dah tutup jalan. Kami jalan terus sampai depan Hilton hotel, baru askar buka sikit ruang untuk jemaah lelaki yang berihram untuk lalu ke dataran..yang tak berihram, kena teruskan jalan masuk ke ruang new expansion. 


Alhamdulillah, jemaah wanita tak dihalang untuk ke dataran masjid. Saya menuju ke pintu 84 untuk ke mataf tingkat 1. Jarak dari hotel 15 minit sebab kena jalan jauh sikit. 

Saturday, 16 February 2019

Solat Jumaat di Masjidil Haram 2019

بسم الله الرحمن الرحيم

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى ال محمد

Khamis, 14 Februari 2019
Hari ini kami tidak berziarah ke mana2. Penuhi masa di Masjidil Haram sahaja. Tengahari lepas zohor, kami naik escalator ke roof top. Tengok umat manusia yang sedang bertawaf keliling Kaabah. Dengan gelagat orang yang berebut2 nak kucup hajarul Aswad. MasyaAllah berhimpit-himpit. Ade jemaah yang sampai naik atas kepala orang. Semoga suatu mase kami pun dapat kucup hajarul Aswad. Amiiinn..