بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat 26 September 2025
Saya tiba di masjid seawal jam 3 pagi..Kepala ni terasa berat sebab saya tidur-tidur ayam saja tadi, takut terlajak tidur tak pergi masjid pulak. Qiamullail sementara menunggu subuh. Ada something nak cerita. Biasanya di Mekah dan Madinah, kalau subuh hari Jumaat ni imam akan baca surah As-sajadah dalam solat. Even kat masjid di Malaysia pun ada, tapi mungkin jarang la kan. Saya pun tak biasa solat subuh di masjid kalau di Malaysia pun. Orang lelaki lain lah kan, patutnya kena la rajin solat jemaah di masjid. Uolls boleh baca tentang
Sujud Tilawah dalam Solat di sini. Saya pun tak lah hafal surah As-sajadah ni. Mungkin kita boleh cuba hafal. Cuma saya baca dan ingat bahagian mana, sampai ayat mana, bila imam baca nanti, lepas tu kita kena ikut imam sujud tilawah.
Jadi masa rakaat pertama solat subuh tadi, imam tak baca pun surah As-sajadah. Lega cheq. At least, kita dah ready dah. Bila imam habis baca surah, takbiratul ihram, dan rukuk je la seperti biasa. Tapi kan masa tadi tu, ada jemaah selang beberapa orang dari saya, depa sujud uolls. Allah. tak pasal jadi kurang khusuk solat kita. Ni mesti mutawif depa ka ustaz depa kata lepas imam baca surah, kena sujud. Tapi tak tau surah apa. Camana tu awk..
 |
| Ni dah tutup balik. |
Setelah habis solat, saya pindah tempat lain. Adik saya datang kat saya. Saya tidur dalam masjid sampai 6.20 pagi. Buka-buka mata ja, nampak bumbung masjid ni terbuka. Hahah. Baru tau dia boleh buka tutup. Dia buka tak lama pun maybe dalam setengah jam, tak pasti. Rasa fresh, udara luar masuk. Dalam masjid, aircond sejuk.
Keluar daripada masjid, kami ronda kedai-kedai sekejap. Saya beli garam madinah di kedai runcit dan coklat di kedai souvenir untuk anak-anak. Harga coklat campur-campur tu sama ja harga dengan di ladang kurma. Sekilo 60 riyal. Tapi saya pilih sendiri coklatnya dan minta 40 riyal sahaja. Like setengah kilo lebih sikit la. Ada mesin timbang yang tulis amount tu. Ada ibu sama bapak dari Endonezya, beli coklat juga, kesian tengok, sebab pak Arab tu campurkan coklat depa, coklat-coklat yang tak sedap/ kurang sedap yang saya pun tak ambil. Untung depa jual coklat campur-campur ni. Saya hanya mampu tengok je la.
Kemudian kami balik hotel, saya gosok tudung dan turun sarapan pukul 8.00 pagi.
naik mandi, kemas² bag, terus siap nk g masjid
9.45 dah masuk masjid Alhamdulilah dpt tempat
11.45 azan pertama
12.45 Habis jumaat, blk hotel, kemas²
1.45 done check out, simpan beg kat hotel
12 minit di masjid quba
Mula² org suruh dia hantar je, pastu dia yg nk tgu..sampai masjid ghamamah die nk 70riyal plk..bg 40..
Pastu die tekan² hon jerit minta lg 10 riyal.
3.28 dpt masuk masjid utk solat asar
Lps solat buat ziarah wada'
beli nasi biyrani karak , makan, ambik wuduk, tak dapat masuk masjid, solat kat luar
Isyak solat kat dlm..lepas isyak terus balik hotel, ambil beg. Cari careem.bg tip 5riyal kat bellboy. 9.15 naik careem, smpai 9.45 airport Prince Mohammad bin AbdulAziz. Driver kate sy salah pin point. Die kate jadid. Tambang 45riyal je instead of 63riyal kat apps. Alhamdulilah..
sampai airport, ambil troli free, g kaunter air zamzam .harga 12.50riyal.
Lepas tu masuk international departure cari kaunter check-in, Alhamdulillah kaunter baru buka,masih tak ramai.. Berat beg purple 21.5kg. Beg biru 5.3kg. Hantar air zamzam kat kaunter , pinjam marker pen bangla, tulis nama kat kotak zamzam.
10.30 settle drop baggage, n air zamzam
Makan mcd