Privacy Policy

Monday, 26 February 2024

Persediaan ke DIY Turkiye 2024

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah.. Berbulan2 lamanya dari tahun 2022 meronta² hati sy nak g travel ke Turkiye sekali lagi. Dari bulan October 2020, semasa PKP, Allah rezekikan saya dapat join kelas bahasa Turki online for free. 6 semester kalau tak silap saya. Sayangnya semester ke 7 tak dapat diteruskan kerana jadual kelas yang mengganggu tugas hakiki. 

Dalam masa yang sama saya layan drama² Turki yang ada English subtitles. Saya juga join group learning Turkçe dan Road to Turki di FB. Sambil belajar bhs Turki slowly, sambil mengenali budaya Turki melalui bahasanya. Banyak group saya join di FB. Jatuh cinta sungguh dengan negara Turkiye. 

Melalui group Road to Turki tu saya dapat banyak info dan tip tentang travel ke Turkiye. Ada yang sewa kereta drive sendiri, buat road trip, ada yang guna public transport, kenal tempat2 tarikan pelancong selain Istanbul. 

Penghujung 2022 baru sy nak cari tiket selepas 2 tahun Covid-19. Hinggalah awal 2023. Oleh kerana masa ni takwim sekolah start pertengahan bulan Mac. Tapi jadual cuti sekolah tak update lagi dalam kalendar cina tu. 

Jadi susah nak plan travel sebab tak tau lagi bila tarikh cuti sekolah. Saya punya jadual pun takut tak match pula jadual cuti sekolah. Inilah antara punca2 nak pencen awal. Tapi tu la.. Bukan ada side income lain pun. Jadi kena la bersabar sampai la tahun boleh pencen. 

My plan itinerary.

Friday, 9 February 2024

Cairo trip Day 5 - Ke Kota Fayyoum

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Khamis 31 Ogos 2023

Hari ni ustaz terlambat sikit datang. Lepas ambil kami, ustaz ambil kawan die, Ustaz Arif untuk join kami ke Kota Fayyoum hari ni. Pagi ni sebenarnya rase nak pergi breakfast kat kedai Thai, tapi sebab ustaz Arif kata breakfast kat GH corner lagi sedap, emmmm..pergi la ke sana. Taktau la kat mana silapnye, kedai bukan ramai customer pun, tapi my breakfast je yang sampai, yg lain order tak dapat. Depan GH corner ni ada Malay stall jual nasi lemak, so yg tak dapat their ordered food tu, terpaksa ambik dr stall tu selepas menunggu lama sgt. 

Nasi lemak ayam GH corner

Tuesday, 23 January 2024

Cairo trip Day 4 - Alexandria Day 2

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Rabu 30 Ogos 2023

Hari kedua di Alexandaria. Pagi ni, baru nampak Stanley bridge kat luar tingkap bilik belakang homestay kami.. Malam semalam gelap, so tak nampak ape2, boleh dengar bunyi ombak sj. Rugi plk bila mengenangkan, Stanley Bridge ni trademark Alexanderia. Tapi kami lalu sj atas bridge ni.  Should be kita jalan2 la kat bawah bridge tu, lepak2 ke.. InsyaAllah ada rezeki, kt repeat balik tempat ni.
View dari tingkap bilik belakang
                                         

View from our homestay balcony

Tuesday, 9 January 2024

Hatyai Trip 2023 - Last Day

بسم الله الرحمن الرحيم 
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ahad 31 Disember 2023. 

Hari ni hari balik sahaja. Kami tak de specific plan. Check out pukul 10 pagi. Depa cek kondisi bilik and pulangkan balik deposit kami. Boleh repeat stay kat hostel ni, sebab lokasi sangat strategik, harga berbaloi, dan bilik pun selesa. Cuma kena booking awal sebab cepat penuh. Level bilik kami duduk, paling atas, level 6, ada 2 bilik kami sj. Lif pun selalunya tak bertembung pun dengan orang lain. 

Kami terus ambik kereta, drive ke 7E yang terdekat, sebab nak beli susu Meiji coklat untuk budak kecik sorang tu. On the way to border, banyak lagi kita akan jumpa 7E. So tak perlu risau, cumanya stok susu meiji coklat size besar je antara ada dgn takde. 

Thursday, 4 January 2024

Hatyai Day 3 - Zoo Songkhla

بسم الله الرحمن الرحيم
 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد 
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sabtu 30 Disember 2023.

Bila kat sini kan, subuh masuk jam 5.12pg @ 6.12 waktu Msia. Tapikan, lepas subuh tu rase panjang je. Boleh rehat lama. Jadi walaupun kite nak jalan ke hulu ke hilir, still ada time untuk rehatkan badan n minda. 

Pagi ni kami turun drpd hostel jam 10 pagi. Kami bersarapan di restoran halal depan Hospital Hatyai. 
https://maps.app.goo.gl/U6hdrgzmNYXwQCB9A