Privacy Policy

Wednesday, 11 March 2026

Cuti-cuti Ho Chi Minh Day 5

بسم الله الرحمن الرحيم
 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ahad 28 Disember 2025

Hari ni hari terakhir kami di Ho Chi Minh. Flight kami hari ni jam 1.35 p.m. Jadi kami perlu bersiap awal, cari sarapan dulu supaya tak lapar sangat dalam flight nanti. 

7.45 a.m. Kami keluar dari hotel, berjalan kaki lagi untuk bersarapan di Pho' Muslim di hadapan Masjid Al-Rahim. Pagi2 ni tak ramai orang lagi, jalan pun lengang. Perjalanan kami mengambil masa dalam 20 minit. 


Pho' kat sini rasanya biasa² je tapi yang specialnye kat sini ada gulai daging, boleh cicah dengan roti. Pastu dia ada air soya pandan. Sedap. 

Monday, 26 January 2026

Cuti-cuti Ho Chi Minh Day 4

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sabtu 27 Disember 2025

Hari ni kami nak city tour lagi, cuma takda spesifik nak singgah mana. Sebelum keluar tu, saya search location Pho' Muslim yang kami jumpa kat video youtube @arinabhr. Dalam video, dia tak mention lokasi Pho' Muslim tersebut, so kami guna bantuan google lens untuk search lokasi. 

Kami keluar dari hotel dlm pukul 10 pagi. Pho' muslim yang kami nak pergi tu terletak lebih kurang 2.3 km dari hotel. Kami berjalan kaki menyusuri Ben Thanh Market. Pagi ni sangat cerah. Ramai orang bergambar di dataran depan Ben Thanh Market. Selepas bergambar, kami meneruskan perjalanan. Menurut google map, kami perlu berjalan lebih kurang setengah jam. 

Semasa melalui deretan kedai-kedai, dalam perjalanan kami terjumpa kedai Miniso. Sambil jalan, sempat la jugak shopping di Miniso. Lid dah bising² sebab takut kedai Pho' Muslim yang kami nak pergi tu tutup. Info dari google map kata kedai tutup kul 12 tengahari.

 

Tuesday, 6 January 2026

Cuti-cuti Ho Chi Minh Day 3

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Jumaat 26 Disember 2025

Hari ni kami nak city tour. 

9.25 pagi kami keluar dari hotel. Jalan² kami hari ni berpandukan Google map je. Tempat pertama yang kami  tuju ialah Saigon Central post office. Kami jalan kaki sahaja dari hotel. Semasa berjalan tu, kami nampak bahagian belakang Independence Palace. 

Ada pengantin ambil gambar kat dalam.

Kalau nak pusing satu round ke bahagian entrance terasa jauh pula, and tak termasuk dalam list nak pergi, jadi kita teruskan perjalanan saja lah.