اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtu 20 September 2025
![]() |
| Pemandangan waktu sebelum subuh menuju ke masjid. |
4.00 pagi saya turun dari hotel. 8 minit berjalan saya sampai di Pintu 1 King Abdul Aziz. Pagi ini saya solat subuh di mataf bawah tapi tak nampak Kaabah la. Ruang tersorok. Cuma nak dapat ruang tu agak sulit sedikit. Guard tu suruh jemaah penuhkan ruang yang sebelah kiri dulu.. Makna kata kalau kita datang lambat, kita akan dapat ruang yang lebih baik drpd orang yang datang awal..dah penuh bahagian kiri, baru depa open ruang yang kanan..geram plk hati kite. Kita datang awal nak cari ruang yang best, tapi terpaksa pula menyelit-nyelit cari ruang.
Selepas solat, saya keluar ikut pintu 79 King Fahd. Saya balik terus ke hotel sebab pagi ni plan nak buat umrah ketiga. Jadi jam 7.55 pagi selepas bersiap-siap dah wuduk semua, saya tahan teksi ujrah depan hotel je untuk ke Masjid Tanaim. Mula-mula driver teksi tu nak SAR70. Saya kata fifty go, solat and back. Deal. Kami pergi berdua untuk niat umrah.
Perjalanan mengambil masa 15 minit untuk sampai di sana. Pertama kali saya menjejakkan kaki di Masjid Ummul Mukminin / Masjid Aisyah / Masjid Tana'im.
![]() |
| Masjid Ummul Mukminin |
Sampai masjid, driver suruh snap plat number teksi dia. Kemudian, kami masuk untuk solat sunat tahiyatul masjid dan solat sunat ihram, dan berniat umrah. Kat sini ramai jemaah dari India/Sri Lanka saya rasa..kita boleh agak dari rupa dan cara pemakaian. Hati-hati dengan barangan peribadi ye.
Driver tunggu kami kat parking dalam 15 ke 20 minit. Boleh pulak saya terlupa mana dia park. Nasib baik dia panggil..haha.
![]() |
| Di kawasan Jabal Omar. |
9.00 pg sampai di Jabal Omar..saya jalan kaki balik bilik jap sebab gunting tertinggal.. Nanti nak bertahalul susah kalau tak bawa gunting..
![]() |
| Buah² campuran dah siap potong. |
Saya singgah Lulu Supermarket beli buah untuk alas perut. Adik saya terus ke Masjidilharam. Kami buat umrah sendiri² je kali ni. 9.30 pg Saya turun dari hotel. Berjalan menuju mataf bawah melalui pintu 79 King Fahd.
![]() |
Alhamdulillah, jam 10.30 pg selesai tawaf, solat sunat tawaf , berdoa di hadapan Multazam (walaupun dari jauh). Terik matahari pagi ni. Kemudian saya terus menuju ke tempat Saie. Kalau kita sedang berdiri membelakangkan Multazam, nak berjalan ke tempat saie tingkat bawah kena ke kanan. Kalau belok kiri nanti kena naik tingkat 1. Rezeki saya dalam perjalanan umrah kali ni, sekali saja dapat buat saie di tingkat bawah, kedua dan ketiga saya saie di tingkat 1.
![]() |
| Lampu hijau di kawasan Saie. Ada doa khusus di sini. |
11.40 pg selesai umrah saya yang ketiga. Dari tempat saie tingkat 1, nak cari pintu masuk ke mataf tingkat 1 memang dah jadi pusingan ke 8. Sebabkan masa ni proses menaiktaraf dan renovation masih rancak. Sangat penting untuk memastikan diri kita sihat dan fit untuk mengerjakan umrah ye. Sebab memang banyak berjalan. Di Mekah, purata kami berjalan 20k steps per day. Huhu..saya jarang sangat briskwalk, tapi Alhamdulillah, Allah beri kemampuan melakukan ibadah sebaik mungkin.
Saya mempercepatkan langkah kerana waktu zohor semakin hampir. Mencari pintu keluar dari mataf tingkat 1 pun menjadi satu hal. Bila jumpa pintu, semua dah kena blok dengan askar. Jadi kena la solat Zohor di mataf tingkat 1. Saya mencari ruang solat muslimah yang paling hampir dengan pintu keluar.
Ada guard perempuan ni cekak lengan saya suruh saya jalan terus. Kite kalau sorang² senang je nk cari ruang nak selit celah-celah orang. Alhamdulillah dapat lepaskan diri dari guard tu, kite pun kadang² kena tunjuk keras kite. Suke² je cekak tangan orang. Saya dapat duduk sebelah tante dari Surabaya. Walaupun mula² sempit sikit. Alhamdulillah, bertemu jemaah yang boleh bertolak ansur, dapatlah kita ruang.
Selesai solat, saya terus cari pintu keluar dan balik ke hotel. Singgah lagi di Lulu Supermarket untuk beli kudapan. Rehat sebentar di hotel.
![]() |
| Lulu Supermarket di Jumeirah. |
3.05 p.m. Saya keluar ke masjid untuk solat Asar dan masuk pintu 90. Pintu 90 ni paling cepat sampai ke ruang solat muslimah, cuma tak nampak Kaabah la.
![]() |
| Pemandangan depan hotel waktu petang. |
Lepas asar, saya ke Safwa tower beli keychain dan teh ais di D'Saji. Sekarang kedai arab pun ada jual roti canai dan teh ais tau, tapi rasa teh ais nya tak sama macam di D'Saji. 10 riyal pun cheq pejam mata je.
Kemudian saya ke Clock tower sambung shopping sikit benda² merapu ja. Saya beli barang² personal je..
![]() |
| Pemandangan dari pintu Clock Tower. |
Selepas shopping, sy ambil wuduk di tandas Clock Tower level P2. Tandasnya bersih. Ada tempat khas untuk berwuduk. Kemudian, saya masuk semula ke masjid melalui pintu 90 untuk solat Maghrib dan tunggu sehingga habis Isyak. Masa ni waktu Isyak jam 7.49 malam. Lepas Isyak, boleh la kita ambil masa membaca surah Al-Mulk dulu sebelum bergerak keluar masjid.
Balik hotel, sy terus kemas-kemas bag. Kemudian, tidur sekejap. Plan nak qiamullail, jadi takut terlajak tidur.












No comments:
Post a Comment