اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad 14 September 2025
8.00 a.m. Kami keluar dari surau. Plan nak sarapan. Berlegar² kejap. Dihampiri, ditanya² sama orang, taxi makkah, sebab kami pakai jubah putih. Ada yang kata tiket tren mahal. Kita cakap no,no je la.. Pastu kami ke kaunter Al-baik. Saya beli spicy chicken burger dan teh panas sj. Adik saya pilih egg sandwich with chicken n cheese dan cappucino. Alhamdulillah.
9.30 a.m. Kami dah masuk ke waiting area. Tren kami jam 10.35 a.m. Pada mulanya saya fikir nak beli tiket tren jam 8.35 a.m. tapi risau kami rushing, flight/imi delay. Lagipun kalau sampai awal, bukan boleh check in hotel awal sangat pun.. Selepas tren 8.35 a.m. next tren pada pukul 10.35.. 9.35 a.m. takda tren ke Mekah. So samada nk pilih 8.35 atau 10.35. To be save, saya decide ambil tren jam 10.35 a.m.
10.15 a.m. dah duduk dalam tren. Tren memang selesa sangat. Alhamdulillah.
11.30 a.m. kami tiba di stesen Mekah. Perjalanan lebih kurang 1 jam shj.
Kami diarah ke level B1 kalau nak ambil taxi/careem/bolt/uber. Saya pilih bolt. Cas dari stesen Makkah ke hotel kami dalam SAR20 sj mulanya. Bila kereta sampai, pemandunya orang Arab tau..dia suruh kami masukkan luggage dalam bonet sendiri. Siap warning jangan kena kat mana² badan kereta dia.
On the way to the hotel, walaupun dah point nama hotel Makarem Ajyad, die buat² pula tanya lagi hotel kami kat mana..dia kata Makarem ni ada banyak building. Padahalkan kat map tu dah terang² hala tempat yang dituju. Adik saya pun on google map, nampak dia potong jalan lain tau.
12.30 p.m. Lastly sampai juga kami di hotel lobby, pastu dia cas kami SAR30 instead of SAR20. Kami tinggalkan luggage kami di lobi, ambil wuduk siap² di tandas hotel.
Seterusnya berjalan kaki menuju ke haram untuk menunaikan umrah kami yang pertama. Masa ni baru ja lepas zohor.
Jemaah lelaki yang berihram shj boleh masuk melalui pintu King Abdul Aziz untuk ke mataf. Jemaah wanita bebas masuk pintu ni. Depa tak check umrah permit dalam Nusuk.
1.15 p.m. Kami memulakan tawaf umrah di mataf. Jemaah tak ramai sangat masa ni sebab tengah panas lit².
2.30 p.m. selesai tawaf, kami solat sunat tawaf di belakang maqam Ibrahim.
4.00 p.m. Selepas solat Asar, kami menuju ke kawasan saie di tingkat bawah sekali.
5.20 p.m. Kami selesai umrah pertama. Kami mencari jalan keluar dari tempat saie ke mataf semula. Plan nak keluar dari masjid sebab nak cari makan dan check in hotel. Malangnya kami tersangkut tak dapat keluar.
Masa ni memang pinggang dan kaki dah tak rasa ape.. haha.. Jalan keluar tak jumpa. Jadi terpaksa tunggu sehingga selesai solat Maghrib. Kami singgah di foodcourt Safwa Tower untuk beli dinner. Huhu..Last makan sarapan Al-baik je pagi tadi.
7.40 p.m. Kami tiba di hotel untuk check in. Solat isyak di hotel saja. Hari pertama ni completed 23k steps. Alhamdulillah.
Isnin 15 September 2025
4.00 a.m. Kami berjalan kaki menuju ke Masjidil Haram. Subuh jam 4.50 a.m. Azan pertama 1 jam sebelum masuk waktu subuh. Alhamdulillah dapat solat subuh di mataf depan Kaabah. Lepas solat tu kena terus bangun..cari port lain, sebab situ tempat laluan jemaah nak keluar. Depa open solat situ sebab dah nak solat.
Lepas subuh, kami ke foodcourt Safwa Tower beli breakfast. Pagi ni beli Pizza Baith size medium, makan berdua. Makan di hotel.
![]() |
| Boleh pilih dua topping |
Zohor ke masjid lagi. Lepas zohor, kami ke hotel Elaf Kinda, saja nak tengok kedudukan dia yg orang kate antara hotel yg dekat dengan dataran masjid. Kemudian terus berjalan ke Jumeirah Jabal Omar. Sebenarnya nak cari hotel bajet to stay for the last 3 days in Makkah.
Lepas tu pulang ke hotel, masak nasi dan makan dengan lauk ready-to-eat. Sedap sambal ikan tongkol ni.
Solat asar di musolla hotel sahaja berimamkan Imam Masjidil Haram. Di Mekah dan Madinah, menurut mazhab Maliki & Hambali, walaupun putus saf, dan selagi makmum tahu perbuatan/ pergerakkan imam melalui mikrofon, solat sah.
![]() |
4.40 p.m. Lepas Asar, kami jalan² di Ajyad, area Le Meridien Makkah. Nak tengok² hotel area sana pulak. Kawasan sini kalau nak g masjid, dia turun bukit, kalau dari masjid nak balik hotel, kena mendaki. Penat sikitla. Kalau boleh cari la hotel di kawasan yang tak perlu mendaki..
![]() |
| Pintu 90 ni dekat dengan ruang solat wanita. |
Lepas isyak, kami ke Masjid pula untuk tawaf sunat. Selepas solat sunat tawaf di belakang maqam Ibrahim, kami menuju ke arah Kaabah di antara hijir Ismail dan Rukun Yamani. Alhamdulillah, dapat sentuh Kaabah. 😳😢😭
Kemudian kami ke foodcourt area Clock Tower. Saya beli simit kat Mado, tapi rasanya kureng sikit, tak sama dgn kat Turkiye..huhu.













No comments:
Post a Comment